Sunday, July 15, 2012

Butterfly-Melly Goeslow feat Andhika Pratama

Assaamualaikum...

First time i dengar lagu ni semalam masa i blogwalking blog afasz ni...I ni tak layan sangat drama dekat tv dan dengar radio pun jarang-jarang...Lagu ni ada dimainkan sebagai lagu tema di dalam Drama Dejavu di Kinabalu pukul 7 petang di TV3.


Rupanya lagu ni dah lama dah pun...Ketinggalannya i nih...hehe


Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama

Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/01/lirik-lagu-butterfly-melly-goeslow-ft.html#ixzz20ewEotXD

Roti Bakar Sapuan Mentega dan Seri Kaya

Assalamualaikum..

Dah bosan tak tahu nak makan apa untuk breakfast? Marilah kita mencuba resepi paling mudah dan ringkas ni...Mudah tapi sedappppp...Tak ambil masa yang lama pun..Janji ada roti, tak kisah apa jua brand korang suka, ada mentega dan juga seri kaya..Nak guna bahan lain pon boleh, janji perut korang happy kan...hehe
 Bakar dahulu roti dalam toaster..Lepas tu sediakan inti sapuan mentega dan seri kaya
Roti bakar disapu mentega bersatu dengan rasa manis seri kaya..Walah..cair dalam mulut. 
Yummylicious...Inilah syurga pagi
Dihidangkan bersama kopi o yang superkaw...Sambil tu boleh celup jugak roti dalam ni ha...
Kan sedap tuh...So peeps, enjoy your breakfast today...

Thanks for reading this entry...!

Saturday, July 14, 2012

Seni Kreatif Gubahan Berasaskan Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Assalamualaikum..

Siang tadi before i turun berkebun dekat my lovely garden (garden lah sangat kan) , i dah terfikir nak share gambar-gambar yang sangat kreatif ni dekat my blog ni..Edisi blogwalking petang tadi, sempat lah i terjah one blog ni..I suka singgah blog ayampenyek sebab entry-entry nya santai, part menulis kurang sikit but dengan gambar-gambar yang blog ni paparkan dah cukup menguatkan tajuk entry tu. I memang suka tengok gambar-gambar yang cantik dan berseni ni.:)

Sangat-sangat lah kreatif kan.Rasa-rasa tak ada kerja dan kalau yang nak kelainan dalam menggubah sesuatu bolehlah menggunakan idea nih..But, tahan lama ker???Macam tak je kan..

Thanks for reading this entry...!

First Time Melukis Kartun...! Ok ke Ko???

Assalamualaikum

Dikerah tenaga oleh Najwa dan Qasrina yang menyuruh i untuk melukis kartun-kartun ni..Lawak ok..I ni bukan berseni sangat..Kalau suruh i gubah something i boleh la but nak melukis bagai ni i tak pandai..Lagi-lagi kalau melukis kartun orang...Kelemahan i memang tak pandai melukis imej bentuk manusia ni..Memang tak perfect..Cacat sebab tangan dan kaki tak reti nak buat..haha..

Ok, layan jelah gambar-gambar kartun yang i lukis malam semalam dan baru sebentar tadi..Jangan gelak tau..:p
Kartun Ana Muslim request by Qasrina.
Kartun muslimah request by Najwa
Kartun Sailormoon also Najwa yang request..
I just follow je gambar kartun yang dah ada..Mana i pandai kalau nak guna imaginasi i sendiri..Tak kreatif. Nanti petang dorang dah siap cop nak suruh i lukis apa..Matilah i..Nak tidur la camni...hehe

Camana korang..Ok tak??hehe..Kena belajar ni nanti cara-cara nak melukis dengan lebih baik..I minat jugak but kadang-kadang malas nak hadap...

Thanks for reading this entry...!

Strawberi dan Jagung, Ketahui Rahsianya...

