Wednesday, August 1, 2012

Ayam Goreng Crispy Warisan

Assalamualaikum

Petang-petang macamni rasa nak share resepi je dekat korang semua. Jom kita tengok apa yang ada. Resepi   AGAR-AGAR BUIH BERKUAH nanti dulu yer. Tak sempat banyak sangat step yang nak koba (bagitahu)..hehe
Actually Ayam Goreng Crispy ni sangat mudah nak buat jika ada SECRET RECIPE di bawah ni
 Tepung Berempah Warisan. Sedap sangat dan sesuai untuk goreng ayam, ikan, udang or apa-apa lah yang korang suka. If berminat boleh contact nombor di atas.
Kenal dengan Tepung Berempah Warisan ni sebab sepupu i jual ni dekat Johor. Time pergi sana, mama i dah beli banyak-banyak buat stok untuk puasa.hehe

Cara dia pun mudah. Dekat plastik atas pun dah tulis siap-siap camana kan. Tapi sebab i degil i nak tunjuk jugak. Mana tahu korang berminat kan. Rasanya macam ayam goreng yang beli dekat pasar malam or lagi sedap dari pasar malam. Kalau beli dekat pasar malam kadang ada rasa masin, tapi yang ni rasanya cukup-cukup rasa. Tak masin, tak manis dan memang nice dengan selera i. Nenek i pun dah suka guna tepung ni. Mudah, Murah dan juga Jimat Masa.
 Telur 2 biji. Fungsi telur ni nak bagi rangup dan juga bagi melekat ayam dengan tepung
 Kalau ikut cara penggunaan tepung ni, siap suruh letak halia dan bawang putih tapi i letak telur sahaja. Itupun dah cukup sedap.
 Dah perap ayam dan ikan tadi, lepas tu terus celup ayam dan ikan dengan tepung dan terus goreng dengan minyak yang panas. Ikan Goreng Celup Tepung Berempah Warisan. Semestinya sedap..!
Ini pula Ayam Goreng Crispy Warisan nama diberi. 

Mudah kan. Sekali lagi if berminat bolehlah cuba menelefon nombor di atas. 

Thanks for reading this entry...!

Wordless Wednesday : SMILE

SMILE.
Let EVERYONE know that today you'are a lot STRONGER than you were yesterday
=)

Menu Berbuka Puasa 9 Ramadhan

Assalamualaikum

Terasa diri sekarang macam food blogger la pulak. hehe. Hampir semua post i sepanjang Ramadhan ni asyik cerita pasal makanan jer kan. Sampai ada yang pesan dekat i, jangan makan banyak sangat. hehe. Sebenarnya i tak makan banyak sangat pun, sebab semua makanan tu bagi-bagi kan, dapat kat i sikit jer. Boleh caye ker ni??? Percayalaaaaaaaaaaaaahhhh(Siti Nurhaliza yang cakap tu =)

My dad tak berbuka sekali time ni, dia berbuka bersama rakan-rakan sekerja dia. So, kami makan ala kadar jer la pada hari tu.

Kita mulakan dengan kuih muih.
 Satar Ikan dan Pulut Lepa. Satar Ikan Terengganu always terbaik
 Cekodok pisang still ada lagi. Hari tu bancuh banyak sebab stok pisang pun banyak.Tak habis jadi simpan dalam freeze dan goreng lagi untuk esoknya.
 Roti Sosej Keju kali ni tak kedekut dah. I guna 4 slice keju.huahuahua..meleleh...!Serius sedap, tak caya tanya adik i, 3 hari berturut-turut dia suruh i buat.
 Rojak Buah Sto. Orang Terengganu panggil nilah, tempat lain i tak tahu.
 Serius i cakap lauk nilah yang i duk tunggu-tunggu dari 1 Ramadhan. Akhirnya jumpa juga hari ke-9. Ikan Singgang namanya.
 Gulai Daging Bersama Bendi
 Ikan Goreng dan Ikan Panggang
Tembikai. Makan sejuk-sejuk,segarnya..!
 Rojak Ayam. Feveret seisi keluarga
Air Soya kegemaran i dan family. Asyik air soya je kan, tapi we all tak pernah jemu.

Thanks for reading this entry...!

Tuesday, July 31, 2012

Agar-Agar Buih Berkuah VS Puding Karamel

Assalamualaikum

Ingat lagi entry INI ?Mesti lupa kan.Ok, hari tu mama i cakap nak buat karamel dan i lak nak agar-agar buih berkuah jadi PILIHAN I DAH MENANG. Tapi semalam baru sempat buat, hari lain sebab dah beli banyak kuih muih nanti kalau buat sangat membazir la.

Agar-Agar Buih Berkuah dengan Nata de Coco. Buat dua perisa iaitu perisa bandung dan pewarna hijau(lupa plak perasa apa). Makan sejuk-sejuk memang sedap. Buat 2 bekas semalam hari ni tinggal lagi tak sampai suku pun. Memang sedap. Resepinya nanti i share yer.

