Thursday, July 26, 2012

Menu Berbuka Puasa 5 Ramadhan

Assalamualaikum

Bersua lagi kita di hari ke-6 Ramadhan ni kan. Korang semua buat apa tu.? Ada yang tengah makan ker..hehehe.. Yang bercuti tu takperlah yer nak makan jangan yang saja-saja cootiii..kikiki. Sekejap lagi i nak ke bandar ni, my mom nak survey perabot. Survey jer dulu belinya tak tahu lagi kan.haha

Sejak mula berpuasa ni, blog i penuh tengok entry makan-makan jer. Yolah i tak buat apa-apa pun, just duk memerap dekat rumah, so nak buat entry jalan-jalan tu tak ada lagi la. Eh ada, tapi yang dah berbulan-bulan lepas. Tak tahu nak update ke tidak. Rasa nak update sebab sayang dengan gambar yang melambak-lambak tu.hehe
Oh yer, ini menu semalam. Sup Tulang Puan Nailan yang delicious...umphhh
 Ikan keli berlada lagi. Kali ni tambah lagi 2 ekor. Abah beli dekat Bazar Ramadhan. 1 ekor  ikan ni berharga RM3.
 Gulai daging time iftar pertama. Ada lagi sebab mama simpan letak dalam peti beku. So, boleh panaskan dan makan lagi. Yang ni makan untuk cicah dengan ketupat pulut
 Ikan goreng wajib ada.
Ulam-ulaman pun sama. Ada petai, jering, lada jarum dan pucuk jambu golok. Yang tak makan tu senyap-senyap jer heh.ehehe
 Wow...! Ini hari-hari mau ada.
Tembikai pun sama. Sejuk jer makan dengan nasi
 Pemanis mulut kami semalam ialah Kuih Asam Gumpal. Popular di belah Pantai Timur . Memang sedap. Dibuat dengan sagu dan diletakkan inti kacang di dalamnya. Kuahnya dari santan dan campuran rempah sedikit. Ada macam bawang dan rasa halba kalau tak silap.
 Ketupat pulut lagi. Hari-hari abah beli. Yang hari keempat i ingat tak habis ropenyer dah makan time malam.kekeke.
AIR LAICI.
Ini yang i tunggu setiap hari. Dahaga air je sokmo. Dapat minum terus leganya.

Itu saja untuk semalam punya. Ada yang dibeli untuk sahur macam Gulai Ikan Tenggiri dan Sambal Petai Ikan Bilis. Nyum nyum. Time sahur i tak ada hati nak snap gambar. Muka moyok je semua. Eh, padahal i tak terkejut bangun sahur. Kantoi...!

Thanks for reading this entry..!

Wednesday, July 25, 2012

Wordless Wednesday : Udang Kara Masak Lemak Cara Melaka

Assalamualaikum

Menu Berbuka Puasa 4 Ramadhan

Assalamualaikum

Kalau dah angin nak update entry datang, i update terus jer.Cerita lama banyak lagi tertunggak. Entah bila la i nak publish..hehe. Atas permintaan CIK NUR (hehehe, padahal memang akan keluar jugak entry makanan ni kan), sebabnya menu kitorang sama la semalam iaitu AYAM MASAK LEMAK.
Ayam Masak Lemak. Ada 2 ketul jer sebab abah beli dekat Bazar Ramadhan ni. Banyak-banyak nanti membazir. Harga dia tak tahu la plak, i tahu makan jer.hehe
 Sayur Masak Pedas Kulit Tembikai. Kulit Tembikai ini bukan yang hijau tu yer, tapi yang bahagian putih-putih tu. Daripada buang boleh buat lauk-pauk tau. Ini nenek i yang buat. Orang tua ada saja idea dia kan.
 Telur Dadar Menyenggeng
 Paprik ni menu hari ketiga. Tapi mama kan buat banyak, so ada lebihan. Panaskan balik sampai dah tak berkuah.hehe
 Kerang masak kicap cicah air asam. Nyummy. Cousin i yang bagi di beli dekat BARAM jugak ni
 Tembikai. Ini bukan fruit dessert yer, tapi kami makan bersama dengan nasi. Juga cousin i yang jual tembikai ni. Nak makan hello hello jer.
Ada lagi Ikan Patin Masak Tempoyak ni. Kalau ikutkan portion asam pedas ni, memang banyak mama i buat siap boleh makan untuk 4 hari. Dan sememangnya betul, hari ini masih ada lagi. Adik i, Najwa tak pernah puasa makan lauk ni. I tak boleh tengok dah kena cari menu lain plak. Nasib hari ni mama buat sup tulang/daging. Sedapnya.!
 Kuih AKOK. Korang pernah makan tak. Sedap sangat ni. Pemberian dari pak saudara i.
 Rojak Ayam abah beli dari BARAM jugak. Makan malam-malam sikit lepas terawih.
 Ketupat pulut kan kegemaran abah. Beli lagi ni sebab hari ketiga laku. Tapi semalam tak sentuh pun sebab banyak sangat nak makan. Jadi, hari ni goreng balik lah.
Semestinya air adalah perkara utama yang buat terliur di bulan Ramadhan ni kan. Semalam just buat Air Bandung Kosong jer. Plan nak buat Air Sirap Limau tapi tak menjadi limau lambat sangat balik..ehehehe

