Tuesday, July 10, 2012

Jai Char Kuey Teow Yang Power..!

Assalamualaikum
Jai Char Kuey Teow yang Sememangnya Power..!
Kalau student UTM Skudai mesti tahu kat mana ni kan....Selalu ada masa Pesta Konvo or event-event fakulti or kolej...Ayam kat atas tu bukan pakej sekali yer, i beli lain tuh..Perut tembaga camni lah...haha
 Delicious ...memang buat i mengigau mencari Char Kuey Teow yang sedap..Tapi i tak pernah jumpa lagi setakat ni...Kawan i ada suggest satu tempat yang bagi dia sedap la..dan i pun pergi lah kan sebab mengidam nak makan but Jai Char Kuey Teow lagi sedaplah...
Kuah dia..rasa dia memang sedap lah..tapi kalau dia letak kuey teow dan udang lagi banyak lagi best..hehe..Yang ni RM5, Char Kuey Teow Udang dan Kerang...Memang terangkat habiss..
Tapi i tak tahu kedai dia dekat mana...tak pernah terlintas nak tanya...hehe..Nantilah pesta konvo akan datang sure i tanya Jai Char Kuey Teow nih...Kalau ada yang tahu sila bagitahu i ek...Serius terbayang-bayang je kesedapannya...Walah..

Thanks for reading this entry..!

Sunday, July 8, 2012

R.A.N.D.O.M Events 2012

Assalamualaikum
 Majlis Perkahwinan kakak Dinot, my UTM coursemate di Alor Gajah, Melaka
Hutan Bandar Mutiara Rini, Skudai, Johor
Restoran Ayam Penyet Ria, Angsana, Johor Bahru
Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Stadium UTM
Malam Apresiasi Perancang, Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai
Majlis Makan Malam Fakulti Alam Bina di Pulai Spring Resort, Skudai

My life journey in this year 2012
Sweet moments make the sweet memories..:)

***Alhamdulillah, my grandpa dah sedar..Thanks God

Kanak-kanak Bawah 12 Tahun Dilarang Melawat Pesakit

Assalamualaikum..

Cakkk...
Cakk lagi...bajet retis ini budak..!
Bila tak boleh nak melawat moyang dia kat dalam wad, so main-main dekat playground hospital jelah..
Arissa. pandang camera please..
Mata melilau tengok tempat lain sebab dah jeles dengan kawan-kawan yang main gelongsor..
Yeay..pandai pun tengok camera..tapi muka tatak senyummm plak...

Kenapa yer kanak-kanak ni tak boleh lawat pesakit...Kadang-kadang kesian..Dorang pun ada hak nak tengok kesayangan mereka..Nasib boleh ambik gambar boleh tunjuk kat budak-budak ..Tu pun main ambik curi-curi...hehe

Thanks for reading this entry.!

Friday, July 6, 2012

Shopping Tudung RM4 di Pasar Pagi Sungai Tiram,Ulu Tiram, Johor

Assalamualaikum
Lama tak tempek gambar syok sendiri kan..:)

Hola everyone..Start from tonight, i berazam at least i must update my lovely blog 1 HARI 1 ENTRY...Wahhh..macam konsep 1 DAERAH 1 INDUSTRI la plak kan..hehe

Ok, before i pulang kampung about two weeks ago, i dan family pergi singgah dekat area Pasar Pagi dekat Sungai Tiram, Johor..I nak bagi direction dari JB pun tak tahu sebab i dari rumah kazen..Masuk simpang simpang tu..haa..poning...
 Nama pun musim DURIAN kan..wajiblah jumpa dekat mana-mana jer..
 Keropok keping, budu, cencalok pun ada..Tak payah tunggu nak pergi Kelantan Terengganu dan Melaka dah sekarang
Mostly dekat sini memang kebanyakan gerai menjual tudung dan pakaian-pakaian wanita lah..So,jika anda perempuan anda memang akan rambang mata tengok tudung-tudung yang lawa-lawa..Tapi kena ingat sediakan duit secukupnya lah..Kalau tak hmmmm jawab sendiri lah..Balik rumah nanti terkonang-konang haa..
The tudung-tudung. Pasar Pagi dekat Tiram ni open Khamis jer..Time dia dalam 8-12 tengahari kalau tak silap.
Suasana pasar pagi yang meriah dengan kunjungan orang-orang di kawasan sekitar..
Patung ni tak comel..masam catum..lain kali cari model lawa sikit ek...:p
Ayuh pusing-pusing dulu.
Tudung yang dibeli..5 for RM20. So,setiap 1 tu RM4 jer..Murah kan..Actually dekat sini korang boleh beli borong jugak.Tudung kat atas tu 3 helai i punya lagi 2 helai milik kazen...
I saja-saja je menggatal nak beli dan pakai tudung ni..Dah lama i tinggalkan tudung macam ni dan beralih arah ke tudung instant.Tengok kawan-kawan pakai molek je pakai, menjadi je tudung dorang tapi i pakai gelembung sana gelembung sini..pastu muka yang dah besar ni nampak lagi makin besar kan...huhuhu..I pakai sekali je baru..bila lagi la nak pakai..Nasib murah kalau tak memang membazir la beli tak pakai..

