Friday, November 30, 2012

Tempahan Gubahan Sirih Junjung

Assalamualaikum

Entry melekat, sila scroll  ke bawah untuk entry terbaru.!

Pertamanya, saya nak mohon MAAF banyak-banyak dekat readers yang email dan tanya saya ada buat tempahan ke tidak. Jawapan saya, buat masa ini saya tak open order untuk siapa-siapa pun lagi. Biasa saya just buat untuk kenalan dan juga saudara mara yang dekat-dekat jer. Mungkin lepas ini INSYAALLAH saya memang akan lebih serius dalam bidang ni. Cuma buat masa sekarang saya kena tumpukan pada pelajaran dulu. Dah habis belajar nanti, confirm i war-warkan pada uolss semua. Lagipun i masih setahun jagung, buat pun sekadar suka-suka, skills pun masih kelaut lagi. Nak ambil order untuk orang-orang luar masih belum termampu lagi setakat ni rasanya.Doakan lah saya yer semoga dapat mencapai impian ni.=) 



Like and Love my job. 
Cuma sekarang masih belum dapat berikan komitmen yang sepenuhnya.

SUATU HARI NANTI, 
INSYAALLAH.

Saturday, November 24, 2012

Home is the BEST PLACE.

Assalamualaikum

Lama sudah kan i tak jengah sini. Nak BW apatah lagi. BZ amat. Insyaallah lepas dah tamat semester ni, i pasti aktif lagi.=)

Btw, i dekat rumah sekarang. Huhu, baru last week balik minggu ni balik lagi. Gitulah i kalau dah kena penyakit rindu. Eh eh tak la ada sebab sebenarnya i balik even kerja i meninggi bak gunung. But secret lah tak leh gitau. Hehe.

I naik bas kat Larkin kali ni. Lama jugak tak jengah Larkin. Since i baru je berjinak-jinak naik bas balik selepas dekat nak setahun tak naik bas. Penuh dengan lautan manusia. Uhuhu, pening memang pening. Bas pukul 9, tapi i naik teksi pukul 7.40p.m, sampai sana lebih kurang 8.10p.m. Ok la kan sebab takut jalan jammed je sebenarnya sebab tu pergi awal. Tambang teksi RM22. Erkk, tersedak kejap dah lama tak naik teksi gamaknya sampai tokojut den.

Next, dah sampai awal tu tak tahu nak buat apa takkan nak melangut tengok orang jer so i cari-cari lah kedai makan buat isi perut dulu. Memula rasa nak makan nasi, tapi kan nanti kenyang sangat lepastu i ni kalau makan nasi mesti automatik lepas sudah je sakit perut. Jadi, kensel. Moh ler kita pekena Bakso yang sedap ni.
 Bakso Rabu Samad. RM4 semangkuk. Kuah dia sedap, meatball pun banyak ada 6 ketul ke 7 ketul  cuma kan tang mee tu jer tak best, lain kali basuh dan celurlah dulu . Ni tak keras dan berminyak.
 Teh O Ais. RM1.30. Untuk elak cepat sakit perut so kena jauhkan minuman bersusu.
 Lagi? I tak habis pun sebenarnya. Makan mee sikit pastu kuah semua habis dan meatball tu. Sekarang kalau makan mee berkuah mesti kuah habis tapi isi tak habis. Haih~
 Tinggal lagi setengah jam before naik bas. Pusing-pusing lagi dan masuklah Dunkin Donuts. Pastu lepak sini sambil menikmati donut 
 Choc Puding 2 untuk i. Dasar tekak gajah. Haha
Okeh, terimalah wajah selebet abad ini

Friday, November 9, 2012

Taman Negara Jerantut Pahang || Kenangan Terindah

Assalamualaikum

Kadang-kadang kalau aku rindu masa lalu , sukalah nak belek-belek gambar lama. Ya Allah, time tu jugak menetes-netes air mata ni. Rindu sumpah rindu. Kalaulah kenangan tu boleh datang kembali kan. Tapi itulah, ia dah terlampau jauh untuk kita kecapi lagi.Cuma boleh mengenang kembali detik terindah bersama kawan-kawan. 