Konklusinya, rumah i semalam banyak makanan-makanan orang bagi jer. Kan best hidup macam ni, saling memberi orang kata. Hidup berjiran membawa berkat. 

Thanks for reading this entry..!

Aksi Basah Kanak-kanak Ketika Membasuh......

Assalamualaikum

Setiap setahun sekali, aktiviti membasuh segala isi rumah i dijalankan. Sesi membasuh pertama dimulakan dengan membasuh di ruang tamu kedua rumah i. Ruang tamu ni special sikit kerana tiada dinding dan berkonsepkan fresh air.haha. Fresh air la sangat kan. Time panas guna kipas jugak.
Kanak-kanak sebagai penyeri majlis
 3 orang budak-budak ni dikerah tenaga untuk mencuci segala habuk-habuk yang ada. haha. Padahal tujuan budak-budak ni tolong biasalah untuk nak main air. Tahu sangat lah. Nak main-main aja kerjanya. Sebab tu melimpah ruah sabun budak ni kerjakan.
 Ringan jugak kerja kan geng bas sekolah ni ada. Tapi nak membuang air tu punyalah penat. Dua tiga kali bilas sabun masih ada.
 Arissa dah mula main-main
 Ok, dah start dia nak main guling-guling atas air.
 Suka sangat la tu dapt main air sabun yer.
 Najwa tekun betul tolak air dengan penyapu lidi.
 Yeah, kaklong panggil suruh posing jab. Posing lah kita yer.
 Qasrina yang kerjanya hanya mengelap cermin meja ni sampai kesudah. 
Ha...penat...atas rumah belum kemas lagi. Dapur, kebun belum lagi??Alahai, ni terasa nak duk rumah teres jer tak lah besar sangat kawasan.

Apa-apa pun, RUMAH TETAP MANIS..eh, HOME SWEET HOME..agaga

Thanks for reading this entry...!

Menu Berbuka Puasa 3 Ramadhan

Assalamualaikum

Sila jangan marah i sebab upload gambar-gambar makanan. I bukan nak membuat korang terliur ke apa but ini sekadar perkongsian yang mana korang tak ada idea nak masak apa petang nanti boleh la masak kan.Yeah, selama 30 hari ni ada orang jenis hari-hari nak tukar selera, tukar lauk kan. Macam family i tak kisah pun makan lauk yang sama 2 3 hari. Selalunya mama i masak banyak so lauk yang lebih tu boleh panaskan dan makan lagi untuk esoknya.
Ikan patin masak asam pedas tempoyak. 
 Ikan keli berlada. Ini Najwa beli time pergi BARAM (Bazar Ramadhan)
 Sayur Paprik Ayam.
Ikan goreng, ayam goreng dan ikan kering. Ringkas je juadah kami
 Kuih pulut sekaya. Memang sedap. 3 biji RM1
Ketupat pulut. Kegemaran abah i. Sedap dimakan dengan gulai daging or ikan goreng
Tiga jenis air untuk iftar 3 Ramadhan. Air Bunga Kekwa, Air Soya dan Air Bandung. Semua habis before pukul 10. hehe.

Ok, itu saja menu berbuka i dan family pada hari ke-3. Ringkas-ringkas je belum ada ayam percik dan ayam golek lagi. Alhamdulillah, apa yang ada itulah rezeki kami. Kenyang jugak kan.

Thanks for reading this entry...!

Menu Berbuka Puasa 2 Ramadhan

Assalamualaikum

Salam 5 Ramadhan. Sekejap je kan dah masuk hari ke-5 umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Hari ini apa juadah berbuka korang? Mama i buat sup daging petang nanti. Aduhai tapi dah menumis dah rempah sup tu. Sungguh tertusuk hidungku ni sekarang. Wangi yang amat. 

