Friday, March 2, 2012

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman Part 3


Assalamualaikum

I terlupa masih banyak berhutang entry dekat readers and silent readers i...Maafkan i yer..bila dah berada di menara gading ni, keobsesan nak update blog sangat rendah...Sangat...!!!macam yang i bagitahu dalam entry lepas-lepas, kelajuan internet dekat sini memang macam siput yang tersedut-sedut..Makan siput sedut lagi bagus...sedut masuk terus dalam mulut dari dia berjalan ...lambat..!!!

Tak habis-habis merungut kan i ni...orang dah bagi broadband pon dah kira ok...thanks abah...tahu sangat anak dia perlukan mr broadband ni..kalau tidak i pun tak tahu nak buat apa dekat bilik..kawan-kawan sebelah bilik nampak gaya dah keluar ke bandar....sob sob, tinggallah i bermaharajalela di kamar beraduku ini...

Dah perenggan ketiga, baru masuk cerita tentang tajuk di atas...nampak sangat i ni kuat membebel kan...grrrr..ok, tanpa membuang masa, selepas penjelahan  kami di kawasan burung ini , kami ke bahagian ikan-ikan ditempatkan...
 Kebeleran gambar..tangan tak bedung time ni...hehe
 Ikan naga or arapaima if tak silap...besar kan???
 Ikan naga ni duk dalam akuarium yang sangat besar...rasanya ada 2 ekor ikan naga dalam ni...sekor lagi ke mana tah..malu-malu meowww...=)
 Najwa ni ibarat membuat lawatan sambil belajar..dia memang sangat teruja...
 Anak manja abah...eh, kenapa abah berdiri tegak sangat tu...
 Senyum paksa...i memang suka suruh dia posing cuma memang tak ada darah model jadi gaya sama jelah...
 Akhirnya dapat jugak Najwa ni pergi tempat-tempat macam ni..Kalau bukan dah berbulan-bulan dia mengajak ke sini, memang tak ada nyer kami semua nak pergi...
 Ohh...dah habis ea..Jom lah jalan-jalan tempat lain plak...
 Kalau dah jadi tukang ambil gambar, jangan harap la gambar i yang paling banyak..ini pun dah kira ok ada jugak bayang-bayang...
Jom ikut Najwa ke tempat lain plak yer akak-akak abang-abang...:p

Part 1
Part 2

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman Part 3

Assalamualaikum

I terlupa masih banyak berhutang entry dekat readers and silent readers i...Maafkan i yer..bila dah berada di menara gading ni, keobsesan nak update blog sangat rendah...Sangat...!!!macam yang i bagitahu dalam entry lepas-lepas, kelajuan internet dekat sini memang macam siput yang tersedut-sedut..Makan siput sedut lagi bagus...sedut masuk terus dalam mulut dari dia berjalan ...lambat..!!!

Tak habis-habis merungut kan i ni...orang dah bagi broadband pon dah kira ok...thanks abah...tahu sangat anak dia perlukan mr broadband ni..kalau tidak i pun tak tahu nak buat apa dekat bilik..kawan-kawan sebelah bilik nampak gaya dah keluar ke bandar....sob sob, tinggallah i bermaharajalela di kamar beraduku ini...

Dah perenggan ketiga, baru masuk cerita tentang tajuk di atas...nampak sangat i ni kuat membebel kan...grrrr..ok, tanpa membuang masa, selepas penjelahan  kami di kawasan burung ini , kami ke bahagian ikan-ikan ditempatkan...
 Kebeleran gambar..tangan tak bedung time ni...hehe
 Ikan naga or arapaima if tak silap...besar kan???
 Ikan naga ni duk dalam akuarium yang sangat besar...rasanya ada 2 ekor ikan naga dalam ni...sekor lagi ke mana tah..malu-malu meowww...=)
 Najwa ni ibarat membuat lawatan sambil belajar..dia memang sangat teruja...
 Anak manja abah...eh, kenapa abah berdiri tegak sangat tu...
 Senyum paksa...i memang suka suruh dia posing cuma memang tak ada darah model jadi gaya sama jelah...
 Akhirnya dapat jugak Najwa ni pergi tempat-tempat macam ni..Kalau bukan dah berbulan-bulan dia mengajak ke sini, memang tak ada nyer kami semua nak pergi...
 Ohh...dah habis ea..Jom lah jalan-jalan tempat lain plak...
 Kalau dah jadi tukang ambil gambar, jangan harap la gambar i yang paling banyak..ini pun dah kira ok ada jugak bayang-bayang...
Jom ikut Najwa ke tempat lain plak yer akak-akak abang-abang...:p

