Sunday, July 22, 2012

Jawatan Kosong Jurutera Civil di Kemaman, Terengganu

Assalamualaikum.

Etalek Engineering & Construction, Terengganu sedang mencari pekerja yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan kerja-kerja kejuruteraan awam.

Bidang kerja kejuruteraan awam seperti

-penyediaan tender/quotation
-merancang aktiviti-aktiviti untuk kerja civil
-untuk mengendalikan kerja-kerja pembinaan awam
-untuk mengawal dan memimpin pekerja di tapak
-untuk menyediakan laporan dan dokumen berkaitan kerja-kerja civil
-bekerjasama dengan pelanggan, subkontraktor dan pembekal bagi projek-projek civil
-untuk mengawal kos semasa bekerja

Untuk memohon sila layari http://www.etalek.com.my dan klik career opportunities untuk drop resume yang terkini .

Fresh graduates are encouraged to apply

Job Info:
Salary: RM 2 400 / month
Job Type: Executive
Experience Level: 1-3 years
Application Deadline: 19 Aug 2012

Service provider & contractor for Oil & Gas Industry mainly in:

-Civil Engineering
-Electrical Engineering
-Instrumentation Engineering
-Manpower Supply
-Consultation
-Materials supply

Registered Bumiputra Company with MOF, Energy Commission, CIDB and Petronas

ADDRESS
Etalek Engineering & Construction Sdn Bhd
K-7138, Tingkat Atas, Persiaran Guntong, Bandar Seri Kerteh, 24000 Kemaman,Terengganu
PHONE
09 - 826 5002

Jadual Imsak Dan Buka Puasa Negeri Terengganu 2012

Assalamualaikum...

Di bawah ini merupakan jadual imsak dan berbuka puasa bagi tahun 2012 / 1433 hijrah bagi  negeri Terengganu . Semoga jadual ini dapat membantu anda membuat rujukan waktu tepat berbuka puasa bagi kawasan anda.


**pastikan komputer anda mempunyai aplikasi PDF @ Adobe Readers 


Saturday, July 21, 2012

Puteri Mandi Selera Melayu. Sedapnya..!

Assalamualaikum

Kuih puteri mandi homemade dah siap...Yeay. Kuih puteri mandi ni lebih kurang dengan kuih onde-onde jer cuma bezanya kuih onde-onde (gula melaka) ada manisan di dalam. Manakala kuih puteri mandi ni kita gaulkan bersama inti kelapa parut yang dah dimasak bersama manisan(gula melaka)
Panas lagi di dalam kuali
The steps. Bulat kecil bulat besar. Main gentel jer ni, saiz pun kecik besar. Tak apa bukan nak jual pun kan. hehe.=)
 Ini untuk jiran.  Hidup berjiran kenalah saling memberi.
Lamanya tak makan. Puteri mandi yang berwarna putih. Nak letak pewarna pun boleh biasanya orang akan buat warna hijau.

Apa menu pembuka selera korang untuk berbuka nanti..? Mesti sedap-sedap kan.

Thanks for reading this entry...!

Facebook Shop Untuk Fesyen Plus Size

Assalamualaikum

Bagi seorang yang bersaiz PLUS SIZE seperti pemilik blog Errah Najwa ni memang agak sukar ingin mencari baju yang cantik seperti fesyen baju perempuan yang bersaiz S sehingga L. Saiz baju i adalah XL or XXL yang mana memang sangat susah nak cari. 

Jadi, pada kali ini Errah teringin sangat mahu berkongsi butik online fesyen Plus Size di facebook yang i selalu i skodeng...hihi. Mesti ada yang tercari-cari macam i kan. Habis i google dan cari dekat facebook tau. Nak-nak lagi dah masuk bulan puasa ni mestilah nak shopping baju raya kan.


STANZA STYLISKA
Page : Stanza Styliska Official Page
Add Facebook : Stanza Styliska (Prime Plus Size Icon)


Koleksi fesyen dari Stanza Styliska
Kurung Raya Lebaran. New and hot di pasaran.
Pelbagai corak dan warna di Facebook Stanza Styliska (Prime Plus Size Icon). Cepat grab sebelum terlambat...!


