Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..
Selamat bersiaran kembali di rancangan masak masak bersama saya chef.......(sila isi tempat kosong)
wokey, verangan kejap..
Kek ni bila dah pernah buat sekali, pasti terus-terusan nak cuba lagi..Lagi-lagi bila ada orang support..Terutamanya kanak-kanak dekat rumah ini lah..hari-hari tanya bila kaklong nak buat kek lagi..aku asyik cakap minggu depan..minggu depan..sampai dorang dah start sekolah kek aku pun tak terbuat lagi..ingatkan dorang dah lupa, last-last sabtu lepas tanya lagi bila nak buat..kesian pulak tengok kan..jadi esoknya ahad time dorang sekolah aku buat lah kek ni..Nak tunggu dorang balik sekolah malas lah sebab nanti ramai duk menyibuk je..duk calit sana, duk calit sini..
Jadi, inilah hasilnya..
Feedback dari tukang makan: Sedap..so, nanti boleh buat lagi
Dari hati kecilku sendiri: Deco masih di tahap comot lagi..nak kena beli yang ada sarang deco kek yang cantik tu (apa nama tah..yang besi macam-macam corak dekat muncung kon aising tu)..xpuas hati..nak buat cantik-cantik lagi..
Mereka request nak kek coklat..Budak-budak memang tak dapat dipisahkan dengan coklat ni..bukan budak sahaja mak-mak budak pun sama..:)
Gambar time buat 2 tak ada..sebab tak terfikir pun nak share dalam ini..So, aku hanya boleh kongsikan resepinya sahaja..Resepinya sangat mudah.
.Bahan-bahan yang digunakan seperti di bawah;
1 cawan serbuk koko (serbuk koko brand van hauten, apa-apa brand pon boleh janji halal)
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (dipukul)
Cara penyediaan:
1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
3. Angkat dan sejukkan.
4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.
Sumber: Sajionline
Topping aku guna aising perisa vanila sahaja..Aku bahagi dua kek tu dan sapukan aising kat tengah-tengah..
aising kali ni menjadi, aku buat tak terlalu manis dan tambah susu cair sedikit..
nak lagi sedap, boleh letak topping coklat dan taburkan dengan coklat urai, tapi serbuk koko dah habis nak masak buat topping tu..konklusinya, buat aising je.. dan dah siap untuk dimakan..
JOM MENJAMU SELERA..PETANG-PETANG CAMNI PEKENA DENGAN
TEA O PANAS MEMANG KAW..
TEA O PANAS MEMANG KAW..
Salam. Hi Errah, terima kasih kerana linkkan blog Cetusan Rasa.. Sedapnya melihat kek coklat kukus ni.
ReplyDeletesalam..sama2 nur..sedap ..nt try la buat.:)
ReplyDeleteKAT MANA NAK MENONTON TV1 ,TV2,TVi,TV3,NTV7,8TV,TV9 alhijrahtv, ,Astro Ceria ,Astro Prima ,Astro Oasis , Box Office Movie YA OK KINI ANDA TAK PERLU RISAU ANDA BOLEH MENONTON SEMUA CHANNEL TERSEBUT FREE DI http://vecasts.blogspot.com/2011/10/malaysia-tv-online-watch-malaysia-tv.html
ReplyDeletehttp://vecasts.blogspot.com/2012/01/tv9-online-malaysia-online.html
http://vecasts.blogspot.com/2011/10/watch-ntv7-online-malaysia.html
http://vecasts.blogspot.com/2011/10/watch-tv3-online-malaysia.html
http://vecasts.blogspot.com/2012/01/watch-astro-ceria-online-malaysia.html
http://vecasts.blogspot.com/2012/01/astro-prima-online-malaysia-online.html
TERDAPAT JUGA LEBIH 207 BUAH SIARAN RADIO ONLINE BOLEH DI DENGARI SECARA LIVE DI SINI http://vecasts.blogspot.com/2011/11/listen-malaysia-radio-online-live-radio.html
jom terjahhhhhhhhhhhhh ,maklumat penting,ada ketikanya sesetengah saluran tidak beroperasi kerana masaalah server down atau pun offli
Very nice and love the finishing and deco.
ReplyDeleteChocolate ganache baru terangkat. Buat la. mesti bebudak suka
ReplyDelete