Tuesday, July 17, 2012

(Gambar) Sepanjang Kenangan Tahun 1

Assalamualaikum..

Now i duk godek-godek pc kat ruang tamu rumah i ni..Bosan dah mengadap laptop, kita beralih ke pc lah plak..Besar dan jelas je mata i yang sedia rabun ni ha...Sesaje belek-belek folder gambar, i terjumpa gambar-gambar lama ni...Kenangan seyhh..Tapi time ni dulu pakai  camera handphonecikai jer..so,kualiti gambar tak good sangat lah...But, nothing to worry because it's mean a lot to me..Gambar edisi bantai je ni malas nak edit...hewhewhew

My room suatu ketika dahulu...H02 314 Kolej Tun Fatimah
Pink jiwaku..Time ni roomate dengan Ijah Kecik..Tu tikar getah Ijah yang punya...
Warggghhh...first time pergi site...Area dekat City Square dan sekitarnya
 Ijah besar dan Diba dekat PSZ
 Time seminar dekat N24..Lupa lah plak seminar apa
 
 Me dan Farihah...Dulu-dulu tak lah kurus cekeding macam sekarang budak ni
 Me and Nabilah..Berlesung pipit manis orangnya...Single and available..hahaha
 Ijah dah kuar aksi roxck dia
 Kawan baik dua orang nih..Zaman duk guna wifi kat tingkat atas B11
 Haha..bajet kiut la tuh
 Ni bear dekat bilik Intan rasanya..ke Nab..Aihh, lupa ingatan dah nih
 Kawan-kawan international i..Bersungguh dorang merasa kuih raya i bawak
 Alip...Tak tau motif letak..add sekaligus tadi..hehe...ada perubahan tak dengan sekarang?huhuhu
 Open house umah Dea...
 Mizah dan Zizah..
 Curi-curi ambik gambar last-last kantoi dengan tuan punya...hehe
 Ijah K VS Ijah B?
 Dibah dan Ijah...Sindrom lepit tudung boolattt
Zul...Muka dia seiras my friend...Our presiden..Sangat berdedikasi orangnya
Arep, Syuk and Man Bai..Sempat 1 sem je dengan Man Bai.Lepas tu dia tukar uni lain..Tak sure uni apa, rasanya UPSI kot..

Oklah tulah saja sedikit sebanyak gambar yang ada dalam pc kat dalam rumah ni. Kena guna pc dalam bilik adik i pulak lah nak upload bebanyak.Sana tempat penyimpanan khazanah gambar...Sangat rindu  tahun 1 di UTM..

Thanks for reading this entry...!

Tarikh Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012

Assalamualaikum

Lagi beberapa hari nak memasuki ke bulan baru iaitu bulan Ramadhan...Dah ready ke semua???

Tarikh Lihat Anak Bulan Ramadan 1433 hijrah pada 19 Julai  2012 

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah menetapkan tarikh melihat anak bulan ramadhan 1433 hijrah adalah pada petang 19 Julai 2012 bersamaan 29 Syaaban 1433H. Sebanyak 30 lokasi mencerap anak bulan telah di tetapkan di seluruh negara..

Lokasi Melihat Anak Bulan Ramadhan 2012 | 1433 Hijrah 

Pontian Kecil Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara Melaka; Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan; Bukit Melawati, Kuala Selangor; Pulau Angsa, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting Selangor; Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam; Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru Daerah Manjong Perak; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Acheh Pulau Pinang.
Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda Kedah; Pemandangan Indah,Pulau Langkawi; Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah; Bukit Besar Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; Balai Cerap Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin(KUSZA) Setiu, Terengganu.
Bukit Peraksi Pasir Puteh, Kelantan; Bukit Kampung Tembeling Mukim Manjur Daerah Olak Jeram Kuala Krai Kelantan; Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu Kelantan; Tanjung Lubang Miri, Sarawak; Teluk Bandung, Kuching Sarawak; Tanjung Batu, Bintulu Sarawak.
Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil Sabah; Bukit Tanjung Batu Nenasi, Pahang; Gunung Berincang Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang; Menara Universiti Malaysia Sabah, kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur; Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat Perlis.

Dalam pada itu Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan HisabPenyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytuharkan tarikh permulaan puasa ramadhan 1433 hijrah  di radio dan televisyen pada malam 19 Julai 2012

Sumber-Bernama

Selamat menjalani ibadah Ramadhan kepada umat Islam di seluruh dunia.

