Assalamualaikum
Sekarang ini ramai yang memperkatakan mengenai drama Vanilla Coklat yang khabarnya mendapat rating yang tinggi di TV3.
Drama Vanila Coklat menceritakan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain.
Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela.
Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing-masing.
Ia dibintangi pelakon terkenal seperti Izara Aishah dan Iqram Dinzly.
Dan yang paling diperkatakan adalah kehadiran pelakon baru dalam drama tersebut, Aiman Hakim Ridza.
Dengan berbekalkan wajah yang tampan, kehadiran Aiman dalam drama tersebut ternyata melonjakkan lagi populariti drama berkenaan.
Namun tak ramai yang tahu, sebelum terjun ke bidang lakonan, Aiman merupakan protege kepada penyanyi rock, Rahim Maarof daripada pertandingan nyanyian Mentor musim kelima (Mentor 5).
Penyingkiran Aiman dalam program tersebut pernah mencetuskan kontroversi apabila Rahim seolah-olah tidak puas hati dengan kritikan pengkritik tetap Datuk Ramli M.S. terhadap Aiman.
Pada penghujung konsert minggu keempat Mentor 5, Rahim mencabar Ramli supaya menyertai Mentor musim akan datang dan melatih protegenya sendiri.
Ia ekoran kritikan-kritikan pedas komposer berasal dari Singapura itu terhadap persembahan Aiman sehingga cabaran Rahim terhadap Ramli itu dilihat agak panas dan serius bunyinya.
pictures : google image
Apapun betullah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.
Siapa sangka Aiman yang kalah dalam nyanyian boleh meletup dalam lakonan!
Semoga ini boleh memberi perangsang kepada kita semua agar jangan mudah putus asa dalam mengejar cita-cita, manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT sahaja yang berhak menentukan segala perkara yang menjadi ketentuan-Nya. – SYAHRIL A. KADIR
Copy paste from Mynewshub
mmg best giler kan lakonan diorang ni.. natural giler!! i like!! sepadan pulak tu..
ReplyDeleteme like i too..xtinggal lagi 1 episod pn..suweett..
Deletesuka gak tgk cite ni ...so sweet....rasa nak g cameron, tk pernah p sana !tp tunggu kawin la. :D
ReplyDeletejom2 g cameron...xpenah pegi jugak ni...hehe
Deletewahhh ramai ckp pasal cite ni.rara xrajin sgt tgk.
ReplyDeletehehe..semua kot duk bercakap pasal vanila cekelat ni..episod trbaru best..tengok la..hehe
Delete