Tuesday, July 12, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum...
Salam 7 syawal...


Satu2 nya family picture yang ada untuk syawal 2016 setakat ini..inipun bergambar masa open house cousin...raya 1 langsung tak sempat nak ambil gambar family walaupun dah cantik2 warna sedondon semua..😭😭😭...harus cari free time untuk repeat lagi...huhu...

Di kesempatan ini even dah 7 syawal, kami sekeluarga ingin mengucapkan 'Salam Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali kami...jika ada tersalah silap mohon dimaafkan...jemputlah datang beraya ke teratak kami ye..'

Sunday, July 10, 2016

Perempuan


Perempuan. 
Dia menangis. Dia ketawa. Dia merungut. Dia membebel. Dia berduka. Dia sayang. Dia cinta. Emosi dan perempuan sahabat yang sangat karib. Susah hendak dipisahkan. Perempuan tu fragile. Memang ada perempuan nampak gagah luaran tapi dia tetap perempuan. Hatinya masih lembut. Hatinya masih sensitif.
 
Perempuan.
Tentang suka. Tentang jatuh cinta. Sering sahaja dia tersilap percaturan hati. Fikirnya lelaki itu cinta,dia tunggu untuk sekian lama namun hanya hampa. Lelaki bagi mereka biasa tapi bagi perempuan setiap kata kata manis, perbuatan baik, perhatian dan pujian itu tanda kau suka atau mungkin kau buat dia jatuh cinta.

Perempuan.
Dia belagak kuat di hadapan semua padahal hatinya telah hancur luluh merana. Namun dia tahu dia tak boleh tunjuk lemah selamanya. Dia harus kuat hadapi dunia. Pura pura kebal dengan segala. Hadap semua dengan senyuman palsu semata. Berjalan megah untuk melindungi diri yang jatuh tertiarap di hujung sana.

Tuesday, July 5, 2016

Terakhir


Mengapakah kita selalu berjauh hati
Selalu menyendiri dan terasa hati
Apakah kita tak sehaluan lagi
Berat bagiku (2x)
Melepaskanmu bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini
Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati
Kala malam tidur ku tak lena mengenangkan mu
Apakah salahku
Kau buatku begini
Tinggal sendiri
Terus sendiri
Cinta yang ku pinta
Kau balas dengan dusta
Berat bagiku (2x)
Ku cuba pertahankan
Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu
Episod cinta hitamku kini berulang kembali
Berulang kembali mnguasai diriku ini
Oh Tuhan
Ku mahu yang terbaik
Terbaik buatku
Insan kerdil ini
Oh Tuhan
Noktahkan kehilangan ini
Munculkan dia
Dia terakhir buat diriku

Saturday, July 2, 2016

Sudah Ku Tahu~Projector Band



Lirik Lagu - Sudah Ku Tahu

Seringkali aku menduga
seringkali ini terjadi
segala rahsia sudah ku tahu
rupanya aku tak dicintai

Untuk apa kau buat ku begini
segala apa yang telah ku lakukan
Airmataku mengalir dipipi
segala yang ku korbankan tuk dirimu

Mengapa masih lagiku
bediriku menunggu cintamu
mengapa masih adamu
menyakiti di siang malamku
aku terima cintaku dipersiakan wooo !!!

C/O Sayang !! 
aku kau lupa
aku kau luka
tanpa kau sedar
Sayang !!
selamat tinggal
akukan pergi
buat selamanya

Aku pasti kau bahagia tanpaku SELAMANYA ...

Wednesday, June 29, 2016

Salam Ramadhan dan Salam Aidilfitri 2016


Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan selamat berpuasa dan juga selamat hari raya yang akan menjelang lebih kurang lagi seminggu...korang balik raya mana tahun ni?yang balik kampung tu tak kira jauh or dekat hati2 ye di perjalanan..Pagi ni tak tahu tetibe tak boleh tidur dah lepas sahur dan terbuka blog maka timbullah post ni..

Kat bawah ni pon saja lah nak abadikan gambar kenangan ni sebab ni antara gambar yang masih ada dalam simpanan..handphone rosak jadi sebelum terjadi lagi simpan siap2 dalam blog..harap dalam blog pun takkan hilang dah...☺

 Lama tak letak gambar...lama jugak tak selfie2 ni..me and my sayangs...adik perempuan bongsu sorang ni ja...
 my sweetheart...ni raya tahun lepas ni...banyak gambar dah takde handphone dah arwah...sob2...kene beringat la pasni simpan kat blog boleh jadi kenangan tua2 nanti...
again...geng perempuan suka jalan2..huhu..
My heartbeat..my only 1..my small family...love u all till Jannah..Amin...💕

👉Live update from handphone..1st time guna ni..selalu guna laptop..

Tuesday, June 21, 2016

Mujahid Turns 2 Years Old

Assalamualaikum

Punyalah lama sangat tak menulis dalam blog, tak ada modal nak bercerita. Jadi, gambar-gambar dan kisah-kisah throwback saja lah yang boleh aku cerita. Ini antara gambar yang masih selamat tersimpan dalam laptop. Mujahid ni anak sepupu i, dia baby pra-matang. Lahir masa umur 6 bulan lebih tak silap. Dari umur dia setahun mama jaga kat rumah tapi jaga sekejap je waktu petang setiap hari ahad, isnin dan rabu pukul 2-5 petang sebab umi nya ustazah KAFA.
Kek ultraman for Mujahid
Cengeh aje bila nak snap
Jom potong cara ultraman

Nak potong canèr ni
Tenung sampai terbèliak mata tu
Happynya dia
With Najwa.
Happy Birthday Ahmad Saifuddin Mujahid