Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan di Muzium Kemaman

Assalamualaikum

Hari ini terasa sangat membahang, dengan cuaca yang sangat panas terik. Adakah hujan akan turun petang nanti? Mujurlah, kedua-dua entry i pagi dan tengahari tadi i dah schedulekan awal-awal. I tahu kalau i keluar pergi mana-mana nanti memang i penat. Blog pun terusik lambat jer. Bila dah tak jenguk, mula lah mood malas tak peduli blog berminggu-minggu. huhu

Pagi tadi kebetulan mama dan abah i ada urusan dekat bandar. I pun ikutlah jugak memandangkan nanti i tinggal sorang-sorang jer. Kebetulan time tu abah park kereta betul-betul depan Muzium Kemaman. Dulu-dulu bangunan ni adalah bangunan Malayan Banking.
Bangunan Muzium Kemaman. Dahulunya dikenali sebagai Bangunan Malayan Banking
Baru sahaja dibuka 1 Julai 2012. Masuk adalah percuma

SEJARAH AWAL BANGUNAN MALAYAN BANKING
Bangunan Muzium Daerah Kemaman ini dibina pada tahun 1920an. Senibina bangunan satu tingkat konkrit ini merupakan gabungan senibina Inggeris dan senibina Islam sehingga menghasilkan satu bentuk senibina ala Moorish. Bangunan ini terletak di tengah-tengah pusat bandar dalam kawasan berkeluasan 0.2 ekar di Lot 132, Jalan Sulaimani, Chukai, Kemaman.

Bangunan ini pernah menjadi pejabat pengurus lombong bijih besi The Nanyo Kogyo Koshi Company yang menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di Macang Setahun, Kemaman.

Bangunan ini kemudiannya telah menjadi milik salah sebuah bank perdagangan iaitu Malayan Banking Berhad dan berfungsi sebagai sebuah bank.

Pada tahun 2008, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu daripada Majlis Perbandaran Kemaman dan diserahkan kepada pihak Muzium Negeri Terengganu pada 5 Mac 2009 untuk dimajukan sebagai sebuah muzium daerah dan sekaligus sebagai satu destinasi pelancongan baru ke daerah paling selatan negeri Terengganu, iaitu daerah Kemaman.

Pada 15 oktober 2009, kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini telah dilakukan oleh dua buah syarikat yang di lantik oleh pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman.


 Asal-usul Daerah Kemaman
 Daerah Kemaman dibuka oleh CHE WAN TEH,seorang keturunan diraja Pahang. Asal-usul kami tu.hehe
 Dekat Muzium Kemaman ni banyak dipamerkan insan-insan yang banyak berjaya kepada Negeri Terengganu contohnya Tokoh Menteri Besar, Tokoh Sastera, Tokoh Sukan dan etc.
Ok, penulis blog dah sesat di sini. Hehe, tak larat nak cerita panjang lagi buat masa sekarang. Dah rehat secukupnya, i update lagi.

Nak pergi sini?


ALAMAT

Muzium Daerah Kemaman,

Lot 132, Jalan Sulaimani,
24000, Kemaman,
Terengganu Darul Iman.

Lokasi adalah berhadapan Dataran Medan Selera Bandar Chukai

WAKTU OPERASI
                                  SABTU - KHAMIS 9.00 am - 5.00 pm
JUMAAT - tutup
KELEPASAN AM - 9.00 am - 5.00 pm
HARI RAYA PUASA / HAJI Ditutup pada Hari Raya 1 & 2

Thanks for reading this entry...!

Kenangan Iftar Ramadhan Psycho Batch UTM Skudai

Assalamualaikum

Entah kenapa tiba-tiba terasa rindu sangat-sangat kenangan berbuka puasa beramai-ramai bersama coursemates di UTM. Dengan keghairahan setiap petang mencari juadah berbuka di bazar UTM, maklumlah tengok makanan semua rasa nak makan sebab balik rumah dekat-dekat nak raya dah. Sungguh aku rindu.3 tahun berturut-turut merasai iftar beramai-ramai di Studio Alam Bina / di Galeri FAB Bangunan B11 dan yang paling penting semua menu adalah hasil dari air tangan kami semua.