Semalam lepas test law, hujan lebat. Pastu, time nak tunggu hujan tu terserempak lah dengan sorang staff utm yang ikut kitorang pergi taman negara. Tak percaya dia masih cam I lagi. Lama jugak sembang sebabnya dia cerita malam nanti dia akan ikut rombongan tahun 2 ke taman negara. Bestnya, teringin nak pergi lagi la.  

 Bestnye berendam dalam sungai. Time ni baru lepas meredah Bukit Teresak. Mencabar gila. Aku sendiri tak percaya aku leh sampai puncak. Haha, tengok badan lah. But, support kawan-kawan tu penting. Kalau tak ada dorang memang aku pun tak sampai agaknya. Tqsm frens.
 Time ni dah last day. Dah packing-packing barang, kemas-kemas khemah semua. Banyak lagi gambar ini pun yang kawan punya. Yang camera i nanti la malas nak edit.

 Sebelum gerak balik Johor, singgah dekat Kuala Gandah dulu. Sini tempat pemeliharaan gajah.
 Kengkawan 
 Gajah tengok kitorang. Haha, excited kot semua. Paling best boleh naik gajah, tapi aku tak naik lah. I geli.
 Ini hari ke berapa entah dekat Taman Negara, pergi Kuala Trenggan. Kena naik bot nak sampai sini. Nak trekking pon boleh, tapi kena ada yang tahu jalan la.
 Rindunya.!
 Gambar dah berterabur tak ikut susunan. Ok, time ni kitorang singgah dekat kawasan orang asli. Tak caya aku ada orang tinggal dalam hutan camni. First pengalaman tengok kawasan dorang, sumpah cantik. Tepi-tepi sungai, tenang rasanya.
 Kalau dah gila gambar, gambar sama banyak kali pun takper...=)
Atlet-atlet negara, miahaha.

Tuesday, November 6, 2012

Minggu Genting

Lagi beberapa hari nak balik rumah, time ni lah kerja berlambak nak kena betulkan. Sungguh tension sungguh.

Ya ALLAH, permudahkanlah urusan hambamu ini.

Monday, November 5, 2012

Gubahan Telekung Hantaran

Assalamualaikum
Amatur punya kerja camnilah. Need to improve lagi dan lagi. Owh, I love my job, nak jadi wedding planner takmau jadi town planner..hahah.!

***Dapat order from my frens tuk buat fabric handbouquet wedding dia bulan 2 tahun depan. Tak sabar nak buat, very excited. ! 

Full Version of Sirih Junjung Hantaran Pertunangan

Assalamualaikum
.
Hmm..i deactivate facebook untuk sementara waktu. Biarlah dulu malas nak peduli. Sakit hati kenkadang. I bukan jenis yang suka cari gaduh tapi still ada orang yang tak puas hati dekat kita ni. Entahlah manusia ni macam-macam, tengok macam baik je depan kita, belakang kita tuhan je yang tahu.

ohh nazirah, stop it.! ni dah macam luahan hati padahal nak cakap pasal sirih junjung.grrrr...mehla tengok yer. simple-simple jer. 




Sunday, November 4, 2012

Lego Legoland

Assalamualaikum

Malasnya nak ngadap belog sekarang. Kerja bertimbun-timbun. Minggu depan plak test berderet. Tak sabar nak habiskan penyeksaan akhir tuk minggu ni. 9.11 ni cuti mid semester dan akan hohoho balik kampung...Tak sabarnya nak balik. Dah 2 bulan lebih tak jumpa family ni.

Cerita minggu lepas.I pergi jalan-jalan ke Nusajaya. Jalan-jalan je nak masuk belum mampu.=)