Assalamualaikum


STRAWBERI


Buah berwarna merah dan berbentuk seperti hati ini kaya dengan vitamin C, serat, folat dan kalium. Disebabkan ia kayan dengan gula semulajadi, strawberi sangat sesuai untuk memuaskan keinginan anda terhadap makanan manis.

JAGUNG


Untuk memenuhi keperluan karbohidrat kompleks, anda boleh mengambil beras merah yang dicampurkan dengan jagung. Selain mengandungi karbohidrat, jagung juga kaya dengan nutrisi lain seperti kalsium, serat, lemak, folat, besi, magnesium, niasin, fosfor, kalium, protein, gula, vitamin A, vitamin B dan vitamin C.Kandungan serat dalam jagung membantu menurunkan kolesterol dan mengurangi risiko kanser kolon. Selain itu, jika diambil dalam jumlah yang sederhana, jagung juga bermanfaat bagi pesakit diabetes. Kandungan folat di dalamnya juga amat penting terutama pada waktu2 kehamilan.Di samping itu, kandungan thiamine dalam jagung juga dikatakan membantu proses metabolisme karbohidrat. Ambillah jagung secara teratur dalam jumlah yang sederhana untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular.

Sumber : MedikTv


Thanks for reading this entry...!

Cara Menghapuskan Malware di Blog

Assalamualaikum..
Ini yang terjadi pada blog i semalam.

Alhamdulillah, my blog dah kembali ok dan boleh beroperasi seperti sediakala...Ewahhh...Suka lah tu kan...hehe..Mana taknya, pening i duk google dengan pelbagai cara lah yang ada.Nak guna yang mana satu lah kan.Yang paling pening bila berurusan dengan Webmaster Tools..Sumpah i tak faham..Dah buat macam-macam tapi tetap tak menjadi..So, i putuskan google saja cara lain nak hapuskan Malware ini dalam bahasa Melayu punya..Jumpalah kan...Antara blog yang berkongsi cara nak selesaikan masalah ini ialah blog






Pelbagai cara yang ada nak selesaikan masalah ni..I ni bukan jenis yang suka serabut-serabut tengok macam-macam cara nih.Jadi, i  try cara yang i memang faham jelah..Cara lain i try jugak terutama yang Webmaster Tool, tapi tak tahulah kenapa i buat tak menjadi..Nak verify pun fail.

Kredit kepada blog INI yang membantu i 100% dalam usaha menghapuskan Malware ni..Kalau nak tahu macammna, klik lah link kat atas tu..I tak terfikir pulak nak printscreen segala sebab tengah panik kan..Kalau tidak memang i pun nak share jugak dekat blog i nih..hehe..Cuba lah cara nih kalau blog korang diserang Malware ni..Senang je just remove blog yang menjangkiti blog korang..Macam blog i, ianya kena jangkit dari blog www.mohdhaiqal.com..Boleh tengok dekat picture di atas..Oleh itu, i terpaksa remove blog tu dari blog list i..Syukur Alhamduliilah, selepas dah remove blog tersebut, blog i dah tak ada keluar Malware nih..

Lagi satu if i guna Mozilla Firefoz, benda alah Malware ni tak keluar tau but bila i guna jer browser Google Chrome, the red Malware ini keluar lah pulak.Kenapa yer?

Thanks for reading this entry..!

Friday, July 13, 2012

Malware Detected di Blog

Assalamualaikum
Ada tak kawan-kawan blogger pernah kena macam ni dekat blog...Semalam i blogwalking, ada masuk one blog tu dia keluar Malware Detected ni, so i terus tekan proceed anyway.Tup tup hari ni i buka my blog, dia keluar macam ni..Nasib time tulis entry ni dia tak keluar..I dah cuba google but tak berapa nak faham..Jadi, nak minta bantuan kawan-kawan kalau tahu macammana nak remove ni..Kalau korang buka blog i keluar Malware Detected ni tak..Help help help..Tak nak kena virus ni...