Part 1
Part 2

Bersama Membantu Hafiz...Hulurkan Sumbangan Anda..!!!

Assalamualaikum

Bismillah...Di sini i ingin memohon pertolongan daripada semua untuk menyebarkan kisah ini..Diharap pertolongan dan bantuan yang diberikan sedikit sebanyak dapat membantu saudara Hafiz ini...Hafiz ini merupakan kawan kepada kawan i..Sila sebarkan jika anda ingin sama membantu pihak keluarga Hafiz 


Sedikit pengenalan mengenai Hafiz...but sorry because it's in English...i just copy it from my friend's facebook...

OP HAFIZ was born some 23 years ago on August 24th 1988 at the Hospital Kota Tinggi Johor to the family of 7 siblings of FELDA settler couple of Abu Tahir and Tumirah. OP Hafiz is the fifth child, the others being .. two brothers and three sisters. One elder sister passed away when she was five years old. OP Hafiz was raised within the FELDA surroundings. His father was a FELDA Semencu, Kota Tinggi settler since 1977.

OP Hafiz attended SRK and SMK Semencu before he was selected to join the prestigious Royal Military College (RMC) , Sungai Besi, Kuala Lumpur in year 2002. He spent some four years in RMC and bunked in F Company. After his Passing Out Parade in late 2005, he attended Universiti Teknologi Petronas in 2006 till middle 2011 majoring in Chemical Engineering. His was in his third and final year of study and was considered a very bright student by the Universiti. He had only the last practical paper .. yet to sit.

THEN .. THE TRAGIC TRAGEDY STRUCK

THE TRAGEDY
Tragedy struck in the evening hours of Tuesday, May 24th 2011. OP Hafiz and some friends were having some fun at Tanjung Balau Beach, Bandar Penawar, Kota Tinggi. He dived a few times from a cliff. On his 3rd or 4th dive, he did not surface. Fortunately for OP Hafiz, his friends and some onlookers realized the situation. They quickly fished him out of the water. He was cold stiff, his hands somewhat bent upwards, immobile, still conscious but his speech was incoherent. OP Hafiz was rushed to Hospital Kota Tinggi by some good Samaritans. Considering the critical medical condition of OP Hafiz, he was immediately transferred to Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

MEDICAL NIGHTMARE

On June 9th 2011, OP Hafiz underwent surgery at Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu which lasted some 7 gruesome hours. The whole family was huddled in complete silence and deep grief – not knowing what to expect. They just “surrender” to GOD . The operation was considered successful. Anterior plating was fitted and bone grafting was done on him.
OP Hafiz was diagnosed as having burst fracture C6 with neurological deficit, mild head injury with intracranial bleed and pressure ulcer over gluteal region. Quoting from the surgical report by Dr Wan Noor Azlizana Mamat, Orthopaedics Department..”.. Above diagnosis as stated make patient paralyse & and the outcome is uncertain. We need to wait at least 6 months to see wether he able to regained normal or near normal function or he will become paralyse for the whole life.” OP HAFIZ was hospitalised for some 2 ½ months.

OP HAFIZ’S FUTURE ?

