Friday, August 10, 2012

Teringin Tart Buah-Buahan Segar dan Sedap

Assalamualaikum

Dah start buat kuih raya ke korang? Ke kuih tunjuk-tunjuk jer?hehe. Rumah i dah buat 3 jenis. maybe lagi 3 jenis lagi akan buat esok. Buat sikit-sikit jer, yang senang-senang. Yang payah-payah pun kita main tunjuk-tunjuk jugak.
Teringin NAK BUAT tapi fikir mesti TAK SEDAP/ TAK JADI
Teringin NAK MAKAN tapi malas NAK ORDER
Teringin jugak ORDER tapi tapi tapi...Ahh, banyaknya tapi..camni bila dapat makan...!

Thanks for reading this entry....!

Thursday, August 9, 2012

Eczema Itu Apa? Kulit Sensitif Ke?

Assalamualaikum

Hari kedua pengambilan antibiotik, losyen malam dan krim sapu di kulit i ni. Semalam ianya semakin teruk. Sangat pedih. Boleh kata kulit i langsung tak boleh terdedah kepada persekitaran yang membuatkan i berpeluh. Bila saja i berpeluh, mulalah terasa sakit, pedih dan berdenyut. Paling dasyat mata i pun dah macam nak sakit jugak. Tak boleh nak buka. Pedih macam kulit kena siat-siat. Gatal tu toksah cakap lah kan. 

Nasib baik hari ni hari kedua, i lihat bila bangun jer pagi tadi kesan alergik tu macam makin surut.Tak lah merah macam semalam. Kalau ikutkan dah seminggu kena, tak baik-baik lagi. Makan masa doktor cakap. Sebenarnya, kalau diikutkan sejarah family, memang ada keturunan kitorang yang menghidap pelbagai penyakit kulit. Contoh paling dekat ialah my dad sendiri. Tapi penyakit dia tak berjangkit. Walaumacammanapun, kalau dah genetik gitu, kebarangkalian salah seorang akan kena walau tak banyak tapi tetap ada kan. I harap i taklah akan sampai tahap teruk macam tu. Sedikit yang kena ni pun terasa takut nak hadapinya.

Eczema?

Actually i sendiri pun tak tahu sebenarnya. Kalau kata kulit sensitif tu i tau la. Guna saintifik punya word memang out la i nih. Doktor Khusnie bagi bahasa senang dekat i nk faham, katanya Allergik but tend to eczema. Yes, ECZEMA...!

Korang tahu apa?
I nak tunjuk muka i ni, so relaxxxx...
Inilah dia. Tapi ini hari ini punya. Yang before ni lagi teruk. Nanti la i taruk i lupa hari-hari amik gambar tapi tang mana letak lah lepas da transfer. Muka pun dah naik berkerutu sebab i tak berani nak guna sebarang produk muka. Sebelum ni i cakap i pakai SAFI RANIA GOLD kan, tapi kulit sensitif i ni kena stop dulu. Kena guna ubat doktor kasi sampai tempat sakit tu dah baik. :(

Dalam pada tu, i cuba lah google nak tahu lebih banyak lagi info pasal ECZEMA ni. Ia biasa kena pada budak-budak dan juga wanita. Ubat-ubat nak rawatnya pun banyak. Cuma bagi i tunggu la dulu biar sembuh dulu i guna ubat ni. Sebab nanti if i tak ok, i kena follow up check-up lagi. Kena consult dengan doktor lagi....! I tak mahuuuuuuuuuuuuuuuu. Nak sembuh nak sembuh..

I COPY INFO ECZEMA BAWAH NI DARI BLOGGER ASHRAF JALIL. SEBAGAI RUJUKAN UNTUK DIRI I DAN JUGA PADA ANDA-ANDA YANG NAK TAHU.

Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan makanan dimana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut. Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak juga akan menyembabkan kegatalan pada kulit.

Biasanya jika menjalankan rawatan di klinik, pesakit akan dibekalkan dengan pil alahan, krim untuk mengurangkan gatal kulit, serta krim alahan. Cara ini bukanlah cara yang terbaik merawat Eczema untuk jangkamasa panjang, tetapi rawatan secara natural merupakan kaedah yang lebih berkesan.

Seperti yang kita ketahui, imun sistem badan adalah kunci kepada penyakit Eczema dan imun sistem berkait rapat dengan genetik, cara hidup, persekitaran dan juga pemakanan. Oleh itu, cara hidup yang sihat adalah satu kaedah yang paling berkesan. Berikut adalah antara tips untuk mereka yang mempunyai masalah Eczema:

1. Jangan mandi terlalu lama.

2. Sapu krim pelembap terutamanya selepas mandi.

3. Jangan mandi dengan air yang panas.

4. Gunakan sabun yang lembut untuk kulit sensitif. (Seba Med atau Cetaphil)

5.Elakkan tersentuh bahan2 "irritants" seperti sabun, perfume, detergent (clorox) serta bahan kimia lain yang menghakis. Bahan2 seprti besi dan getah juga dapat menyebabkan kegatalan pada kulit.

6.Gunakan pakaian lembut (cotton).

7. Kurangkan aktiviti yang menyebabkan kulit anda berpeluh ataupun berubah suhu secara mendadak.

8. Kawal stress dan pemakanan kerana kedua-dua faktor ini berkait rapat dengan imun sistem badan anda. Tidur awal dan makan makanan yang bernutrien serta banyakkan minuman yang mengandungi vitamin C seperti fresh orange.

