Sunday, February 24, 2013

UTM Berselawat 24 Februari 2013~Mari Semua Meriahkan

Assalamualaikum

Gema Cinta Rasul kini di Selatan
Jom datang beramai-ramai bagi yang berada di sekitar Johor.

Kredit to FACEBOOK UTM BERSELAWAT

Thursday, February 21, 2013

Wedding Zul + Amy di Kg Jambu Bongkok, Marang Terengganu

Assalamualaikum
Selamat sudah hari bahagia sepupu aku dari Pahang ni pada 9 Februari 2013 yang lepas. Pasangannya orang Terengganu, anak beranak aku ni memang tak boleh lari lah semua pakat berkenan orang Pantai Timur jer. Hehe. Kami manis-manis kan..Pang~ehh, terperasan pulak tapi bukan aku, tapi dia.!

Mulanya ingat nak letak picture dari camera sendiri, tapi bila tengok gambar OP dorang ni cun sangat, maka kita tengok gambar from OP lah kan,yang aku nanti la i up. Aku cukup suka dengan tone warna dia, terang jelas dan cantik sangat.

Kredit semua gambar di bawah kepada :

Official Photo-g : S'rol Photography
or boleh add di personal facebook di Shahrol Mohd

Our familia.. Muka i secoek jer..Takper, i kan rendah diri. Haha
Rombongan Cik Saodah

Lawa sangat pengantin
Selamat Pengantin baru buat Amy dan Zul. Semoga berbahagia selalu hingga ke akhir hayat.

Thursday, February 14, 2013

Pertunangan Farisah + Zaidi || 10 Februari 2013

Assalamualaikum

Lagi sorang rakan karib aku nak menamatkan zaman bujangnya. Lepas sorang sorang kan, next saper pulak yer...hahaha..aku paling lambat sebab adik bongsu..kikiki.

Majlis pertunangan Mek Soh ni di Kampung Pauh, Kuala Berang , jalan menuju ke empangan Kenyir Terengganu. I sedih betul sebab tak ada time majlis ni sebab memang batul-betul tak dapat datang pun. Sebab jauh satu hal lagi satu sehari sebelum tu i dah ke Kuala Terengganu untuk wedding cousin. Jadi, aku just singgah rumah Sah pada hari Sabtu tu jer sekejap. Dah 10 tahun tak pergi rumah dia, tapi aku masih ingat jalan weyhh..haha. Bangga satu saat walau terlajak..:)

Ini semua gambar dari facebook Sah, rasanya kawan UIA dia yang snap. Kredit picture to kawan Sah, Diana Dahari Kamil. Cantik hasil shot dia.
Zaidi dan Sah. Lawan dengan orang Seberang Takir. Auww sweet sangat korang.
Sah dan anak-anak buahnya
Rindu korang berdua. Sah, nanti cari date cantik sikit baru kitorang semua dapat datang. heehee
Macam artis dah aku tengok mu ni Sah
Pelamin pun lawa. Masa aku sampai petang tu rumah dia pelamin belum pasang kalau tidak awal-awal aku dah rasmi bergambar dengan bakal tunang orang ni.
Tahniah buat korang berdua dan semoga dipermudahkan segala urusan untuk menuju hari bahagia. Dah confirm date, cepat roger-roger. Love u sweetheart.

Sunday, February 10, 2013

Kuantan~Berjaya Megamall dan East Coast Mall (ECM)

Assalamualaikum

Sambungan dari entry sebelumnya. Nak baca, klik SINI

Tak mahu pun pergi sini sebenarnya tapi si bongsu ni mengada sangat nak pergi. Jalan-jalan pusing-pusing jer. Lama betul aku tak masuk sini, last aku rasa time tingkatan aku datang zaman aku belajar dekat MRSM Kuantan. Banyak kosong dah kawasan tingkat atas ni ramai orang tak meniaga.
 Naik tangga pusing kawasan kejap dan berhenti sini untuk ambil gambar. Kawasan bawah ni je pun kalau happening sikit.
 Sakura ni simbolik Chinese New Year ek?
 Kat depan stage ni ada siap set-up table like time makan besar mereka.
Hohoho...kejap je singgah sini lepas tu terus pergi East Coast Mall (ECM)

 Chacha omey-omey. Boleh pulak terjumpa jiran depan rumah kat sini. haha
 Sakit mata i, semua nampak merah jer..hehekk..Meriahs betul ECM ni penuh orang.
 Jalan-jalan dalam 2 jam dapatlah selai untuk aku dan selai untuk bongsu. Kendian balik ler kiter ke Kemamang yer.
 On the way nak balik singgah makan dulu kat Chendor
 Lapar sangat sebab tengahari tu just makan alas perut jer. Usai makan tembo balik rumah.. Hee, rumah sweet rumah jugak paling best dalam dunia.

Saturday, February 9, 2013

Tuesday, February 5, 2013

Seragam Mengaji : Kurung Maroon dan Tudung Hitam

Assalamualaikum

Dah 2 tahun lebih rasanya budak-budak ni mengaji dekat sini tapi tahun ni baru pakaian mengaji kena seragam. Bermula minggu pertama bulan Februari 2013 dorang kena pakai pakaian ni time mengaji. Waktu mengaji pukul 3 hingga 5 petang. Actually sama jer macam KAFA dekat sekolah tapi bebudak ni tak nak pergi KAFA even KAFA bukan tiap-tiap hari. Dekat sini hari-hari mereka kene pergi mengaji dari Ahad hingga ke hari Khamis.

Maybe sebab dekat tu yang dorang ok jer. Just belakang rumah tokwan.
 Before pergi mengaji, sempat kena arah ambil gambar buat kenang-kenangan.
 Sara yang buat-buat sopan bila bergambar. teehee
 Adik dan anak-anak sepupuku
 Nak pergi mengaji dah dorang. Sorang dua beg, 1 beg Al-Quran lagi satu untuk telekung
 Kena paksa di bebudak ni letak benda alah ni semua. Layaaaaaaaaaaaaaaaannnnnnnnnnnn