GOD decides. OP Hafiz is currently bedridden and semi paralysed at home. OP Hafiz’s medical condition is very critical. His life is very uncertain. The thought of “ being paralysed and bedridden his whole life” is nightmarish and most frightening for OP Hafiz and his beloved family.
Universiti Teknologi Petronas was very supportive and sympathetic. UTP fully financed OP Hafiz’s operation and hosptalisation expenses including some crucial medical equipments and accessories – amounting to some RM 25,000/=.
There were some contribution from Old Puteras ( OPs – ex students of RMC) amounting to RM 6,820/=, mainly from unselfish and noble efforts of younger OPs by organizing various events to lessen the financial burden of OP Hafiz’s family.
But, OP Hafiz needs more than this.

“ SUMBER DEMIHAFIZ” FUND

“SUMBER DEMIHAFIZ” fund was established with the singular purpose of collecting donation to finance OP Hafiz’s medical and other critical needs.

OP Hafiz needs you NOW to help him.

Appeal is made for contribution towards this Fund. Donation can be deposited to the account mentioned below:
“ SUMBER DEMIHAFIZ”
CIMB Bank..Account No: 14160001103109

LET’S PRAY FOR OP HAFIZ
GOD IS MOST MERCIFUL
OH GOD .. UNTO THEE I SURRENDE
PLEASE HELP ME TO SURVIVE

CONTRIBUTE TO

“SUMBER DEMIHAFIZ”

CIMB BANK AKAUN NO: 14160001103109

ISSUED BY: DANA COUNCIL SECRETARIAT
(Sheikh Ghazali : 012-2918046)

Siapa yang ingin menderma, bolehlah menyalurkan bantuan seperti maklumat di atas...Atau anda juga boleh menghubungi Sheikh Ghazali untuk pertanyaan lanjut...


UPDATE:
SUMBER DEMIHAFIZ

Beginilah Nasib Hye Si Bujang...!!!

Assalamualaikum...

Hari ini i tak ada mood la nak ngapdate ngapdate ni..aduii..plan kejap lagi nak habiskan baucar buku 1 Malaysia tu, tapi i lupa mana i letak..habis dah sepah-sepah satu persatu buku i cari, tapi tak jumpa-jumpa lagi...geram sebab tak jumpa terus buka internet...rileks-rileks sekejap baca apa yang korang celotehkan...haha, rasa happy sikit...kejap lagi lah sambung sepahkan buku-buku yang lain plak...

Kat bawah ni antara cerita yang i jumpa masa duk belek-belek folder lama...tak tau i dapat dari mana, lupalah sebab copy from kawan rasanya...tapi takper, i nak share jugak...

Kot-kot ada persamaan cerita ni dengan korang..hehe..eh, sama dengan i larrr...


Bila nak kawin???

Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan



Bila nak kawin???

Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia



Bila nak kawin???

Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)



Bila nak kawin???

Aduuuhh…aku disoal lagi
Kawin??? Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)



Bila nak kawin???

Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa…haa…haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyyy)



Bila nak kawin???

Aaahhh….sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.



Bila nak kawin???

Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka (Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.



Bila nak kawin???

Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.


MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

***secebis KASIH membuat kita SAYANG ….seucap JANJI membuat kita PERCAYA…..sekecil LUKA membuat kita KECEWA…..tetapi sebuah PERSAHABATAN selamanya BERMAKNA…

Salam Jumaat buat semua...Happy happy DAY....!!!!!

Thursday, March 1, 2012

Minum Mountain Dew dan Menang Mitsubishi TRITON..1 Mac - 30 April 2012..

Assalamualaikum...

Tak percaya kan sekarang dah masuk bulan Mac...Sangat cepat masa berlalu dan terus meninggalkan kita...Kalau boleh i tak mahu masa ni berlalu dengan cepat, sebab i ingin menikmati kehidupan terindah ini...Tapi itulah putaran waktu...We have to accept it ...!!!

