Tuesday, August 14, 2012

Puasa Hari ke-19 : Bubur Lambuk dan Ikan Panggang Kunyit Manis

Assalamualaikum

Bubur Lambuk Pucuk Kemidin. Makan dengan ikan bilis rangup memang sedap
 Dapat dari sini. Ada Pengagihan Bubur Lambuk Percuma oleh ADUN Chukai, YB Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera.
 Tapi not percumalah jugak sebab mama i pergi masak-masak bubur lambuk ni.Ingat mama i tak balik berbuka kat bandar, so hari 19 lauk pun tak ada. Haha. Adalah, tapi yang semalam punya, Ikan Patin Masak Tempoyak.
 Ada Ikan Goreng(kat tepi sekali,eh tak nampak pulak), Ikan Panggang Biasa dan special untuk i, Ikan Panggang Kunyit Manis. Resepi orang berpantang. I makan nasi dengan ikan ni je dan pucuk ulam raja. Sedap sangat dah tu walau tak ambil lauk pauk
 Tembikai Merah.
 Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
 Sambal belachennn. 
 Kuih ni i tak tahu nama dia. Tapi dari ubi la
 Kuih Tepung Pelita. Agak lembik tapi bolehlah.
 Air Susu Soya. Kali ni beli yang dalam kotak pulak
Tropicana Twister Oren. 

Langsir rumah dah siap pasang, sekarang nak pergi pasang langsir dekat rumah nenek pulak. Sakan nenek i beraya tahun ni. Tiap tahun pun sakan sebabnya atok i jer satu-satunya pak saudara yang masih ada. Jadi, nak tak nak kenalah berhias sikit rumah, nanti orang kata tak peduli orang tua plak kan. :)

1 comment:

Thanks for Comment