Thanks for reading this entry...!

Thursday, July 5, 2012

Thanks TM, Dah 1 Bulan ++ Mengadu, Baru Kini Merasa Khidmatmu...:)

Assalamualaikum

Ku tunggu-tunggu bila la nak datang baiki connection streamyx ni, akhirnya petang semalam dalam pukul 2 lebih datanglah jugak orang TM ni. Thanks la yer ingat tak nak datang dah..baru terfikir nak potong..hehe

***Baru sekarang terasa dah hilang seksa guna broadband yang maha lembab tu..
***Baru sekarang rasa boleh download cerita-cerita yang i mahu sewenang-wenangnya..haha
***Baru sekarang rasa i boleh nak hadap belog ni lama-lama..hehe

Thanks for reading this entry...!

Tuesday, July 3, 2012

Ya Allah, Semoga Tokki Cepat Sembuh...♥

Bismillahir Rahman’ nir Rahim
Assalamualaikum

Dah lama rasa tidak menulis di dalam blog kesayangan i nih..Macam-macam i nak cerita tapi nternet di rumah masih tak ok, orang TM tu cakap nak datang, tapi tunggu-tunggu tak juga muncul..hmmm..nasib broadband dah bayar, so guna ajalah buat sementara..

Pagi semalam atuk i tiba-tiba jatuh sakit..Petang semalam ok lagi siap datang jalan-jalan rumah i..Siap i buatkan roti telur untuk dia..Pastu malamnya pergi pasar malam belikan kuih untuk dia..Entah camana, pagi semalam lebih kurang dekat pukul 12 pagi kot, sepupu i perasan dia macam tak boleh nak bernyawa..I tak pergi semalam ke hospital jaga adik dekat rumah, family dan sanak saudara lain yang pergi..Yang jauh yang dekat semua dah ada berkumpul..Dan sekarang i baru jer balik dari hospital.Time melawat pukul 1 hingga 2 petang
 Sekarang tokki (atuk) i ada dekat Hospital Kemaman dalam bilik yang khas..Semacam bilik ICU, hanya 2 orang sahaja boleh masuk
Tokki (atuk) masih belum sedar dari semalam..Badan dia sejuk sangat-sangat..Time masuk tadi, tak tahu lah nak kata apa..Semua perasaan ada..Macam tak percaya, kelmarin ok lagi..

Semoga tokki (atuk) i cepat sembuh..Mohon doa dari sahabat-sahabat semua...
Insya-ALLAH..

Tuesday, June 19, 2012

I am so grateful

Assalamualaikum
Today and everyday I'm happy because I realized how lucky I am for everything that I have. Today and everyday I am happy because I don't have any reason not to be. I am so grateful. Alhamdulillah

This is not the END

Alhamdullillah..

Finally, my semester in year 2012 had be run smoothly..even i have many things to do right now, but i degil nak jugak update belog kesayangan nih..hehe..I tak de la happy sangat but bersyukur dapat habiskan semester ni dengan jayanya..Eventhough i tahu my answer masa exam sangat-sangat lah horrible maha terrible, main pakai ikut kepala yang tak berapa betul nih, i'm still feel lega la sikit...sikit saja pon...Sebab masih ada penantian yang manakutkan iaitu RESULT EXAM.

I terima saja apa jua yang i dapat nanti..cuma i memang terkilan banyak sebab kadang-kadang i ni memang sangatlah careless...sangat...biarlah i saja yang tahu dan orang-orang yang i cerita saja tau..Nak menangis pun tak ada gunanya kan..Tak pernah terasa sangat-sangat down macam semalam..Aishhh.tak nak fikir dah..!!Setopppp itt..

Esok lusa i balik kampung dah..Kenapa esok kenapa lusa..I pun tak tahu..Tapi yang nyata jumaat sabtu baru sampai dekat kampung kot..haha..pening kan...macammana lah lecturer i nak mark my answer macam nih...
Track stadium UTM..Pergi sini sebab nak main kejar-kejar dengan abang-abang body ketak..haha..
 Cun woo dia punya kerusi..warna simbolik logo UTM...ada word UTM juga kalau tengok dari jauh..pandai dia susun noo..
Last pergi jenguk anak-anak i..Kesian sekarang dah tinggal sikit..Pastu semuanya macam tak terjaga..tak ada orang bagi makan minum...kalau camtu baik bagi dekat orang yang nak jaga..kesian aniaya haiwan camni...sob sob..sedih..
Thanks for reading my entry...!!!