Hari kedua berpuasa, menu dekat rumah i simple as ABC. haha. Kerana 1 family penat, my mom just buat mee goreng jer. Lauk gulai daging time iftar 1 ada lagi, so panaskan saja dan masakkan nasi. Senang, rumah i ni jenis tak semenggah sangat nak makan apa. Jenis makan saja apa ada depan mata. hehe
 Pengat pisang pemanis mulut
Roti bakar
Bersalut 4 jenis jem ni. Memang jem la.
Nekbat sohor dari Terengganu. Main menu 1 jer, tapi appetizer kemain dua tiga jenis
 Mee goreng 2 bungkus untuk 4 orang. My dad je makan nasi sebab dia berbuka mesti makan nasi
Hiasan di pinggan dan ulaman di mulut
Mee goreng 2 Ramadhan
 Makan pulak bersama keropok keping Terengganu. Sedap, nipis je.
Dan Air Soya yang selalu dihatiku.

Petang ni nak buat puding agar buih berkuah. Tapi mama i nak buat puding karamel. So, mana dessert yang akan menang? Kita tunggu sajo la angin rajin petang nanti..hehehe

Thanks for reading this entry...!

D.I.Y : Bunga Ros dari Kertas

Assalamualaikum

Cara mudah membuat bunga ros menggunakan kertas. Senang sahaja siapa-siapa pun boleh buat nih. I pun nak buat ni nanti . Saja-saja projek mencantikkan sudut-sudut di rumah. Lagi-lagi nak dekat raya kan, habis lah sudut ni sudut tu penuh dengan bunga. Yang tengah mencari idea nak deko cantik-cantik tapi bajet kurang bolehlah tengok tutorial dekat atas ni. Budak tadika pun boleh buat ni, takkan kita yang dah besar tak dapat buat kan. Tinggal rajin dan malas jer. Guna kertas terpakai pon boleh. Mana-mana buku tak guna, majalah tak guna tu, boleh jer nak gunting buat bunga ros ni. Tak perlu keluar modal banyak pun kalau guna idea macam ni. Betul tak?

Thanks for reading this entry...!

Tuesday, July 24, 2012

Sakan Beraya dengan Safi Rania | Jelita Tanpa Mengira Usia

Assalamualaikum

Sebenarnya i malu nak tunjuk produk apa yang i pakai untuk kulit muka i. Tapi dah ramai orang tanya, dari dulu sampai la sekarang, jadi i ingat i nak share la jugak dekat korang. I malu sebab i pakai produk murah jer tak macam kawan-kawan i yang lain, Garnier la ,Loreal la, SKII la. Serius segan jer nak tunjuk yang sendiri punya..hahah

Dan lagi satu i ni memang rajin membeli tapi nak pakai secara istiqomah tu memang payah la. Yang i pakai pun hanya produk di bawah. Krim, serum, krim malam siang semua i ada, tapi i just pakai PENCUCI MUKA SAFI RANIA ni jer.Yang lain menjadi hiasan di atas meja.
I memang dari form 1 lagi dah menggunakan produk keluaran SAFI ni. SAFI RANIA ini pulak i baru pakai start Februari 2012 iaitu baru saja beberapa bulan. Muka i ni tak boleh kot pakai produk mahal-mahal sebab i pernah guna barangan kawan i, habis naik jerawat. Sensitif ya ampun la muka i ni. 
I berani tukar produk Safi Rania ni pun sebab ia di bawah satu bumbung dengan SAFI yang i selalu guna iaitu produk keluaran UNZA. Tapi  i pemalas nak jaga muka segala ni so kulit muka i sekarang dah kasar. Now, pencuci muka SAFI RANIA i dah habis yang i beli sekali dengat SET SIANG SAFI RANIA masa Februari lalu. Kiranya i boleh pakai selama 6 bulan, tambah tolak sekali time i tak cuci..huahuahua. PEMALAS punya budak. Jadi, i beli baru jenis yang picit ni jer. Senang. Harga dia RM17.30. Maybe yang ini i boleh pakai sehingga 8-10 bulan.Mana tahu, lepas raya i dah malas nak tenyeh.haha
Dan sempena nak raya ni, i kena jadi rajin la duk tenyeh pencuci muka, krim dan serum segala.  Hope jadi flawless gitu bak wajah jelita tanpa megira usia ROZITA CHE WAN yang menjadi duta SAFI RANIA GOLD ni. Tak gitu? hehe

Tunggu la nanti i bagi testimoni pakai krim, serum dan pencuci muka ni. Sekarang hari-hari rajin tenyeh, Itu pun lepas ma membebel kulit muka i macam pasir dah. Padahal baru dua hari rajin.haha

Thanks for reading this entry...!