MAISARAH COLLECTION @ CIK SARA
Page : Maisarah Collection & Enterprise
Add Facebook : Cik Sara

Koleksi fesyen dari Maisarah Collection & Enterprise
Raya Collection. Nak tengok lebih lagi sila ke facebook di atas. Lemau la kalau i tunjuk semua kan. Di sini bukan sahaja fesyen Plus Size ada but all size. Yang bersaiz kecik pun boleh terjah sekarang. Affordable price uolss.


Cucucamber E-Boutique (Cucucamber Plus Size)
Add Facebook : Cucucamber E-Boutique


Antara pakaian yang dijual. Serius cantik. Harga pun berpatutan. Tengok lagi di Cucucamber E-Boutique


 Ada berita baik juga, terdapat group khas bagi Plus Size bertukar-tukar pendapat mengenai fesyen dan sebagainya di dalam  GROUP FESYEN PLUS SIZE. Jika anda PLUS SIZE, jangan segan silu untuk join group ni. Mana tahu korang akan dapat beli baju,cardigan, seluar, kasut, belt or sebagainya dengan harga murah. Cepat cepat...!


Kredit gambar kepada facebook shop di atas.


Thanks for reading this entry...!

Rewang Juadah Berbuka 1 Ramadhan

Assalamualaikum..

First Ramadhan tahun ini dimulakan dengan rewang beramai-ramai di rumah i. Always setiap tahun macam ni la kerjanya. Sepakat membawa berkat
 Menu utama berbuka nanti adalah berasaskan daging.Dan juga side dish yang lain. Nanti malam i update...kekeke
Daging ni buat kerutub daging rasanya dan juga gulai. Dan off course nenek i sebagai mastermind yang mahir bab rempah segala ni. Air tangan orang berpengalaman ni memang tak  boleh tanding la.

Awal tak kami prepare ni? Tak lah jugak. Daging ni makan masa nak masak tak macam ayam or ikan. Dua tiga jam atas dapur baru empuk. Kan nanti petang nak intai-intai makanan dekat bazar Ramadhan pulak kan. So, masak awal boleh rehat. Bukan boleh makan yer..Haha.. Wanginya aroma rempah..Menusuk hidung dah.

Thanks for reading this entry..!

Sinopsis Drama 7 Ramadhan-Slot Samarinda TV3

Assalamualaikum..

Selamat menyambut Ramadhan kepada semua umat Islam. Hari ini tibanya sudah 1 Ramadhan yakni hari pertama kita berpuasa.

Ada apa dengan 7 Ramadhan?
Drama bersiri 7 Ramadan berkisar tentang Sufiah (Elly Suriati) yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda, Sufiah telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.

Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi).Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan. Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani atau Dhani baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan, Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara.Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah. Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Bagaimana pula dengan rahsia Sufiyya dan kaitannya dengan Ramadhani? Jangan lupa saksikan 7 Ramadansetiap Selasa & Rabu, pukul 10.30 - 11 malam, setiap Khamis pukul 9.30 - 10 malam mulai 19 Julai 2012.

Pelakon 7 Ramadan : Elly Suriati (Sufiah), Fir Affandi (Ramadhani) , Ana Dahlia (Anna), Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda) , Roy Azman (Mustaza)


7 Ramadan terbitan : Radius One Sdn. Bhd.



Terbaru || Video Ramadhan Mat Luthfi

Assalamualaikum

Jom tengok video dari v-log Matluth fi90 ni.

 Published on 20 July 2012. 

Berbuka puasa dengan nasi lemak adalah bid'ah dholalah.

Roti Telur + Roti Canai Kosong + Susu Penuh Krim Marigold

Assalamualaikum

Roti canai untuk Najwa dan Roti Telur untuk Kak Long Najwa. Breakfast terakhir sebelum Ramadhan pagi tadi. Yer, sebelum subuh esok dah mula bersahur. So, kita akan bersahur je dan breakfast kita tinggal dulu untuk sebulan ea..hehe..Dah niat puasa belum? Kalau belum cepat-cepatlah berniat puasa yer.
 Makanan tradisi orang Melayu yang tiada tandingannya. 
Susu Penuh Krim pembuka selera. Yummy. Lemak berkrim memang sedap.
Jemput makan semua..hehe.. Ini kalau esok post ada jer nanti yang mengences ni.haha

Thanks for reading this entry...!