Monday, March 18, 2013

Teaser ~ Wedding My BFF, Kila

Assalamualaikum
Post-post di entry aku sekarang banyak jer pasal wedding kan, engangement lah dan sewaktu dengannya. Zaman-zaman umur sebaya aku ni ramai kawan-kawan dah nak menamatkan zaman solo, tinggal aku jer belum. Hihi. Ok, story pasal my bestfriend Kila ni, dia dah sebulan nikah before majlis bersanding ni. Time dia tunang dulu aku tak dapat pergi, so time dia kahwin acaner pun aku perlu pergi. Nasib time minggu tu takde pape, kalau tak aku pun tak dapat balik kampung. Aku kenal Kila ni zaman tadika lagi tapi tak rapat. Aku mula rapat dengan dia time form 5 dan sampailah sekarang.

To be continued..

Thursday, March 14, 2013

At Home Sweet Home

Assalamualaikum

Selepas sebulan kini aku berada di rumah...Yehhooo..Balik sekejap je pun sebab next week aku g site kat KL..dan sebab aku pergi minggu depan jadi aku balik dulu minggu ni sebab nak attend wedding kawan baik aku..Tempohari aku bagitahu dia aku tak balik, kira surprise dia la ni nanti. Haha..yer2 je kan aku nyer surprise..

Ok, semalam naik bas dekat Seri Puteri jer. Pukul 9.30 malam gerak. Tak 9.30 jugak la sebab before tu de bagitahu Cik Wani kata nak taxi dekat blok H10, dah turun siap-siap and then call dia balik baru dia bagitahu dekat pakcik taxi. Nasib baik lah tak lewat sangat. Sampai Seri Puteri bertenggek la aku di bawah jejantas depan Shell tu ha. Tak ramai naik bas dari Seri Puteri, ramai naik dari Larkin. Dalam pukul 10.30 bas Transnasional sampai dan bertolaklah kami ke Kuala Terengganu....ehhh, ke Kemaman. 
Menanti ketibaan bus trans dari Larkin.huhu..gini la nasib si anak perantau..hanya mampu memiliki bus..:P

Sepanjang perjalanan aku membuta jer, best sebab aku dah lama tak tidur lama-lama. Kalau dia berhenti pun aku tak sedarlah. Rasanya bas ni tak berhenti mana-mana pun just berhenti dekat stesen minyak untuk buang air. Aku kerjanya tidur jela. Dalam pukul 3 tetibe aku tersedar, tengok tempat macam kenal..rupanya dah sampai Chendor, kemain laju pakcik bus bawak bus. First time aku sampai pukul 3 pagi. Tapi tak bestnya rumah aku dalam 10-15 minit lagi pun nak sampai, tapi berhenti dekat R&R Chendor kemain dekat 1 jam. Last pukul 4 lebih jugak sampai yer.
Now, i'm at home... Siang orang pergi kerja pergi sekolah maka tinggal la i sorang-sorang yer dan i nyambung lagi kerja membuta. Petang pulak biasalah aktiviti dengan budak-budak..Hihi, i suka budak-budak ok..Kadang-kadang rasa diri ni tak matured pun ada even da umoq panjang. Haihhh.

Ok, selingan gambar selca dengan budak-budak ni..
Macam-macam gaya, macam-macam keletah...Merekalah penghiburku..Next month bakal lahir lagi sorang ahli baru dan hujung tahun ni lagi sorang..Teehee, makin ramai budak-budak dekat area rumah.