Tuesday, February 14, 2012

Segmen Review Blog Kami

Assalamualaikum..

Tengah-tengah bw, jumpa entry baru Cik Farizam...
apa lagi, i pun nak join..hehe=)


sape-sape nak join, cepat-cepat..masih ada masa lagi..pukul 6 petang nanti tamat..

Wish me LUCK...

Udang Galah Sungai

Assalamualaikum..

Minggu lepas adik i, Mubin pergi memancing di sepanjang sungai dekat belakang rumah ni..Sungai belakang rumah i ni memang famous kot dengan udang galah..Merata orang-orang luar yang datang dan memancing kat sini...Cuma i je yang tak pernah turun ke sungai..takper ,kita bagi kat orang laki je main-main dalam sungai ni..

Kalau hujung minggu, Jumaat dan Sabtu memang penuh la orang dalam sungai ni..macam pesta kot..Kebanyakan dari mereka lebih suka memancing berbanding menahan pukat atau menyauk dengan sauk tu..Kalau menyauk confirm-confirm lah udang yang dapat kecik cinonet je...yang tu nak buat umpan bolehlah, nak telan dek tekak macam tak berbaloi je kan berkubang dalam sungai...
Udang galah sungai sepit biru...Adik i ni teror jugak bab memancing ni..Mungkin dari kecil dah didedahkan dengan sungai..Orang lain tak dapat lagi, dia dah dapat dah..Rezeki masing-masing..
Sayang i hanya dapat melihat, nak makan tak berani lah nanti satu badan elergik..
Hasil pancingan Mubin...Sehari sebelum tu dia dah pergi dengan sepupu, Abang Din...Keesokannya dia pergi lagi sorang diri ...
Ni semua yang latest dia pancing..yang pergi dengan Abg Din pun besar-besar jugak, tapi yang tu lupa nak ambik picture coz dah Maghrib masa dia balik tu..
Kalau y'alls. masak apa dengan udang-udang galah camni???
Yang besar tu orang panggil udang galah kan, tapi yang kecil tu panggil apa ek..???
udang galah jugak ke..

My mom n tokwan masak ini...
Udang Galah Masak Lemak Cili Padi..

Disebabkan i dan mama tak boleh makan udang sungai, kami pun nak makan lauk pauk yang sedap jugak..jadi mama masak ini jugak..
 Asam pedas TEMPOYAK IKAN PATIN...
yummy yummy...mana boleh kalah kan tengok orang makan sedap..

Jomlah melawat kampung i..hehe..macam-macam ada, tak payah pergi zoo dah..complete..nak monyet ada, ular ada, burung pelik-pelik ada, ayam itik jangan cakaplah, lembu kambing memang suka round-round, cik ba** ni pun ada..

haha...tekak dah dahaga ABC...haa, depan rumah pun ada jual ABC..

Lisa Surihani in Cover Remaja Februari 2012

Assalamualaikum...
Menarik di dalam : Lisa Surihani meniti hari terakhir single girl..

Waah, dah nak kahwin dah akak Lisa dengan Abg Yusri kita ni...mereka akan melangsungkan Majlis mereka minggu depan dah...

Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Putrajaya International Convention Centre (PICC)

I doakan mereka berbahagia hendaknya...

Quote of the DAY #4


You can't have a better TOMORROW
if you don't stop thinking about YESTERDAY

ANN Penyanyi Lagu CINTA MELANKOLIA Meninggal Dunia

Assalamualaikum..

Lepas mengemas tadi, i buka blog..and then blogwalking sat...bukak-bukak dashboard, gedebusshh nampak entry dari blog Abang BEN ASHAARI..Penyanyi Lagu Melankolia meninggal dunia..

Innalillahiwainnailaihirojiun 

Abang Ben cakap dia dengar time berita di Sinar FM..Jika dah diwar-warkan, mestilah ianya berita yang benar kan..Takkanlah blogger famous nak sebar khabar angin plak kan...

I suka sangat dengar lagu ni...mama i lagi lah..suka dia dengar lagu jiwa-jiwa ni..I bila dah lama tak dengar, terlayan terlentok jugak lah....

Al-Fatihah buat Allahyarham Ann.... semoga rohnya dicucuri rahmat....


Monday, February 13, 2012

BEN ASHAARI AJAK BACA BLOG AKU

Assalamualaikum..

Join lagi segmen dari Abg Ben Ashaari..blogger famous yang sangat suka merapatkan ukhwah para-para bloggers yang baru dan juga yang lama..

Sejujurnya, blog i masih baru dan banyak yang i perlu belajar untuk improve gaya menulis i...

Tapi anda perlu tahu,
Blog i patut dibaca sebab blog i ada kek-kek yang sangat memukau mata..ini kerana i suka sangat mereview tentang kek-kek ni..Kalau i blogwalking dan i jumpa benda-benda cantik, sure i will shre with y'alls..
Dan i juga minat buat kraftangan..sekadar untuk mengisi masa lapang dan mencantikkan sudut-sudut di rumah i ni..juga mengasah bakat yang terpendam..hehe..

Antara entry yang i suka,

about cake

about craft

ok, siap..thanks for reading
thanks also coz drop by here..wink~

Cover Mohabbatein Versi Baru..!!!

Assalamualaikum...
picture:google 

Korang kenal tak siapa dekat dalam gambar ni...???
Cuba nengok betul-betul..Mula-mula pun i tak perasan, bila dah teliti baru tergelak sorang-sorang..Siapalah yang rajin sangat duk mengedit ni kan..memang takde kerja lah...

Yang gambar amitabh bachan tu ac mizal dan yang aishwarya rai tu zizan kan..tapi yang shah rukh kan tu johan ke???nampak macam lain sikit...Papepun memang buat i gelak hari ni...

Cerita hindustan terbaru..Terhangat di pasaran...
Hahaha=)

***hari ni penat keluar ke bandar aja..
dan my adik dah lulus jpj test...i dah dapat driver baru..yeay yeay..!!!.

Sunday, February 12, 2012

Kfc with Najwa

Assalamualaikum...

KFC, restoran makanan segera kegemaran Najwa..Dia ni kalau tiap-tiap minggu ke sini pun takper..suka sangat makan ayam ke ep si nih...Tapi dia just makan ayam sahaja, side dish lain memang dia tak sentuh..So, i lah yang kena habiskan saki baki tu...
Ambil set snake plate..senang..1 ketul untuk i dan lagi 1 ketul untuk Najwa..
 Air plak nak mountain dew..DEMAND..nasib baik tak mintak aiskrim..kopak lah i nanti..
Jemput makan semua..LUNCH i beberapa minggu lepas..

Okeh..
i suka letak cerita basi nih..banyak sangat benda yang dibuat..
sampai tak tahu nak buat yang mana dulu.......
i suka snap picture, tapi terbiar duk dalam camera tu..
ok, semua cerita tak berkait..
merepek sebab tengah lapar..

Bye-bye~

***teringin nak makan spageti bolognese..