Cuma pada tahun pertama sahaja kami berbuka puasa di Studio dan makanan kami order. Time tu tak reti lagi kot nak fikir nak rewang sendiri.. Ehe, iyer-iyer jer alasan i kan. Seingat i la iftar time tahun 1 dulu menu berbuka ialah Nasi Ayam yang diorder dari mak Kak Nadia (coursemate i jugak tapi tinggal dekat Taman U jer).
Muka gembira selepas kenyang berbuka puasa.
Sebilangan coursemate i. Time tahun 1 ni jumlah kitorang lebih kurang 65 orang camtu la.
Ada buah-buahan jugak time ni. Tengok muka kawan-kawan lain dengan sekarang ada yang dah berbeza..hehe
 Ini pulak kisah rewang tahun dua
 Apai menunjukkan keteroran dia menggoreng ayam. Ayam goreng tu untuk menu ayam masak merah. Tahun dua ni menu kami agak meriah. Ada Tom Yam Campur, Ayam Masak Merah, Kerang Rebus, Koktail, Air Sunquick dan apa lagi ek. I lupa lah, rasanya ada lagi menu lauk.hehe
Geng rewang berbuka puasa 2SBW
 Ini pula kisah tahun 3. I dan Rina. Rina ni pandai masak tau. Time camping dekat Taman Negara dialah chef yang mengetuai segala lauk pauk. Bukan senang yer nak masak untuk lebih kurang 70 ++ orang. Mencabar tapi dia memang pandai masak. Jeles i.hehe
 Model-model SBW. Phewiiitttt.
 Kebetulan pakai serba pink. Me and Amy. Datang jauh dari Bumi Kenyalang.
 Kerja perempuan. Potong itu potong ini. Kupas itu kupas ini.
 Selesai semua. Bolehlah snap gambar kenangan.=)
 Lagi gambar. Pantang nampak kamera.
 Nabilah, Kak Nadia and me tengah siat-siat isi kaki ayam untuk dibuat Kerabu Mangga. Yummy.
 Bersama Kak Nab lagi.
 Tiba waktu berbuka puasa
Time ni ahli coursemates dah bertambah lebih kurang dalam 20 orang. Lagi besar-besaran dan meriah.

Sebenarnya nak menaip lagi tapi kalau tulis panjang-panjang nanti tak ada orang nak baca jugak kan. Lebih baik letak gambar, at least boleh remind balik memori lalu. Serius rindu nak berbuka bersama lagi. Tapi nampaknya ia sudah tamat di tahun 2012 ni. Kena arrange reunion untuk berbuka puasa akan datang pulak la yer.

Thanks for reading this entry..!

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadhan

Assalamualaikum

Bersua lagi kita di hari ke-6 Ramadhan ni kan. Korang semua buat apa tu.? Ada yang tengah makan ker..hehehe.. Yang bercuti tu takperlah yer nak makan jangan yang saja-saja cootiii..kikiki. Sekejap lagi i nak ke bandar ni, my mom nak survey perabot. Survey jer dulu belinya tak tahu lagi kan.haha

Sejak mula berpuasa ni, blog i penuh tengok entry makan-makan jer. Yolah i tak buat apa-apa pun, just duk memerap dekat rumah, so nak buat entry jalan-jalan tu tak ada lagi la. Eh ada, tapi yang dah berbulan-bulan lepas. Tak tahu nak update ke tidak. Rasa nak update sebab sayang dengan gambar yang melambak-lambak tu.hehe
Oh yer, ini menu semalam. Sup Tulang Puan Nailan yang delicious...umphhh
 Ikan keli berlada lagi. Kali ni tambah lagi 2 ekor. Abah beli dekat Bazar Ramadhan. 1 ekor  ikan ni berharga RM3.
 Gulai daging time iftar pertama. Ada lagi sebab mama simpan letak dalam peti beku. So, boleh panaskan dan makan lagi. Yang ni makan untuk cicah dengan ketupat pulut
 Ikan goreng wajib ada.
Ulam-ulaman pun sama. Ada petai, jering, lada jarum dan pucuk jambu golok. Yang tak makan tu senyap-senyap jer heh.ehehe
 Wow...! Ini hari-hari mau ada.
Tembikai pun sama. Sejuk jer makan dengan nasi
 Pemanis mulut kami semalam ialah Kuih Asam Gumpal. Popular di belah Pantai Timur . Memang sedap. Dibuat dengan sagu dan diletakkan inti kacang di dalamnya. Kuahnya dari santan dan campuran rempah sedikit. Ada macam bawang dan rasa halba kalau tak silap.
 Ketupat pulut lagi. Hari-hari abah beli. Yang hari keempat i ingat tak habis ropenyer dah makan time malam.kekeke.
AIR LAICI.
Ini yang i tunggu setiap hari. Dahaga air je sokmo. Dapat minum terus leganya.

Itu saja untuk semalam punya. Ada yang dibeli untuk sahur macam Gulai Ikan Tenggiri dan Sambal Petai Ikan Bilis. Nyum nyum. Time sahur i tak ada hati nak snap gambar. Muka moyok je semua. Eh, padahal i tak terkejut bangun sahur. Kantoi...!

