Saturday, January 28, 2012

Puding Karamel

Assalamualaikum...

Entry ini dah kira backdated story...Ceritanya camni, dalam dua minggu yang lepas, i ada buat puding karamel ni...Memang feveret i lah puding ni..Selama ni i asyik duk beli  je dekat pasar malam, dekat bazar ramadhan dan juga dekat food court pasaraya ...

Senang je nak buat tapi i je yang tak pernah nak belajar dan mencuba..Entah dari mana angin rajin datang, suatu malam yang indah lagi tenang i pun buat this puding karamel...lagipun semua bahan-bahan dah ada dekat rumah...

Mempersembahkan
Puding karamel sebelum dan selepas
My first 'puding karamel' in 2012...nope, first in my life..heee
Puding karamel i menjadi, sedap u..ok, masuk bakul angkat sendiri..
***kidding,,,serius sedap tau...i sendiri tak percaya i yang buat...
Tapi permukaannya tak cantik sebab guna loyang yang dah berlekak-lekuk dasarnya...
Tambahan lagi, i buat sikit je tapi guna loyang sebesar alam..jadi puding karamel i  ni tak tebal, nipis sangat...
Walaupun dengan rupanya yang tak cantik, tak sampai beberapa minit kemudian semuanya lesap..see..
ini i sempat snap before semua orang habiskan puding i ni serakus yang mungkin..
 Najwa yang begitu menikmati
Sedap katanya..jadi, dalam minggu-minggu yang lepas i dah 2 3 kali buat puding karamel ni...cuma satu je , nak buat puding ni agak costly ...telur nak kena banyak kalau sikit tak sedap...yang lain-lain tu just guna susu cair dan susu pekat dan juga sedikit gula...

Yeay..lepas ni i nak belajar masak lauk pauk lak..yang tu i lemah sikit coz tak banyak kenal bahan-bahan dalam masakan lauk-pauk ni...but, it's not too late...
better late than never right..???

thanks again for reading my entry=)

Quote of the DAY #2


Travelers, there is no path, paths are made by walking.

Antonio Machado

I love travel..hope my dream come true one day...AMIN

***kemaman hujan lebat, bestnya kalau dapat tidur...nak pergi jual duku dekat bandar ni...money-money come to me.....=)

Fabric Flower Hair Clip

Assalamualaikum..

Alhamdullillah, hari ni i rasa sihat sikit...kepala dah tak pusing (indonesian loghat) just badan-badan yang sakit-sakit..siang tadi pergi kebun..bersihkan kebun, tebas semak samun, bercangkul, kutip buah duku, tunggu durian jatuh, angkat buah duku berkilo-kilo dan macam-macam lagi lah... mulalah malam ni penyakit lain lak yang datang...
 SAKIT PINGGANG WOO....=(

Nak cerita pasal klip rambut ni ha...Actually i nak buat bunga-bunga ni nak tempek dekat ranting-ranting yang ada dalam rumah i ni je..sebab ranting tu kosong je kan, so bila tempek banyak-banyak mesti bertambah cantik lagi..
Masalahnya plan tu dah bertukar jadi klip rambut lak...
  Alasannya kawan-kawan adik i nak beli
I ikutkan jelah dan buat benda alah ni
 Tadaa...i buat sikit je..sebab kain tak banyak...
I suka buat benda-benda macam ni..memang minat sangat-sangat..tengah belajar nak buat pelbagai bentuk..doakan i berjaya k..

now felt project in progress...(^-^)

till then
bye-bye

Thursday, January 26, 2012

Headache Menyerang...!!!

Assalamualaikum..

Dah beberapa hari i tak online...rindu sangat-sangat dekat blog ni...rindu juga nak berblogwalking...ini semua gara-gara sakit kepala i menyerang lagi...tak tahu la i ni sakit kepala tahap apa, nak kata migrain i pon tak tau... bila datang je penyakit ni automatik segala-gala benda i tak boleh buat..sakit yang teramat-amat, berdenyut-denyut, rasa loya nak muntah, rasa macam nak pitam...dan paling i tak suka bila nak buka mata pun akan rasa sakit kepala...sekarang tengah menaip pun rasa lagi cuma dah kurang sikit ...tak seperti semalam, kelmarin...i asyik tidur je beberapa hari ni...sememangnya tak larat sangat-sangat...!!!

terpaksa update laju-laju, nak telan pil pastu sleep...bye2 bloggers friend...doakan saya sembuh cepat ya..rindu nak cerita panjang lebar..(^_^)

Monday, January 23, 2012

I Need You

OST NADA CINTA

Seluas langit di atas

Tak seluas cintaku ini
Sedalam palung lautan
Tak sedalam cintaku ini

Mengalir di dalam darahku
Sedekat hembusan nafasku
Cintaku untukmu ooh

Biar dunia menghina
Hatiku tetap cinta
Cause i miss you
Cause i need you

Biar dunia saksinya
Cinta kita berdua
Cause i miss you
Cause i need you

Oooo...ooo..ooo...