Actually, i sangat penat lagi ni...Tadi pagi kelas non-stop 3 jam..no break ok..but, i enjoyed the class...Dr Nafisa was really funny...love her teaching style...dia suka tanya orang dan suruh orang terangkan balik apa yang dia ajar tu...sebetulnya, dia pun tak terangkan lagi tapi dia suruh student dulu yang explain untuk uji pengetahuan dan pengalaman kitorang ..because lecture notes hari ini kebanyakannya kitorang dah belajar directly when we were in studio...do the technical things such as doing the plans, make the report, making the design and layout...so, the lecture today adalah untuk memorize all the things as well....Petang tadi pukul 2 ada seminar pulak with Dr Nooraini dan Dr Hairul..So, now baru ada di bilik sebab tadi tengahari pun tak balik bilik...makan-makan dulu kat meranti with classmates and then solat dekat surau fakulti...

Ok dah dah membebel..sori i memang kalau menulis tak reti nak pendek-pendek...Bercakap pun macam tu ada je cerita yang nak keluar dari mulut i ni...

Here we go...!!!

Nak menang hadiah tak yang super duper best ni tak???
Peluang KEEMASAN buat ANDA....MINUM DEW DAN MENANG...!!!
Klik dekat gambar yer...

Nampak tak apa hadiah utama dia...It's really awesome ok..Siapa yang tak mau TRITON kan..Even dah banyak kali naik TRITON pun tapi itu bukan ana yang punya..I suka tau jenis kenderaan yang tinggi-tinggi ni sebab boleh nampak semua benda dekat depan....Dan lagi satu, i rasa design TRITON ni paling sporty , smart and cantik kalau dibandingkan dengan kenderaan 4X4 yang lain...Setuju tak???
hehe, i memang peminat TRITON, so i memang agree sangat-sangat dengan kata-kata i..(macamlah Mitsubishi nak bagi free TRITON kat i kan?)

Hadiah kedua pun best..Tapi ia macam sesuai untuk sesiapa yang sukakan aktiviti lasak..Eh takpe, nanti korang boleh bagi free lak kat sape-sape kalau tak nak...haha

Ok, yang lain-lain pun macam biasalah kan..Kalau contest-contest macam ni memang suka bagi barangan macam handphone ni..tapi itu bukan sebarang handphone cap ayam macam i pakai, itu handphone ada kelass kau maria..Lain-lain hadiah ialah papan luncur edisi khas from Mountain Dew dan ianya terhad yer...
Dan juga wang tunai sebanyak RM300...
wow wow wow...

So, grab la cepat-cepat..Takkan nak tengok jer kan...

Ohhh...kalau nak tahu lebih lanjut i sarankan y'alls pergi dekat DEW MORE WIN MORE ini...Dekat SINI jelas dia bagitahu macammana cara-cara untuk anda semua join..Peraduan ini baru start hari ini, 1 Mac 2012...Jadi, jangan bimbang jangan risau anda masih punya banyak masa lagi untuk join yer...Lagi 2 bulan sempatlah beli banyak-banyak dan simpan label pek dan tab tin MOUNTAIN DEW...kumpul banyak-banyak dan anda sememangnya berpeluang untuk menang hadiah-hadiah di atas...

Aihh, penat dah menaip ni..jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini..mana tahu rezeki berpihak pada anda...

GOOD LUCK AND WISH ME LUCK TOO....

***sesi merehatkan badan, merehatkan minda...Malam ini sesi mengadap assignment plak..=)

Wednesday, February 29, 2012

Untukmu Kawan : Terima Kasih untuk Setiap Waktu yang Diberikan...

Assalamualaikum

Beberapa hari ini i beremosi sikit..Yelah, sebab dalam beberapa hari ini jugak i spend time bersama kawan-kawan yang sangat-sangat i rindukan selama ini...Tak tahu nak gambarkan perasaan itu macammana, kerana di saat i menaip entry ini pun, air mata i turut mengalir laju...Susahnya menjadi insan yang senang tersentuh jiwa ni..
google image

Ya Allah, di saat mereka memeluk dan menciumku, i memang sangat-sangat terharu...Mereka menangis untuk orang seperti i...Sepertimana mereka turut memelukku dengan erat, sedetik itu jugak i memang tidak dapat menahan apa yang terbuku di hati ni..Sumpah, i sangat merindui masa lalu...sangat merindukan jalinan persahabatan yang dulu...

