Monday, June 4, 2018

Last Job Before Ramadhan 2018

Assalamualaikum

Asal update blog je mesti time ramadhan kan. Tup tup ramadhan 2018 dah. Dan sekarang nak masuk hari ke 20 dah esok umat Islam berpuasa. Persiapan raya korang camana? Erah dah settle separuh before puasa nanti ngelast2 just tambah2 je yang tak beli lagi.



Job gubahan hantaran erah sentiasa on je. Cuma kena book order awal2. Lambat2 tak dapat nak nolong sebab ni just part time je.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa uolls.....!!!


Thursday, February 1, 2018

Welcome February, Bye2 January

Assalamualaikum

Masyaallah lajunya masa sekarang. Baru je rasa masuk tahun 2018, tup2 dah bulan kedua dah. Banyak benda lagi nak capai dan semoga segalanya baik2 hingga akhirnya.

Sebab lama tak bergambar moh ler up sekeping. Tuh pun berpanas muka pon takda nampak oii. Dah lama tak gi Pantai Batu Burok ni comey lote lah jugok lening. Kalau kat Terengganu sekarang ni dari Kemaman hingga ke Besut rata2 ada buaian besar camni kan. Kemaman majoriti pelusuk pantai bolehlah berangan ala2 di Bali ke Lombok ke kan. Moh ler melawat Ganu 2018. Okeh, takde idea pon mengarut melalut aci dak ni. Ayat pon sat Kedah kejak Ganu kemudian KL plak. Adoi, tidolah esok kerja. 😀😀😀

Friday, January 12, 2018

Banjir 2018 Kampung Bukit Mentok

Assalamualaikum.

Bertemu kembali di lembaran 2018. Ujian dan dugaan di awal tahun. Sejak last banjir besar 2014, kampung ni tak pernah banjir lagi biarpun dulu2 memang setiap tahun banjir.

2018 banjir menjengah kembali.Alhamdulillah banjir kali ni tak sebesar dan seteruk banjir sebelum2 ni. Just nak share gambar je untuk kenangan akan datang. Banjir selama 3 hari, Khamis Jumaar dan Sabtu. Baru 3 hari start sekolah, sekolah pun dah jadi pusat pemindahan banjir.

4,5,6 JANUARI 2018


Monday, October 9, 2017

Be Positive.


"Kita gembira bukan kerana tiada masalah yang  menyelubungi tapi kerana tidak membiarkan masalah menghantui hidup yang sementara ini...." 😀.

Thursday, July 27, 2017

Bercuti dengan Najwa

Kisah travel dengan Najwa. Gambar dah banyak transfer ke laptop tinggal 2 keping je dalam hp. Makanya letak dulu la 2 keping ni nanti ada masa erah story.


Much love....😘😘😘😘😘

Saturday, July 22, 2017

Puding Karamel / Puding Gula Hangus

Assalamualaikum

Lama tak share gambar masak2 kan, kalau dulu2 minat sangat lah lepas settle masak ambik gambar. Sekarang ni ada kala ketikanya snap jugak dan banyaklah ketikanya buat tak peduli je. Dah puas klik2 kamera kot. Hehe.

Puding karamel ni antara yang selalu buat. Tapi memang buat puding karamel atau orang panggil jugak puding gula hangus ni taklah susah cuma bab nak karamelkan gula je yang kena jaga betul2 tak nak kasi hangus sangat nanti rasa bertukar jadi pahit.


Resepi puding karamel erah senang je. Letak bahan2 semua kemudian blend.

Resepi karamel
******************
Mula2 kena buat karamel dulu. Gula 3/4 cawan masukkan ke dalam loyang. Api perlahan dan kacau sehingga cair dan bertukar warna perang kekuningan.

Settle karamel baru buat pudingnya. Resepi seperti di bawah ye.

Bahan2 puding untuk loyang bulat 10 inci
******************************************

10 biji telur (erah guna gred A)
Susu cair 1 tin
Susu pekat setengah tin
Esen vanila 1 penutup kecil
Air setengah gelas
Gula 5 sudu besar
Pewarna kuning sikit
Tepung kastard 1 sudu besar bancuh dengan air 3 sudu besar

Caranya
**********
-Pecahkan telur dan buang pusat telur (yang berlendir). Tujuan dia untuk kurangkan hanyir telur. Tambah esen 1 penutup esen vanila tu ke dalam telur2 tadi. 
-Masukkan telur tadi ke dalam blender diikuti bahan2 lain di bawah
-Masukkan susu cair 1 tin
-Masukkan susu pekat setengah tin
-Masukkan gula 5 sudu besar
-Air setengah gelas
-Letak sedikit pewarna kuning
-Tepung kastard (bancuh dulu dengan air baru masuk dalam blender)
-Blend sekejap kasi hancur semua dan tapis masuk dalam loyang yang berisi karamel tadi.
-Tutup loyang guna wrap plastik or kain or apa2 yang boleh menghalang wap air masuk

-Masukkan loyang dalam pengukus (sebelum tu, air dalam kukusan tu kasi menggelegak dulu ye baru letak loyang) dan kukus antara 30 ke 45 minit api sederhana. Nak tahu dah masak ke belum ambil lidi sate dan cucuk ke atas puding. Kalau tak melekat tu masak dah tu.Angkat dan letak dalam peti. Makan sejuk2 baru nikmat.