Thanks for reading this entry..!

Monday, July 16, 2012

Blogger Cantik ni dah Bertunang...Tahniah...!!!

Assalamualaikum
Pemilik blog ladolceizatie ini dah selamat bertunang pada 14 Julai 2012 yang lalu..Patutlah bila masuk blog dia tak ada entry terbaru pun..Anyway. congrats dear..Cantik sangat persalinan pink anda..
 Her mini pelamin...Boleh baca dia punya blog dekat entry INI...3 minggu sahaja dia prepare untuk majlis pertunangan ni...but the end hasilnya memang nampak perfect..good job girl even last minute preparation...:)
Cantik kan blogger Izatie ni..Bertuah tunang..hehe...Warna pink memang sangat cantik...I like..Maybe boleh jadi theme untuk my e-day plak..haha. verangan lebih..!

All picture credit to ladolceizatie blog...go to her blog to see more beautiful picture..but terlebih dahulu sorry dear because printscreen your picture...just sharing to others your happiness during  your e-day...May Allah bless both of you..Tahniah...!

Thanks for reading this entry...!

FAREEDA..Nyata Jelita

Assalamualaikum..

Fesyen tudung terkini yang dikomersialkan oleh Fareeda sekarang memang sangat mandapat sambutan di kalangan wanita berhijab di Malaysia..Rata-rata wanita yang i jumpa dekat luar if pergi jalan-jalan, pergi kenduri kahwin semuanya duk menyarungkan tudung Fareeda ni..Macam-macam design, serba warna-warni but memang nampak elegan..Bergaya mewah..Masakan tidak harganya sahaja dah mencecah ratusan ringgit..Harga paling murah pun bermula dari RM150...
I pun teringin jugak nak memakainya cuma i ni berbadan besar so kalau i pakai memang nampak singkat..Sangat tak cantik di situ..Jadi, i syorkan pengusaha Fareeda bolehlah untuk menyediakan tudung yang bersaiz L or XL  dengan lebih banyak lagi..Maybe lebih ramai lagi yang tertarik untuk membeli...Walaubagaimanapun, i memang puji rekaan dan kombinasi warna setiap tudung yang ada di Fareeda ni. Sangat eklusif dan cantik.Sesuai dengan material kain yang digunakan..Mahal tapi berbaloi.

 
 
 


Koleksi-koleksi tudung yang menjadi kegilaan ramai, kini berada di online FAREEDA CYBER SHOPPE.

Jom Beli di www.fareedaonline.com

Jom ikut FAREEDA di Twitter @fareedascarfhttps://twitter.com/#!/fareedascarf

Jom klik "Like" page Selebriti FAREEDA Magazinehttp://www.facebook.com/Majalah.FAREEDA

Kredit gambar FACEBOOK FAREEDA...Nyata Jelita

Thanks for reading this entry...!

Nasi Kerabu Sedap di Tengah Bandaraya Johor Bahru

Assalamualaikum
Siapa kata tinggal dekat Johor Bahru tak boleh jumpa nasi kerabu yang sedap tu memang silap lah...Yang penting korang kena pandai lah jalan-jalan cari makan.I punya selera kalau Western ni kureng sikit, i prefer jenis masakan kampung or tradisional punya..I bukan orang bandar u nak demand makanan barat ni semua..Tapi i makan jugak cuma tak lah selalu kan..

LOKASI
Kedai nasi kerabu di betul-betul di hadapan Persada Johor or Hotel Puteri Pacific..Warung lah kot orang JB panggil.Kedai ini terlindung sikit sampai i dah bertahun dekat JB pun baru perasan kewujudan kedai ni...

Nanti i sambung lagi yer..I nak pergi berkebun pulak..Kan tak makan i bulan puasa ni..haha..over tau..!

Thanks for reading this entry...!

Sunday, July 15, 2012

Tebu oh Tebu..Dah Besar dah Tebu Hitam Ni...!!!

Assalamualaikum...

The best thing bagi seorang pekebun yang tak berapa nak tegar macam i ini ialah melihat hasil tanamannya tumbuh dengan sihat..

