Saturday, December 17, 2011

Hilang

Assalamualaikum my lovely blog...

Agak lama aku meninggalkan jejak di dalam blog kesayanganku ini....Rindu..sangat rindu..Tapi hanya dengan cara ini  sahaja aku boleh kembali hidup dari dunia yang penuh gelap sebelum ini.

Biarpun buat masa ini aku harus bergantung kepada ubat yang setiap hari perlu aku telan, aku harus menerimanya even sangat sukar bagi aku. Moga Allah kuatkan imanku, amal ibadatku, semangatku untuk terus berjuang menempuh kehidupan yang penuh onak duri ini. Insyaalah, kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan,moga aku akan ada pengakhiran yang baik suatu hari nanti.

Thank you pada Dr Zaliha n Dr Akmal yang sangat-sangat baik dan bersabar untuk menangani segala apa yang berlaku dekat diri aku. Yes,aku amat bersyukur aku masih diberikan anugerah untuk terus memandang ke hadapan.

Aku harus sabar dan kuat untuk berhadapan dengan orang-orang di sekeliling aku...Yang itu, entah kenapa aku masih belum kuat tntuk lakukannya..Setiap kali aku berdepan dengan situasi itu, pasti aku akan mengelak..Aku pun tak tahu kenapa tindakan drastik itu berlaku, tapi aku pasti masa akan mengubahnya...Ya, aku sangat perlukan masa..Aku sentiasa berusaha ke arah itu, cuma kadang-kadang hati aku masih tak dapat menerimanya...Dan aku gagal...

Aku tak mahu manjadi orang yang gagal...aku sangat takut sebenarnya.Aku tak pernah gagal seteruk ini dalam hidup aku. Even aku pernah jatuh ,tapi aku boleh bangun semula..Sekarang, untuk kembali ke masa depan aku perlukan semua orang. Semua orang yang pernah hadir memberi sinar kebahagian dalam hidup aku.Keluarga,kawan-kawan dan siapa-siapa yang dapat memulihkan aku untuk hadir dan tertawa lagi.

Aku sangat merindukan masa laluku..Sangat-sangat..Aku rindukan gelak tawaku yang dulu, riang riaku, kemesraanku yang sangat susah untuk aku wujudkannya kembali. Aku tidak mahu berpura-pura kerana itu akan membuatkan hati aku sangat sakit..