Thursday, July 12, 2012

Hari ke Sepuluh || Penunggu Hospital

Assalamualaikum...

Hye...Apa khabar korang?Harap-harap sihat walafiatlah semuanya...I still dekat hospital..U know what suasana hospital..Seram sejuk i..Bukan seram apa..I seram bila dengar sorang duk meraung sorang duk bunyi macam-macam..Macam tadi, i baru saja tengok doktor sumbat wayar nak minum tu dekat patient..I sebenarnya tak berani pun nak tengok tapi tadi i tertengok jugak..Alahai memang kesian tengok dorang menanggung sakit...

Malam ni turn i jaga atuk i dekat ward..Alhamdulillah atuk i dah sedar dari koma..Semalam dia dah boleh pindah ward biasa..So, bila dah di ward biasa mesti ada yang kena jaga in case dia nak minum ke sakit ke apa-apa la kemungkinan kan..If dia dalam bilik kaca seakan ICU tu nurse dah jaga dalam tu, so kami semua tak perlu lah nak jaga kan.

I mengantuk jugak tapi kesian bila atuk i kejap-kejap terkejut..Nasib la i bawa laptop so i taklah macam tak ketahuan sangat duduk atas kerusi yang empuk ni..haha..hiperbola di situ yer..Ini pun duk buat entry dari tadi tak siap lagi.
 Setelah atuk i sedar dari koma..
 Dah tak guna mesin bantuan hayat dah..But still oxygen mask kena pakai memandangkan atuk i ada asma dan paru-paru berair.
Gambar diambil dari luar bilik cermin or Coronary Rehabilitation Ward( C.R.W)
Ini petang tadi..Masa ni dah pindah wad biasa
 Semalam punya...Selepas dipindahkan ke wad biasa
Nampak kipas dekat sebelah??Kami bawa sendiri tau..Hospital ni punyalah panas sebab crowded dengan patient...Uhh..i panas panas ni...
 Tai dalam pukul 10 lebih ada 2 orang doktor datang dekat katil atuk i..Nak suntik ubat ..Jadi memang kena cocok dengan jarum lah kan..Atuk i punyala berkeras tak mahu..Siap cakap "minta maaf, tak mahu dah"..Doktor tu siap cakap maybe dia dah trauma kot...Yelah hari-hari kot cucuk ubat ..Sampai dekat tangan memang tak boleh dah..dahn cukup sakit..Dan tadi dia cucuk dekat kaki..I memang tak boleh nak tengok, ngeri rasanya..Tapi sebab ini first time i jaga orang sakit, i nak jugak ambil tahu..Tengok gambar tu 2 orang doktor tu kemain pegang kaki atuk i..Siap ikat lagi..Tapi atuk i tepis sampai berdarah tu...
Dan sekarang atuk i tengah tidur..Tapi sekejap-sekejap dia akan terkejut..Pusing sini pusing sana..Kalau time dia batuk lagi i risau..Jadi serba tak kena..Takpelah..ambil ianya sebagai pengalaman kan..Tak pernah-pernah lagi ni jaga orang sakit..
 Suasana bahagian Wad Lelaki di Hospital Kemaman ni..Kerusi depan i ni lah tempat i letak kaki sambil duduk bersila sambil menaip ini entry..hihi
Kemain minum susu yer..haha..Atuk i minum sikit jer..Selebihnya i yang punya..Tak boleh simpan sampai esok kot takut basi..Lagipun sini mana ada freeze kan...

Lampu semua dah tutup..Ramai dah tidur..Tapi kan pesakit Cina depan i ni asyik buat terkejut jer..Sikit-sikit meracau..Memang tak tenang jugaklah pesakit lain nak tidur..I memang jadi penunggu betul malam ni..Memang tak boleh tidur..Camana nak tidur atas kerusi ni ha...Ahaiii..Duk tengok nurse ni duk ulang alik jer lah...hehe

Thanks for reading this entry...!