Monday, June 11, 2012

Dapat Makan Rambutan FREE Hari Ni...

Assalamualaikum..


Baru semalam i terfikir dengan kawan i, hari ni petang nak pergi beli buah rambutan dekat pasar malam. Makan ramai-ramai.Nak pergi kait yang dalam UTM ni payah.tinggi-tinggi pulak tu pokoknya. Nak dijadikan cerita, tadi lepas pergi print slide Dr Nafisa dan dah selamat bagi dekat Isti, i turun-turun je blok tu...ada orang panggil i dari belakang..Adik adik...aishhh, ingatkan apa..nak bagi rambutan rupanya...
Dia bagi i 2 tangkai lebih..I ambik 1 tangkai dan lagi 1 i dah bagi dekat kawan-kawan sebelah bilik i. 
 So, ini rambutan i yang punya...:)
Nyum nyum nyum
Yang ni jenis panjang-panjang...kalau dapat yang bulat tu lagi sedap...
 Sedap...manis terasa...
Alhamdulillah


Owhhh..lupa..yang bagi tadi tu encik abang bangla...I baru nak tanya dapat mana buah ni, tapi dia dah terus pergi..I intai-intai jugak dekat sekeliling kot-kot lah ada pokok rambutan, tapi tengok tak ada pun...Mana dia dapat nihhh...Nak join pergi ambik jugak..!!!!


Bagi yang suka makan rambutan.
Di samping ianya sedap dimakan , rambutan ini pun ada khasiatnya yang tersendiri.


Buah rambutan mengandung karbohidrat, protein, lemak, forsfor, besi, kalsium dan vitamin C. 


Terdapat beberapa jenis penyakit yang dapat dikurangkan atau diubati dengan buah rambutan 



Kencing manis
Salah satunya. Caranya, lima buah rambutan yang sudah masak, dipisahkan bijinya, Kemudian biji tersebut dipotong menjadi bahagian-bahagian kecil terus digoreng hingga warnanya kuning kehitaman. Biji ini kemudian ditumbuk hingga halus, dan dicampur dengan air panas. Setelah sejuk, bahagian air yang berwarna kekuningan diminum. Kemudian hampas atau endapannya perlu dibuang. Ini harus dilakukan sebelum makan sebanyak satu hingga tiga kali sehari.
Demam:
Kulit buah rambutan juga berkhasiat untuk mengatasi masalah demam. Sebanyak 15 gram kulit buah yang kering lalu dicuci dan direbus dengan tiga gelas air hingga mendidih. Setelah sejuk lalu ditapis  dan diminum. Ia boleh dilakukan sebanyak tiga kali sehari.
Mengurangkan Uban Di Rambut
Rambutan juga boleh dimanfaatkan untuk mengurangkan uban. Yang digunakan adalah daunnya. Caranya, daun rambutan secukupnya lalu ditumbuk hingga halus. Selanjutnya tambahkan sedikit air dan digaul hingga rata. Kemudian perahlah airnya lalu ditapis. Air ini kemudian digunakan untuk membasahi rambut. Agar hasilnya maksima, lakukan hal ini setiap hari hingga rambut terlihat lebih hitam.
 Ulser
Cuci kulit kayu rambutan (tiga ruas jari), lalu rebus dengan dua gelas air bersih sampai tinggal satu gelas. Gunakan untuk berkumur selagi ianya masih panas .
Sumber : Khasiat Rambutan
Hah..tu dia..Nanti boleh la cuba kan...Apa-apa pun i memang peminat segala buah-buahan tempatan ni...Korang pun sama kan??hehehe...Sekarang dekat pantai Barat dan kawasan Selatan dah tiba musim buah...dekat mana-mana ada saja yang bercerita pasal buah durian, buah rambutan...buah ini buah itu...ohoho..tergugat iman tau..sampai meroyan sape-sape tak dapat makan lagi tuh...Alhamdulillah i dah dapat makan semua tuh...tunggu kebun atuk i pulak lah balik kampung nanti...hihihi..tak sabar tunggu durian jatuh gedebukkk...