Cause i miss you, cause i miss you
And cause i need you, baby...



RANDY PANGALILA FT MIKHA TAMBAYONG

My First Picture in 2012

Assalamualaikum
Baru balik dari mendaki tangga-tangga yang mega banyak..
kenal tempat ni???

will update soon...
malam ni birthday arisa..nak pergi tolong memasak plak...=)

Sunday, January 22, 2012

Petua Cantik dan Sihat

Assalamualaikum


Orang-orang di sekeliling i selalu tegur i kenapa muka i merah or pink..sampai ada yang tanya u mekap ke ni sebab nampak macam pakai blusher ...ok, i nak bagitahu kulit i memang dah sejak azali lagi macamni..no mekap-mekap..bukan nak riak ke apa..sebab i tak nampak pun kulit i kemerahan sebab bila i tengok cermin,yang i nampak macam gelap adalah...(^-^)

I bukan orang yang teliti sangat menjaga kulit muka, i tak pakai pun foundation, moisturizer, scrub, and macam-macam lagi lah alat-alat nak menjaga kulit ni..kalau beli pun i memang malas nak pakai..selalu sangat macam tu..lebih kepada menjadi collection i je..
tapi tak adalah i ni tak menjaga langsung kulit wajah, i pakai juga tapi pakai facial foam je...

Kulit i sekarang i rasa kasar sikit, biji-biji kecil dah mula timbul..eee..tak sukanya...dan tadi semasa i baca majalah mingguan wanita, sukanya i bila terjumpa petua ni...tak sabar nak cuba petua ni....ada petua melicin dan memerahkan kulit muka...2 in 1 lagi...y'all pun boleh cuba

SENANG JE..
HANYA GUNA MR TOMATO

Petua Melicin dan Memerahkan Kulit Muka

Cara-caranya ialah ambil sebiji buah tomato yang sudah masak,

lecek or lenyek-lenyek  sehingga ianya menjadi halus. Kemudian bolehlah dilumurkan di seluruh muka. Biarkan mengering seketika selama 20 minit. Selepas itu, bilas dengan air bersih. 


Petua ini seelok-eloknya diamalkan dalam seminggu sebanyak 2/3 kali..:)

***tak boleh nak cuba malam ni, mr tomato tak ada lah..


HAPPY BIRTHDAY ARISA
&
GONG XI FA CHAI

Laksa Penang Mama yang Marvellous...

Assalamualaikum...

Dah nak dekat sebulan lepas birthday i, baru hari ni  i teringat nak update tentang makanan yang mama buat..Jika diikutkan besday tahun sudah, mama buat nasi ayam, laksa penang pun ada, puding, koktel dan macam-macam lagi lah..besday i tahun 2010 tu memang jemput ramai orang so makanan pun memang banyak dari yang 2011 ni...ini cerita tahun lepas lah, i baru nak cerita tahun ni..hentuk kepala i cepat-cepat...=)

TAHUN 2010
Antara menu yang ada
Hidangan utama..my mom's chicken rice...
Makanan wajib ada, laksa penang my mom..
 Penambah rasa
 Tapai pulut...ini paling cepat berdesupp habis
Koktel..isi dalam dah tenggelam
Sanak saudara yang memeriahkan suasana..

TAHUN 2011

Tahun ni i tak jemput orang pun, hanya saudara dekat-dekat rumah je..dan semestinya menu paling hot mama i wajib ada...tiap-tiap kali raya memang buat dan memang laku sangat-sangat..

 Tengok makanan pun sikit jer...
 ulam-ulam 
telur dan keropok penambah selera
laksa 

***laksa penang ni makan dengan ayam goreng lagi sedap..biasa mama buat untuk makan-makan family i je, memang makan dengan ayam..cuba lah nanti...

tetamu-tetamu kehormat i...hihi..

nah ambik  cekedis ni ...

Nak cerita pasal laksa je, tapi kemain semua benda masuk...i kalau dah bercerita susah nak berhenti..sebab tu dulu dekat sekolah kawan i panggil i makcik sebab tak habis-habis bercerita..cikgu tengah mengajar kat depan pun tak sedar..KESIMPULANNYA, LAKSA PENANG MAMA I MEMANG SEDAPP..itu je nak cerita sebenarnya..=)
.bila pula anaknya nak masak macam ni yer???..

thanks for reading...