Tebu hitam...I lagi suka tebu hitam berbanding dengan tebu kuning..But dua-dua jenis tebu ni pun i tanam..Tebu hitam ni memang sukar sikit nak dapat sekarang ni..Kalau ikut rasa, tebu hitam adalah lagi best sebab lebih manis..Cuma kulit dia keras sikit..Untuk buat air pun biasa kalau kami mesin, air dari tebu hitam ni kami tambah air masak sedikit sebab manis sangat.Dan air dari tebu hitam ni lebih gelap berbanding tebu kuning..
Tebu -tebu ni semua i yang tanam..But my family yang jaga...Lagipun masa i tinggal pun dah tumbuh elok dah..Just kena siram dan bagi baja jer..Tanam dan jaga tebu ni tak rumit sangat..Hanya menggunakan benih tebu yang ada tunas tu dan tanamkan di tanah..Siram hari-hari tanpa baja pun tebu ni akan tumbuh jugak..Tapi kalau nak bagi cepat tinggi dan besar-besar, pemberian baja terhadap tumbuhan ni penting yer.

NEXT PROJECT
Tanah digembur untuk membuat batas...Ini untuk menanam sayur-sayuran...Nanti dah tumbuh i share lagi dekat sini yer..Satu ketenangan pada i bila melihat kehijauan alam..

TAK RUGI BERBUDI KEPADA TANAH KERANA ANDA PASTI MENDAPAT PULANGANNYA.

Thanks for reading my entry...!

ABC Special Jusco Taman Universiti, Skudai

Assalamualaikum

Salah satu kegemaran i ialah i sangat suka menikmati minuman seperti ABC, Ais Jagung, Ice Blended, geng-geng Cool Blog dan seangkatan dengannya lah.
 ABC Special di Arena Food Court Jusco. ABC ni special sebab dia akan add-on aiskrim di atas ABC ni.
 .
I request aiskrim Vanila..Hanya aiskrim tu jer yang masuk dengan tekak i kalau campur dalam ABC ni..Juga aiskrim strawberi pon boleh but kalau dia letak aiskrim coklat, no no no lah...Muak nanti tak habis..
Itu pun dia letak coklat jugak di atas aiskrim but still boleh dimaafkan sebab rasa coklat tu tidak menguasai rasa ABC ni.
 Nyum nyum nyum...Nampak biasa-biasa je kan dia punya fizikal kan but rasanya memang ummphhh..Sedap...I bagi 8 dari 10.
 Share ABC Special ni dengan Farihah..Banyak sangat nanti tak habis makan sorang-sorang. 
 Harga ABC ni ialah RM4..Ok ke tak??? Bagi student macam i  mahal lah jugak kan, tak boleh nak hadap selalu. Nasib rasanya sedap dan i rasa berbaloi jugaklah kuarkan not RM4 tu...haha
Minum ABC diselang selikan dengan roti Sosej from La Boheme Bakery Jusco ni..Harganya i lupa lah plak..Murah dari yang lain, ke paling murah..aha gitulah..Tapi sedap tau korang...Lembut-lembut je masuk mulut.Atas dia tu pun ada keju buat ia makin sedap.Wajib beli ni selain dari Pappa Roti kalau singgah ke Jusco.

Petang-petang camni best kalau pekena ABC. I bernasib baik dalam kampung i ni (depan rumah je padahal) pun ada ABC yang super best.Harga segelas or sebungkus hanya RM0.80. Murah kan. Indahnya bila di kampung...hihi

Thanks for reading my entry...!

Kongsi dan Menang dengan "Belanga Cafe Facebook Contest"

Assalamualaikum...

Rakan-rakan blogger dan juga rakan-rakan facebook
Di sini ada 1 contest yang i nak share dengan anda semua
  
FACEBOOK BELANGA CAFE

Win a dinner for 2 from the choices of Belanga's latest sensation.

It's simple to enter the contest:

1. Re-post this picture on your facebook wall

2. Tag FOOD and Belanga Cafe

3. Email us your full name and phone number to create_studio2008@yahoo.com.

4. Remember write the contest title as well, otherwise we may mess it up with other mails.

5. After the contest end, we shall pick the winner randomly and announce it here.

* Contest from 14 July to 28 July (2 weeks)
www.facebook.com/belangacafe
* Able to redeem at Empire Shopping Gallery outlet only
* Photo credit to www.fb.com/pages/Its-All-About-Foods/173726722716849

Jom sertai..Mudah sahaja just follow instruction di atas dan anda bakal berpeluang memenangi contest BELANGA CAFE ini...

JOM KONGSI DAN MENANG...