Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan di Muzium Kemaman

Assalamualaikum

Hari ini terasa sangat membahang, dengan cuaca yang sangat panas terik. Adakah hujan akan turun petang nanti? Mujurlah, kedua-dua entry i pagi dan tengahari tadi i dah schedulekan awal-awal. I tahu kalau i keluar pergi mana-mana nanti memang i penat. Blog pun terusik lambat jer. Bila dah tak jenguk, mula lah mood malas tak peduli blog berminggu-minggu. huhu

Pagi tadi kebetulan mama dan abah i ada urusan dekat bandar. I pun ikutlah jugak memandangkan nanti i tinggal sorang-sorang jer. Kebetulan time tu abah park kereta betul-betul depan Muzium Kemaman. Dulu-dulu bangunan ni adalah bangunan Malayan Banking.
Bangunan Muzium Kemaman. Dahulunya dikenali sebagai Bangunan Malayan Banking
Baru sahaja dibuka 1 Julai 2012. Masuk adalah percuma

SEJARAH AWAL BANGUNAN MALAYAN BANKING
Bangunan Muzium Daerah Kemaman ini dibina pada tahun 1920an. Senibina bangunan satu tingkat konkrit ini merupakan gabungan senibina Inggeris dan senibina Islam sehingga menghasilkan satu bentuk senibina ala Moorish. Bangunan ini terletak di tengah-tengah pusat bandar dalam kawasan berkeluasan 0.2 ekar di Lot 132, Jalan Sulaimani, Chukai, Kemaman.

Bangunan ini pernah menjadi pejabat pengurus lombong bijih besi The Nanyo Kogyo Koshi Company yang menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di Macang Setahun, Kemaman.

Bangunan ini kemudiannya telah menjadi milik salah sebuah bank perdagangan iaitu Malayan Banking Berhad dan berfungsi sebagai sebuah bank.

Pada tahun 2008, bangunan ini telah dibeli oleh Kerajaan Negeri Terengganu daripada Majlis Perbandaran Kemaman dan diserahkan kepada pihak Muzium Negeri Terengganu pada 5 Mac 2009 untuk dimajukan sebagai sebuah muzium daerah dan sekaligus sebagai satu destinasi pelancongan baru ke daerah paling selatan negeri Terengganu, iaitu daerah Kemaman.

Pada 15 oktober 2009, kerja-kerja pemuliharaan bangunan ini telah dilakukan oleh dua buah syarikat yang di lantik oleh pihak Jabatan Kerja Raya Daerah Kemaman.


 Asal-usul Daerah Kemaman
 Daerah Kemaman dibuka oleh CHE WAN TEH,seorang keturunan diraja Pahang. Asal-usul kami tu.hehe
 Dekat Muzium Kemaman ni banyak dipamerkan insan-insan yang banyak berjaya kepada Negeri Terengganu contohnya Tokoh Menteri Besar, Tokoh Sastera, Tokoh Sukan dan etc.
Ok, penulis blog dah sesat di sini. Hehe, tak larat nak cerita panjang lagi buat masa sekarang. Dah rehat secukupnya, i update lagi.

Nak pergi sini?


ALAMAT

Muzium Daerah Kemaman,

Lot 132, Jalan Sulaimani,
24000, Kemaman,
Terengganu Darul Iman.

Lokasi adalah berhadapan Dataran Medan Selera Bandar Chukai

WAKTU OPERASI
                                  SABTU - KHAMIS 9.00 am - 5.00 pm
JUMAAT - tutup
KELEPASAN AM - 9.00 am - 5.00 pm
HARI RAYA PUASA / HAJI Ditutup pada Hari Raya 1 & 2

Thanks for reading this entry...!

6 comments:

  1. Salam.. Hi Errah, berbuka apa hari ni? Kak Nur tak pernah jejakkan kaki ke negeri Terengganu.. Bilalah nak sampai ke sana ye.. ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbuka biasa2 je kak.. datanglah terengganu jalan2..macam2 benda best ada

      Delete
  2. best gak kadang-kadang gi historical building.. sayu je rase kdg2 bile bace sejarah dia .. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. errah suka jugak pergi tmpt2 cmni at least kita tahu asal usul kita..

      Delete
  3. luar nmpk biasa je muzium tu ye..
    dalam colorful...!
    errah tunjuk ape tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..luar hodoh je..dalam dia punya interior design mmg superb..lawa amat

      Delete

Thanks for Comment