Tuesday, July 19, 2016

Moga~moga


"Senyumlah. 
Tuhan bukan setakat tahu kau sedang terluka. 
Bahkan Tuhan tahu, kau akan mampu melaluinya. 
Bahkan Tuhan tahu, kau akan baik~baik saja".


Moga di balik luka,
Allah salutkan dengan sedikit bahagia.

Moga~moga...

Tuesday, July 12, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum...
Salam 7 syawal...


Satu2 nya family picture yang ada untuk syawal 2016 setakat ini..inipun bergambar masa open house cousin...raya 1 langsung tak sempat nak ambil gambar family walaupun dah cantik2 warna sedondon semua..😭😭😭...harus cari free time untuk repeat lagi...huhu...

Di kesempatan ini even dah 7 syawal, kami sekeluarga ingin mengucapkan 'Salam Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin kepada semua yang mengenali kami...jika ada tersalah silap mohon dimaafkan...jemputlah datang beraya ke teratak kami ye..'

Sunday, July 10, 2016

Perempuan


Perempuan. 
Dia menangis. Dia ketawa. Dia merungut. Dia membebel. Dia berduka. Dia sayang. Dia cinta. Emosi dan perempuan sahabat yang sangat karib. Susah hendak dipisahkan. Perempuan tu fragile. Memang ada perempuan nampak gagah luaran tapi dia tetap perempuan. Hatinya masih lembut. Hatinya masih sensitif.
 
Perempuan.
Tentang suka. Tentang jatuh cinta. Sering sahaja dia tersilap percaturan hati. Fikirnya lelaki itu cinta,dia tunggu untuk sekian lama namun hanya hampa. Lelaki bagi mereka biasa tapi bagi perempuan setiap kata kata manis, perbuatan baik, perhatian dan pujian itu tanda kau suka atau mungkin kau buat dia jatuh cinta.

Perempuan.
Dia belagak kuat di hadapan semua padahal hatinya telah hancur luluh merana. Namun dia tahu dia tak boleh tunjuk lemah selamanya. Dia harus kuat hadapi dunia. Pura pura kebal dengan segala. Hadap semua dengan senyuman palsu semata. Berjalan megah untuk melindungi diri yang jatuh tertiarap di hujung sana.