Assalamualaikum
Tengahari camni duk tenung gambar makanan memang buat makruh je puasa i kan. Tapi tapi anggaplah i bagi korang idea nak makan apa petang nanti. Baik tak?hehe
Nasi Ayam Jawa RM3.00. Murah plus sedap. Kenapa Jawa? Sebab mak cik yang jual ni Orang Jawa.=)
Lagi satu, ayam dia tak sama macam nasi ayam yang kita makan tu. Ayam dia dari ayam goreng yang disalut dengan rempah khas dan digoreng rangup. Memang sedap. Nampak ayam i banyak kan? Mak cik ni memang baik hati rasanya semua orang dia bagi ayam lebih.
Sos pencicah dia lagi lain dari yang lain. Selalu i memang minta lebih sebab sedap sangat-sangat. Memang tak tahu la mak cik ni guna resepi apa. Kuah dia pekat-pekat , ada rasa manis pedas camtu.
Kuah sup dia pun rasa lain. Rasa rempahnya lain dari sup kita. Memang kenyang sangat. Untuk student yang selalu bajet nak makan apa macam i, i suka lah makan nasi ayam ni, di samping sedap, kenyang malah dapat jimat wang belanja. Dan tentulah hanya boleh didapati di Kafe Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UTM Skudai sahaja.
Teringin nak makan, tapi mana mau cari i sudah di kampung....!sob sob...
Thanks for reading this entry...!