Thanks for reading my entry

Berlibur-liburan before FINAL EXAM

Assalamualaikum..

Layan gambar dulu la yer...

Not in mood nak update ..Tomorrow is my frst paper..
Lepas ni baru i story panjang lebau yer...

Doakan i untuk menjawab dengan tenang..Semoga semester ini berjalan dengan lancar..AMIN

Thanks for reading this entry

Friday, June 8, 2012

Butter Toffee yang Betul-betul Sedap!!!

Assalamualaikum..

Tak sangka hari ini dah sampai ke hari Jumaat, pagi yang sangat indah dan nikmat..Sekejap je sehari ke sehari. Sedangkan nak mengejarnya pun rasa tak sempat jer...pantas sangat...Ok, hari ni awal-awal pagi i dah bangun dan tercangak menghadap note.Tapi yang tak bestnya, alahai perut lapar camana nak study.Selongkar semua makanan-makanan yang ada dekat bilik, so pagi ini i makan roti jer dulu cicah air nestum..Nyum nyum...ok la tuh, perut tak kosong sangat dan dah boleh berfikir dengan waras dah lepas makan roti ni tadi..hahaha...Kenyang jugak makan sekali ngan Nestum...ke nestum yang buat i kenyang...haha...tarak hal la..janji i dapat study dengan tenang bebas dari lapar perut...hehehehe

Kawan-kawan breakfast apa dah ari ni???Mesti makan sedap-sedap kan.Kalau dekat rumah ni i dah pekena nasi dah kalau pagi Jumaat...jangan terkejut orang Terengganu memang pagi-pagi lagi dah ada makanan berat nih..:)
Butter Toffee yang Betul-betul Sedap!!!
Harga standard la kan RM1..Nasib baik i lapar hari ni, kalau esok camana lah ..hari ni dah last date.
Bentuk roti ni macam bunga yang ada 5 kelopak
Serius sedap..Dekat tengah-tengah tu ada butter..memula i gigit tepi je..apa ni roti kosong ke..last-last i patahkan dan owhh, dekat sini ye ko sembunyi..!!!

Alhamdulillah kenyang..Jadi, nak study pun otak dah boleh terima...Habis 1 bab pagi ni...semalam 1 bab..Harap-harap hari ni dapatlah habiskan lagi 2 bab...aiyooo..kenapa lambat sangat otak i pick up nih...Main-main haaa...

Thanks for reading this entry

Thursday, June 7, 2012

Playgirl Jugak Jadi Pujaan

Assalamualaikum
Jeng jeng jeng....
Ini keyword yang melekat dekat blog i hari ni...
Amboi kemain dia cari pasal Novel My Love Playgirl...!!!

robot bercakap berchatting

don\'t judge me by my past i don\'t live there anymore

perlu tak berkahwin

ann cinta melankolia

majalah nur ezani master chef

cara berubat penyakit meroyan, laici dalam tin, tiz zaqyah facebook
yang ni i tak tahu sangkut dekat entry mana...aduhh..

Have a nice Thursday everyone...
Have to stop now...Final Exam Mode ON...Pray for me...

Thanks for reading this entry...

The Power of Ikan Singgang

Assalamualaikum...

Ikan Singgang...sapa yang tak tahu tu confirm-confirm bukan orang Malaysia..eh, silap..orang Pantai Timur...Ikan Singgang ini terkenal di kalangan penduduk Pantai Timur khususnya. tapi sekarang dekat mana-mana negeri pun ada jer ikan singgang ni..Singgang ni bukan ikan ajer boleh buat, ayam, ikan, daging, sotong semua boleh disinggangkan .Di samping senang dan cepat ianya sangat lazat tau...Kalau tak takkan la boleh menambah berpinggan-pinggan kan...wink~

