Tuesday, November 6, 2012

Minggu Genting

Lagi beberapa hari nak balik rumah, time ni lah kerja berlambak nak kena betulkan. Sungguh tension sungguh.

Ya ALLAH, permudahkanlah urusan hambamu ini.

Monday, November 5, 2012

Gubahan Telekung Hantaran

Assalamualaikum
Amatur punya kerja camnilah. Need to improve lagi dan lagi. Owh, I love my job, nak jadi wedding planner takmau jadi town planner..hahah.!

***Dapat order from my frens tuk buat fabric handbouquet wedding dia bulan 2 tahun depan. Tak sabar nak buat, very excited. ! 

Full Version of Sirih Junjung Hantaran Pertunangan

Assalamualaikum
.
Hmm..i deactivate facebook untuk sementara waktu. Biarlah dulu malas nak peduli. Sakit hati kenkadang. I bukan jenis yang suka cari gaduh tapi still ada orang yang tak puas hati dekat kita ni. Entahlah manusia ni macam-macam, tengok macam baik je depan kita, belakang kita tuhan je yang tahu.

ohh nazirah, stop it.! ni dah macam luahan hati padahal nak cakap pasal sirih junjung.grrrr...mehla tengok yer. simple-simple jer. 




Sunday, November 4, 2012

Lego Legoland

Assalamualaikum

Malasnya nak ngadap belog sekarang. Kerja bertimbun-timbun. Minggu depan plak test berderet. Tak sabar nak habiskan penyeksaan akhir tuk minggu ni. 9.11 ni cuti mid semester dan akan hohoho balik kampung...Tak sabarnya nak balik. Dah 2 bulan lebih tak jumpa family ni.

Cerita minggu lepas.I pergi jalan-jalan ke Nusajaya. Jalan-jalan je nak masuk belum mampu.=)

Saturday, October 27, 2012

Lelaki Gila Desperate

Nonsense. Idiot. Psycho. Crazy and all those thing yang sewaktu dengannya. Hati kalau ikutkan memang tengah marah umpama lava gunung berapi yang nak meletup. Hmm, apa silap aku. Aku tak suka kau, please jangan kacau hidup aku. Kenapa manusia tak pernah senang tengok orang bahagia?

Sebab aku kenal kau sebab tu aku malas nak panjangkan cerita. Malas dan malas ambil tahu pun. Kalau tak dah lama aku pergi report kau kat polis.

Sebab ni je kau mesej aku macam-macam? Sebab ni jer? So, kalau i tak balas maknanya bolehlah nak mesej &%^*&%^& tu. Sorry ye, dapat maki hamun tu memang best la kan. Ke memang suka orang sumpah seranah nih..Hmmm, kalau dah aku tak tegur tak peduli tu tak payah lah nak peduli aku lagi.. Kau ingat kau hantar mesej mengarut-ngarut kat aku tu aku nak kawan dengan kau lagi lah ek. Nonsense, kau ni memang gila. Desperate sangat. Kalau dah tak sabar nak kahwin pergi lah cari perempuan lain. Kalau dah perangai macam ni, sorry lah awak, memang patut direject pun. Kau berani anta mesej @$%^!$*(&2$ lagi tunggu lah, sabar aku pun ada tahapnya

Monday, October 15, 2012

Mega Raya dan Sahabat Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai

Assalamualaikum

Minggu lepas, hari Sabtu 13 Oktober 2012 sempatlah i dan kawan-kawan turut serta majlis anjuran Kolej Tun Fatimah ni. KTF selalu buat majlis, tapi baru kali ni berpeluang nak join. Tak sangka sambutan sangat meriah. Lagi best sebab ini kolej perempuan dan semua yang hadir majoriti perempuan cuma adalah beberapa orang lelaki. Maybe felo or husband pada orang atasan KTF. Yekot, sebab tak kenal. Haha, kalau silap maaf yek.:)
 Ada Photobooth. Cantik kan, my feveret kaler PINK..Sukanya D.I.Y camni.!
 Kena daftar dulu before masuk
 2 orang ni dapat jemputan program SAHABAT. Program sambut besday fasa 1 bagi yang lahir bulan Januari hingga Jun. I terkecuali tapi tetap pergi sebab nak makan. Hihi
 Sempat bergambar sekeping je kat sini. Masa dah habis majlis ramai sangat kerumun kat sini, so i malas nak menunggu, kita balik la yer. Bilik belakang dewan ni je punnn..
 Majlisnya. Nampak ada kek kat atas meja tu? Ada 6 biji kek untuk yang lahir bulan 1 hingga 6. Sob sob, kesian kita.
 Jeng, Farihah dan Diba. Masa ni tengah tunggu majlis nak start. So, kita bergambar lah dulu yek
 From left : Farihah, Diba, Me, Wani and Shasha
 Lepas habis majlis baru dapat makan-makan. Ada Nasi Goreng.
 Ada juga Mee Kari. Mee Soto pun ada tapi tak sempat dah habis daaaaaaaa...
Hasil rembatan berebut makanan. Kenyang sangat-sangat malam tu. Seeh perut sampai sakit perut.

Itu saja aktiviti malam minggu yang lepas. Actually banyak benda lagi buat, tapi tak sempat lah i nak update semua. Minggu ni dah start buat Feasibility Study, takutnya lahai .Nasib report fisrt supervisor cakap ok and good. Paling penting tak perlu re-do cuma adalah sikit-sikit yang perlu baiki untuk next stage.

Thursday, October 11, 2012

Takoyaki @ Giant U Mall

Assalamualaikum

Korang pernah makan takoyaki tak? Tak pernah? Haa, meh sini nak kobar. Takoyaki ni i pun baru kenal dua tahun ++ belakangan ni, kira baru kenal lagi. Itupun sebab kawan-kawan lah duk bising-bising pasal takoyaki ni sedap. I ni kan pantang sikit dengar makanan-makanan sedap ni, memang jenis tak sabar nak rasa. Padahal selalu jer lalu kat gerai ni dalam U Mall tapi tak pernah nak singgah. Lepas kawan bagitahu kat mana, terus pergi cari dan melekatlah sampai ke sekarang ni.
Takoyaki. Makanan orang Jepun kan. Tapi i tak minat sushi. Tak tau kenapa tak selera dengan tekak i, nasib takoyaki ni bolehhh... Sedap sangat.!
Cenggini lah. Ada mayonis, ada kicap air eh? ada bebola apa tah, macam isi ayam, udang, sotong semua ada, pastu benda-benda kering kat atas tu. Apa tu ek, tak tahu tapi sedap.
Very delicious. Kenyang sangat makan 4 biji ni. Harga pun ok RM3.50.
@Giant U Mall, menikmati Takoyaki.

Ayuh korang cuba memang best dan boleh bawak mimpi. Haha, aku la tuh sampai mimpi makanan.!