Kini, i ingin kembali menjadi diri yang dulu...Seorang yang sangat ceria, seorang yang sangat peramah, seorang yang boleh dikatakan suka melawak, seorang yang kelam kabut yang sering membuatkan rakan-rakan tertawa..Sememangnya apa yang diperolehi sekarang ini telah mangajar untuk diri i menghargai setiap perkara...Mengajar untuk menghargai kesempatan yang ada..I tak akan mudah lemah lagi, itu yang i harapkan sangat buat detik waktu ini juga seterusnya...

Terima kasih kawan kerana tanpa anda semua i tak akan menjadi setabah ini untuk mengharungi ranjau kehidupan ...Anda semua adalah penyokong terhebat selepas family i...Tiada kata yang boleh i ungkapkan melainkan terima kasih kerana tak henti-henti menyokong...I tak sangka anda semua akan melayan i sebegitu baik..Anda semua buat i merasa diri ini sangat berharga berada dalam kalangan kalian...

TERIMA KASIH...
INSYAALLAH KALI INI ADALAH KENANGAN TERAKHIR KITA SEMUA...
Semoga memori dan kenangan kali ini akan tersemat di hati dan sanubari masing-masing....

I LOVE U ALL....FRIENDSHIP NEVER ENDS

Perkongsian : Untuk Wanita, Wanita yang bergelar Isteri dan juga Wanita yang bakal bergelar Isteri


Assalamulaikum....

Petang ni i nak berkongsi satu kisah yang mana i sendiri tak pasti dari mana sumbernya..tapi kisah ni memang dah tersebar luas di alam maya ini...Apa kata lapangkan dada, hayati dan renungkan kisah ini..Semoga kita semua beroleh pengajaran dari kisah yang diceritakan ini...

Kisah Benar,Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.

“Eh, makin kurus nampak. Diet ke?” kata saya setelah mempersilakannya Duduk.

“Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang,” balas Arifin.

“Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar,” Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.

Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.

“Orang rumah saya sakitlah, ustaz”, kata Arifin.

“Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?” saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.

“Entahlah.” katanya perlahan,” 

Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,”kata Arifin.

Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.

“Sakit apa, doktor pun tak tau,”tambahnya.

“Dah pergi berubat kampung?”saya bertanya.

“Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh,”jelas Arifin.

Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut

“Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru,” tambah Arifin.Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.

Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.

Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.

Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.

“Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok,” kata Arifin. Wajahnya sayu

“Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu”.

Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.

“Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,”tambah Arifin.

“InsyaAllah.” Balas saya.

Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.

“Apa yang dia cakap masa meracau tu?”

“Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,”kata Arifin.

Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.

“Datang ya, ustaz . Saya tunggu,”katanya sambil mengangkat punggung.

Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.

“Jemput masuk ustaz,”Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.

“Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit,” bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.

“Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,”kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.

Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;”Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung”.

“Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah,” jawab Arifin.“Err,. dari mana datangnya bau yang.” soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.

“Ooo. mmm, dari alat sulit dia,”kata Arifin perlahan.“Keluar lendir bercampur nanah.

Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukanArifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.

“Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah.”

“Kalau macam tu, baguslah,”kata saya.

Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.

“Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh,” kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.

Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.

Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.

Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.

“Ustaz,”katanya,

“Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu”

“Kenapa?”pantas saya bertanya…

“Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya”. 

Arifin menyambung ceritanya;Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. 

Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.

Saya tanya “Kenapa?”Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.

“Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam.

Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.

“Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.Dia minta saya maafkan.

”Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan.” Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.

Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.

“Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,”kata saya.

Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu.

Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa.”

“Ampunkan dia?” Arifin bertanya balik.

“Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?”tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.Mungkin dia terkejut.

“Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala,” jelas saya. 

Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.

“Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas,” jelas saya.

Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.

“Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat,” kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.

“Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.

“Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. 

Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa.

Wordless Wednesday : Friendship