Ada tak yang pernah tengok rupa Ikan Singgang camana...esh esh esh(geleng kepala turun naik turun naik)
geleng kepala turun naik camana la gaya dia..acu try..hehe..terpeleot leher nanti..=)

I rasa kalau orang belah Pantai Timur especially Kelantan dan Terengganu kebanyakannya tak kisah kalau tak ada ayam madu ke, ayam blackpepper ke, sambal ayam ke, sambal sotong, kari kepala ikan , cencaru belah belakang semua tuh..sebab kami sangat simple jer..kami itu i tujukan kepada famiy i dan sanak saudara i...orang lain maybe ada yang tak lalu, katanya hanyir...aah, tak dinafikan kalau makan ikan singgang ni tangan kita akan berbau hanyir..tapi boleh hilangkan kan...kalau tidak apa gunanya sabun kat kedai...tak untung la kedai tuh kalau tak beli...:p

Ikan Aya Singgang a.k.a Ikan Tongkol Singgang...
Ikan Singgang ni kalau nak tahu makin hari makin sedap tau..Maksud i kalau tak habis try la hangatkan dan makan untuk esoknya..Lagi umphhh...

Ikan singgang ni kalau makan nasi dengan lauk jer tak sere orang Terengganu kata ...Jadi, nak bagi perut tu bertambah selera mesti kena ada ikan or ayam goreng, sayur, ulam-ulaman, buah and of course la BUDU....Tak lalu i kalau makan ikan singgang tak ada BUDU....

 Salah satu faktor ikan singgang menjadi power...Enak dan hangat di bibir...
 Kalau tak ada budu pun, ikan goreng or ayam goreng wajib ada...kalau tak hambar jer rasa tanpa budu..
 Kangkung goreng bersama hati ayam ni kalau tak ada pun tak apa..Tak menjadi masalah.Kalau ada, lagi baik.Makin berseleralah perut...
 Ulam-ulaman...Family i memang hantu ulam...Semua tu ada dekat rumah kecuali kerdas/keduak tu..Yang ini kalau makan seminggu tak boleh keluar rumah...haha
Buah mempelam dan tembikai. Dekat Terengganu kami tak makan sebagai dessert tapi kami makan bersama dengan nasi...Macam makan dengan menu-menu yang lain...


***ohhh, ada satu hal...ada lah seorang itu perli kenapa lah blog i ni banyak post pasal makanan jer...kenapa tak post pasal benda-benda yang bagi ilmu, perkongsian isu semasa dan etc...I tak jawab pon but now i nak jawab...sebab i suka makan...ok..lagi satu orang-orang Malaysia ni memang suka makan-makan...Kalau tidak tak ada lah orang google macam-macam cari pasal makanan...betul tak kawan-kawan???

dan ini jawapan common kebanyakan blogger, ini blog i yang punya, suka hati i la mau tulis apa..ok, garang tak..?hehe...I tak menulis pasal isu semasa sebab i bukan mengikuti sangat...i hanya tulis mengikut kemampuan  minda dan tangan i jer..apa yang i nak share itula yang i buat..haha..yang penting jangan salah langkah dan bertindak di luar batasan...

So,happy blogging semua...jangan lah ada rasa dengki mendengki di antara kita,
katanya buat blog mahu berkongsi cerita kan...
(^_^)

Thaks for reading this entry..

"Musical Night" Malam Apresiasi Perancang 2012

Assalamualaikum

5.5.2012.
Malam Apresiasi Perancang
Theme : Musical Night
Location : Dewan Berlian, Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai

Sebilangan coursemates i yang hadir ke majlis makan malam ini.Actually ramai lagi sebab kelas i ada lebih kurang 80 orang, tapi disebabkan ada hal-hal yang tidak dapat dielakkan semasa tarikh ini tak dapatlah mereka turut bersama...

Ini just entry pemanas, kasi up sikit i nih...Banyak lagi moments yang nak i kongsikan...
So, stay tune ya semua..

Thanks for reading this entry

Photoshoot di Balai Cerap-Cerapan UTM

Assalamualaikum..

