Assalamualaikum
Sila jangan marah i sebab upload gambar-gambar makanan. I bukan nak membuat korang terliur ke apa but ini sekadar perkongsian yang mana korang tak ada idea nak masak apa petang nanti boleh la masak kan.Yeah, selama 30 hari ni ada orang jenis hari-hari nak tukar selera, tukar lauk kan. Macam family i tak kisah pun makan lauk yang sama 2 3 hari. Selalunya mama i masak banyak so lauk yang lebih tu boleh panaskan dan makan lagi untuk esoknya.
Ikan patin masak asam pedas tempoyak.
Ikan keli berlada. Ini Najwa beli time pergi BARAM (Bazar Ramadhan)
Sayur Paprik Ayam.
Ikan goreng, ayam goreng dan ikan kering. Ringkas je juadah kami
Kuih pulut sekaya. Memang sedap. 3 biji RM1
Ketupat pulut. Kegemaran abah i. Sedap dimakan dengan gulai daging or ikan goreng
Tiga jenis air untuk iftar 3 Ramadhan. Air Bunga Kekwa, Air Soya dan Air Bandung. Semua habis before pukul 10. hehe.
Ok, itu saja menu berbuka i dan family pada hari ke-3. Ringkas-ringkas je belum ada ayam percik dan ayam golek lagi. Alhamdulillah, apa yang ada itulah rezeki kami. Kenyang jugak kan.
Thanks for reading this entry...!