Thanks for reading this entry..!

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday : Udang Kara Masak Lemak Cara Melaka

Assalamualaikum

Menu Berbuka Puasa 4 Ramadhan

Assalamualaikum

Kalau dah angin nak update entry datang, i update terus jer.Cerita lama banyak lagi tertunggak. Entah bila la i nak publish..hehe. Atas permintaan CIK NUR (hehehe, padahal memang akan keluar jugak entry makanan ni kan), sebabnya menu kitorang sama la semalam iaitu AYAM MASAK LEMAK.
Ayam Masak Lemak. Ada 2 ketul jer sebab abah beli dekat Bazar Ramadhan ni. Banyak-banyak nanti membazir. Harga dia tak tahu la plak, i tahu makan jer.hehe
 Sayur Masak Pedas Kulit Tembikai. Kulit Tembikai ini bukan yang hijau tu yer, tapi yang bahagian putih-putih tu. Daripada buang boleh buat lauk-pauk tau. Ini nenek i yang buat. Orang tua ada saja idea dia kan.
 Telur Dadar Menyenggeng
 Paprik ni menu hari ketiga. Tapi mama kan buat banyak, so ada lebihan. Panaskan balik sampai dah tak berkuah.hehe
 Kerang masak kicap cicah air asam. Nyummy. Cousin i yang bagi di beli dekat BARAM jugak ni
 Tembikai. Ini bukan fruit dessert yer, tapi kami makan bersama dengan nasi. Juga cousin i yang jual tembikai ni. Nak makan hello hello jer.
Ada lagi Ikan Patin Masak Tempoyak ni. Kalau ikutkan portion asam pedas ni, memang banyak mama i buat siap boleh makan untuk 4 hari. Dan sememangnya betul, hari ini masih ada lagi. Adik i, Najwa tak pernah puasa makan lauk ni. I tak boleh tengok dah kena cari menu lain plak. Nasib hari ni mama buat sup tulang/daging. Sedapnya.!
 Kuih AKOK. Korang pernah makan tak. Sedap sangat ni. Pemberian dari pak saudara i.
 Rojak Ayam abah beli dari BARAM jugak. Makan malam-malam sikit lepas terawih.
 Ketupat pulut kan kegemaran abah. Beli lagi ni sebab hari ketiga laku. Tapi semalam tak sentuh pun sebab banyak sangat nak makan. Jadi, hari ni goreng balik lah.
Semestinya air adalah perkara utama yang buat terliur di bulan Ramadhan ni kan. Semalam just buat Air Bandung Kosong jer. Plan nak buat Air Sirap Limau tapi tak menjadi limau lambat sangat balik..ehehehe

Konklusinya, rumah i semalam banyak makanan-makanan orang bagi jer. Kan best hidup macam ni, saling memberi orang kata. Hidup berjiran membawa berkat. 

Thanks for reading this entry..!

Aksi Basah Kanak-kanak Ketika Membasuh......

Assalamualaikum

Setiap setahun sekali, aktiviti membasuh segala isi rumah i dijalankan. Sesi membasuh pertama dimulakan dengan membasuh di ruang tamu kedua rumah i. Ruang tamu ni special sikit kerana tiada dinding dan berkonsepkan fresh air.haha. Fresh air la sangat kan. Time panas guna kipas jugak.
Kanak-kanak sebagai penyeri majlis
 3 orang budak-budak ni dikerah tenaga untuk mencuci segala habuk-habuk yang ada. haha. Padahal tujuan budak-budak ni tolong biasalah untuk nak main air. Tahu sangat lah. Nak main-main aja kerjanya. Sebab tu melimpah ruah sabun budak ni kerjakan.
 Ringan jugak kerja kan geng bas sekolah ni ada. Tapi nak membuang air tu punyalah penat. Dua tiga kali bilas sabun masih ada.
 Arissa dah mula main-main
 Ok, dah start dia nak main guling-guling atas air.
 Suka sangat la tu dapt main air sabun yer.
 Najwa tekun betul tolak air dengan penyapu lidi.
 Yeah, kaklong panggil suruh posing jab. Posing lah kita yer.
 Qasrina yang kerjanya hanya mengelap cermin meja ni sampai kesudah. 
Ha...penat...atas rumah belum kemas lagi. Dapur, kebun belum lagi??Alahai, ni terasa nak duk rumah teres jer tak lah besar sangat kawasan.

Apa-apa pun, RUMAH TETAP MANIS..eh, HOME SWEET HOME..agaga

Thanks for reading this entry...!