Saturday, November 24, 2012

Home is the BEST PLACE.

Assalamualaikum

Lama sudah kan i tak jengah sini. Nak BW apatah lagi. BZ amat. Insyaallah lepas dah tamat semester ni, i pasti aktif lagi.=)

Btw, i dekat rumah sekarang. Huhu, baru last week balik minggu ni balik lagi. Gitulah i kalau dah kena penyakit rindu. Eh eh tak la ada sebab sebenarnya i balik even kerja i meninggi bak gunung. But secret lah tak leh gitau. Hehe.

I naik bas kat Larkin kali ni. Lama jugak tak jengah Larkin. Since i baru je berjinak-jinak naik bas balik selepas dekat nak setahun tak naik bas. Penuh dengan lautan manusia. Uhuhu, pening memang pening. Bas pukul 9, tapi i naik teksi pukul 7.40p.m, sampai sana lebih kurang 8.10p.m. Ok la kan sebab takut jalan jammed je sebenarnya sebab tu pergi awal. Tambang teksi RM22. Erkk, tersedak kejap dah lama tak naik teksi gamaknya sampai tokojut den.

Next, dah sampai awal tu tak tahu nak buat apa takkan nak melangut tengok orang jer so i cari-cari lah kedai makan buat isi perut dulu. Memula rasa nak makan nasi, tapi kan nanti kenyang sangat lepastu i ni kalau makan nasi mesti automatik lepas sudah je sakit perut. Jadi, kensel. Moh ler kita pekena Bakso yang sedap ni.
 Bakso Rabu Samad. RM4 semangkuk. Kuah dia sedap, meatball pun banyak ada 6 ketul ke 7 ketul  cuma kan tang mee tu jer tak best, lain kali basuh dan celurlah dulu . Ni tak keras dan berminyak.
 Teh O Ais. RM1.30. Untuk elak cepat sakit perut so kena jauhkan minuman bersusu.
 Lagi? I tak habis pun sebenarnya. Makan mee sikit pastu kuah semua habis dan meatball tu. Sekarang kalau makan mee berkuah mesti kuah habis tapi isi tak habis. Haih~
 Tinggal lagi setengah jam before naik bas. Pusing-pusing lagi dan masuklah Dunkin Donuts. Pastu lepak sini sambil menikmati donut 
 Choc Puding 2 untuk i. Dasar tekak gajah. Haha
Okeh, terimalah wajah selebet abad ini

3 comments:

  1. rm22...? mahalnyaaa.!
    adeh errah...terliur nur tgk baksoo..!
    sedapnya nampakkk....

    ReplyDelete
  2. wah..bestnya..saya dah lama tak makan bakso....

    ReplyDelete
  3. Akak pun paling pantang kalo makan mee pastu mee tak celur. Rasa nak marah sgt.

    ReplyDelete

Thanks for Comment