Nak pergi Bazar Ramadhan Chukai ni, Najwa mengidam Nasi Ayam gara-gara tengok entry Nasi Ayam i tadi. Terpaksa beli dulu, maybe esok mama i buat Nasi Ayam..=)

Thanks for reading this entry..!

Nasi Ayam Style Jawa Umphhh...!

Assalamualaikum

Tengahari  camni duk tenung gambar makanan memang buat makruh je puasa i kan. Tapi tapi anggaplah i bagi korang idea nak makan apa petang nanti. Baik tak?hehe
 Nasi Ayam Jawa RM3.00. Murah plus sedap. Kenapa Jawa? Sebab mak cik yang jual ni Orang Jawa.=)
 Lagi satu, ayam dia tak sama macam nasi ayam yang kita makan tu. Ayam dia dari ayam goreng yang disalut dengan rempah khas dan digoreng rangup. Memang sedap. Nampak ayam i banyak kan? Mak cik ni memang baik hati rasanya semua orang dia bagi ayam lebih.
 Sos pencicah dia lagi lain dari yang lain. Selalu i memang minta lebih sebab sedap sangat-sangat. Memang tak tahu la mak cik ni guna resepi apa. Kuah dia pekat-pekat , ada rasa manis pedas camtu.
Kuah sup dia pun rasa lain. Rasa rempahnya lain dari sup kita. Memang kenyang sangat. Untuk student yang selalu bajet nak makan apa macam i, i suka lah makan nasi ayam ni, di samping sedap, kenyang malah dapat jimat wang belanja. Dan tentulah hanya boleh didapati di Kafe Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UTM Skudai sahaja.

Teringin nak makan, tapi mana mau cari i sudah di kampung....!sob sob...

Thanks for reading this entry...!

Malam Apresiasi Perancang 2012

Assalamualaikum

Last post about one month and half ago. See this post "Musical Night" Malam Apresiasi Perancang 2012. Ayoyo, deyy pelupak si bos...! huhu. Meh la i sambung lagi kisah ni.

Bermula suatu kisah,
Setiap tahun pada semester kedua, majlis makan malam ini akan tetap berlaku walau apa jua cara sekalipun. Sorang tak datang, tiga empat orang tak datang tetap diteruskan jugak. Suspen tak,suspen tak?haha, sorry i tak pandai sangat nak story mory melalui tulisan ni kalau mulut potpet i ni, mungkin!

So, let's the picca tell u the story..!













Sekian
Will continue later...........

Thanks for reading this entry...!

Monday, July 30, 2012

Milo Ais Tabur Che Mat Gebu Memang Sedap

Assalamualaikum

Che Mat Gebu nama yang tidak asing lagi dalam dunia masakan yang gemar membuat insan-insan sepertiku tak boleh duduk diam. Teringin nak rasa masakan dia ni. Semua sedap-sedap dengan gaya persembahan yang memukau mata. Bilalah i nak mempunyai DSLR sendiri kan. Mohon jatuh dari langit sekarang..haha
Owh..!Milo Ais Tabur. I'm craving now..!

I ni penggemar Milo Ais, tapi setakat berbuka puasa ni i tak pernah lagi buat. Bilalah nak buat agaknya. Air asyik beli je, hari ni Soya esok Tebu lusa Soya lagi tulat Air Tebu lagi. Itu jer tekak i nak bulan puasa ni.

Nak tengok resepi?
Jom ke Blog Che Mat Gebu di DAPUR TANPA SEMPADAN

Thanks for reading this entry...!

Menu Berbuka Puasa 8 Ramadhan

Assalamualaikum

 Hari ke-8 berbuka puasa diteruskan dengan kehadiran anak angkat family i.We all berbuka puasa bersama. 
Ayam Panggang Golek. Abang dan Kakak Angkat yang belikan.
 Ikan Patin Asam Pedas Tempoyak lagi . Hari ke-3 hari tu baru saja buat. Najwa suka sangat dapat makan lauk ni.
 Sayur Pucuk Midin Masak Lemak Hijau
Ini kuah Sotong Masak Lemak hari ke-7. Kuah banyak isi sotong dah habis, so mama i gantikan dengan ikan kembung dan telur.
 Sayur Taugeh Goreng Ikan Bilis
 Ikan Panggang.
Ikan Goreng dan Ikan Kering
On Nom Nom.1 ekor RM20
 Ulam-ulaman. Petai yang dicelur dalam air panas bagi lembut.
 Tembikai. Stok tembikai hari-hari ada dekat rumah, teringin nak buat Air Tembikai pulak untuk next berbuka..hee
Telur Masin. Salah satu keenakan dunia. 
 The Roti Pizza Sosej dengan Keju Kedekut
 Cekodok or jemput-jemput pisang
 Kuih Nekbat
 Air Sunquick dan Air Tebu (anak angkat mama i beli)
Air Sirap Limau untuk adik i, Mubin
That's all menu hari ke-8. 

Thanks for reading this entry...!