Tuesday, February 14, 2012

Udang Galah Sungai

Assalamualaikum..

Minggu lepas adik i, Mubin pergi memancing di sepanjang sungai dekat belakang rumah ni..Sungai belakang rumah i ni memang famous kot dengan udang galah..Merata orang-orang luar yang datang dan memancing kat sini...Cuma i je yang tak pernah turun ke sungai..takper ,kita bagi kat orang laki je main-main dalam sungai ni..

Kalau hujung minggu, Jumaat dan Sabtu memang penuh la orang dalam sungai ni..macam pesta kot..Kebanyakan dari mereka lebih suka memancing berbanding menahan pukat atau menyauk dengan sauk tu..Kalau menyauk confirm-confirm lah udang yang dapat kecik cinonet je...yang tu nak buat umpan bolehlah, nak telan dek tekak macam tak berbaloi je kan berkubang dalam sungai...
Udang galah sungai sepit biru...Adik i ni teror jugak bab memancing ni..Mungkin dari kecil dah didedahkan dengan sungai..Orang lain tak dapat lagi, dia dah dapat dah..Rezeki masing-masing..
Sayang i hanya dapat melihat, nak makan tak berani lah nanti satu badan elergik..
Hasil pancingan Mubin...Sehari sebelum tu dia dah pergi dengan sepupu, Abang Din...Keesokannya dia pergi lagi sorang diri ...
Ni semua yang latest dia pancing..yang pergi dengan Abg Din pun besar-besar jugak, tapi yang tu lupa nak ambik picture coz dah Maghrib masa dia balik tu..
Kalau y'alls. masak apa dengan udang-udang galah camni???
Yang besar tu orang panggil udang galah kan, tapi yang kecil tu panggil apa ek..???
udang galah jugak ke..

My mom n tokwan masak ini...
Udang Galah Masak Lemak Cili Padi..

Disebabkan i dan mama tak boleh makan udang sungai, kami pun nak makan lauk pauk yang sedap jugak..jadi mama masak ini jugak..
 Asam pedas TEMPOYAK IKAN PATIN...
yummy yummy...mana boleh kalah kan tengok orang makan sedap..

Jomlah melawat kampung i..hehe..macam-macam ada, tak payah pergi zoo dah..complete..nak monyet ada, ular ada, burung pelik-pelik ada, ayam itik jangan cakaplah, lembu kambing memang suka round-round, cik ba** ni pun ada..

haha...tekak dah dahaga ABC...haa, depan rumah pun ada jual ABC..

1 comment:

Thanks for Comment