Lamanya entry ini terpendam dekat dalam draf ini. Tadi duk godek satu persatu entry, ini salah satu entry yang i buat sekerat jalan..hehe...Entry yang tak siap...Sekarang masa untuk i menyiapkannya.

Balai Cerap After One and Half Year

Hampir 3 bulan baru dapat i update kisah ni yer...ouchhh..3 bulan yang lepas i menjejakkan kaki ke atas puncak Balai Cerap ni setelah bertahun tak pergi. Untuk tahun 2012 ini pun, ini sajalah kali pertama i pergi.Tak tahu bila pulak akan pergi, maybe lepas ini. Insyaallah. I harap sangat dapat pergi sini dengan rakan-rakan sekelas i. I selalu lihat kawan-kawan i dari fakulti lain dorang suka buat aktiviti dekat sini.Bakar jagung lah, bakar ayam lah, dan lain-lain lagi yang boleh dibakar ..Sangat happening bila dah berkumpul ramai-ramai and then snap picture banyak-banyak untuk kenangan...How i wish its become a reality?

Ok, sudah cukup sudah...
Now, enjoy the piccas yaa ...

 ABC Meranti. Rasanya boleh tahan la..tak dapat lagi nak kalahkan ABC dekat rumah i, harga 70 sen tapi sedap ya amat...
 Yang ni lagilah tak dapat nak menandingi kesedapan dekat negeri i. Keropok lekor sini kerah ketung dia goreng...dok sedakkkk....
 Pergi sini dengan Farihah.
Aucakkk...aucakkkkk
 Patung Balai Cerapan
 Entry dulu dah letak gambar ni...tak per nak letak lagi...hehehe
 Berlatarbelakangkan bangunan balai cerap yang warna oren dan juga geng-geng international student yang berpesta barbeku...BBQ la tuh...
 Yeahhhh...itu dia...i berdiri di cerun bukit yang sedan elok landai lagi.Nak tunjuk tu nampak tak masjid dan bangunan-bangunan fakulti dekat bawah sana...Itulah UTM Skudai .
Dekat atas ni ramai geng-geng foreigner lah. Sudut tu sudut ni semua dorang conquer...Belakang depan ada mereka...hehe...Rasa macam pergi tempat dorang plak...

Oklah, sekian gambar-gambar photoshoot yang syok sendiri...Sekarang ramai dah kawan-kawan pakai DSLR..I pun terasa nak punya satu...huhuhu...Agak-agak DSLR jenis apa sesuai dengan beginner macam i yer...???

Thanks for reading this entry


Wednesday, June 6, 2012

Red Velvet

Assalamualaikum...

Rindunya dekat blog nih....Dah dekat sebulan agaknya i tak update sebarang entry...heuwheuw....Malas punya pasal lah ni...hehe

Ok, berbalik kepada tajuk kat atas tu...korang tau tak apa tu...tak tahu????hahaha..dulu-dulu pun i memang tak tahu...tapi lepas i kerja dekat kedai kek, i jadi tahu...sebab apa i kenal hafal nama-nama kek ni..kadang-kadang setiap hari bukan kek yang sama saja...pulak tu nama kek dia kemain glamour..berbelit nak nyebutnyer...

Red Velvet..
gambar ihsan google

Haa...macamni la ropenyer kek Red Velvet ni...Nama Melayu dia Baldu Merah...auww auww..
Nampak gambar pun dah terliur habis inikan pulak apabila masuk ke ruangan mulut ni...

Sebenarnya dah seminggu lebih-lebih i mengidam nak makan kek ni...Tapi yang dasyatnya siang tadi i tidur boleh pulak termimpi-mimpi..Ini memang kena cari lah sampai dah masuk ke mimpi kan...Kat mana yer nak cari...Jarang jumpa kedai kek jual Red Velvet...Kalau ada pun orang order...Secret Recipe ada tak ek??? Kalau ada nak pergi beli sepotong...haha

Thanks for reading this entry..