Semoga ia tidak merebak ke tempat lain. Risau bila doktor tanya cuba cek dekat lain-lain tempat lagi. Eczema ni ada orang kata cepat baik tapi ada yang kena seumur hidup. Like my abah, dia kena PSORIASIS. Korang tahu?Sekali lagi kalau rajin cuba google sendiri.hihi. Untill now masih ada dan sangat payah nak sembuh. Bergantung pada ubat-ubat yang kena sapu setiap hari. Walau bukan sakit dalaman, tapi ia tetap menyeksakan.

Doakan i cepat sembuh yer kengkawan. Pada sahabatku yang sangat baik hati dan mengambil berat yang call dan mesej dan tanya khabar, thanks sayang i love u so much. Walau bukan hari-hari kita ketawa bergurau, tapi cukuplah dengan kasih sayang yang diberi membuat i cukup kuat untuk kembali. Juga untuk menulis lagi(jadik korang dapat tahu tentang diri ni kan). Haa, ni dah tulis dah tau la kan, panjang lebar lagi. Padahal copypaste jer info tu.hakhak. Dan juga pada yang mendoakan dari jauh juga, terima kasih yang tidak terhingga. Kawan-kawan blogger juga yang bagi kata-kata semangat, thanks a lot. Very appreciate your words...!

Again, thanks so much...!

Wednesday, August 8, 2012

Bukan Jerawat Tapi Eczema

Assalamualaikum

Sungguh. Sungguh i tak punya hati nak menaip sejak berberapa hari ni. Nak menjenguk blog dan blog kawan-kawan apatah lagi. Kelmarin i pergi klinik, betullah i bukan kena jerawat sebab pelik kan darik kecik dia merebak menjadi besar. I disahkan ECZEMA. Tahu apa? Google sendiri lah kalau nak tahu, tak daya nak terangkan
If lagi seminggu kulit i tak baik-baik jugak, i kena pergi jumpa pakar. What a suddenly disease? Lagi ujian yang i harus kuat menempuhnya. Doakan i baik dan tidak perlu jumpa pakar. I need a lot of motivation right now to face this...!!!

Perlu berehat buat sementara waktu, Insya-ALLAH akan menulis lagi. Love u all

Thanks for reading this entry...!

Monday, August 6, 2012

Idamanku Selalu A&W Root Beer Float

Assalamualaikum

Agak lewat bersiaran hari ni. Penat sangat-sangat keluar shopping hari ni. Balik-balik jer rasa macam nak demam. Pening sangat-sangat. Dan sekarang pun still pening. Muka i ni naik jerawat tapi nenek i cakap ruam badan sebab pelik naik berbedang-bedang. Sakit sampai berdenyut-denyut. Tak tahulah hari ni dah masuk 4 hari kena masih tak hilang. Harap-harap cepat sembuh tak tahan sakit dia. 
Suka tak? suka tak. I ni feveret number 1 Air Root Beer dan Ais Krim Vanilla.Nyum nyum. Tapi beberapa hari ni i kena berpantang. Tak boleh makan telur, makan ikan, makan ayam, makan belacan, makan budu bleh kata semua lah yang bisa-bisa. Alahai seksa dapat tengok orang jer makan. Tapi nak cepat sembuh kena la bersabar kan. Harap-harap tak melarat. Tak reti dah nak pakai ubat apa Tradisonal moden semua dah cuba, sekarang cuma tawakkal jer.

Thanks for reading this entry...!

Sunday, August 5, 2012

Juadah Berbuka Puasa 14 Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ke-14, rumah i meriah dengan aneka kuih muih jer. Lauk pauk pulak recycle yang semalam (hari ke-13) punya sebab masak banyak kan. Cuma adalah tambahan satu dua. Kalau tak penuh meja tu silap rumahlah, bukan rumah i tu. hihi
 Otak-otak Terengganu. Lain dari Negeri Johor. Terengganu punya isi ikan yang disalut dengan rempah.
 Satar Ikan. Kali ni beli dekat PARAM Binjai. Taukenye orang-orang yang kitorang kenal so memang tak ada masalah macam hari tu abah beli dekat PARAM Geliga
 Kuih Puteri Mandi pun ada lagi.Just panaskan jer.
 Ketupat pulut abah beli dekat PARAM Binjai jugak. Lagi murah compare dekat PARAM Astaka Bandar Chukai
 Kuih Akok. RM2 untuk 5 biji.
 Ayam Panggang Golek lagi. Patutlah semua dah macam ayam.hehe. Yang ini memang da best. Rasa ayam pun sedap dan sos pencicahnya pun mabeles. Beli dekat Kampung Tempurung, sebelah kampung i jer. Harga untuk 1 ekor ayam ni RM24.
 Gulai Daging beserta tulang gedabak besar.huhu. I kureng sikit gulai-gulai ni, kalau sup laju jer..sruppp srupp..!
 Ayam Masak Merah pun yang hari ke-13. Buat banyak, jadi esoknya tak payah masak dah. Just panaskan dan bleh relax.hihi
 Tambahan menu. Kerabu ikan. Sangat sedap, macam kerabu yang korang makan dengan nasi kerabu tu.
 Tembikai tak pernah lekang di villa kami.hikhik
Air Soya. Selang sehari kot air soya ni. Hari ni pun air soya jugak. Memang sedap

Korang berbuka apa hari ni. Mesti meriah kan. Makan dengan family adalah perkara terindah dalam hidup=)

Thanks for reading this entry...!

Saturday, August 4, 2012

Juadah Berbuka Puasa 13 Ramadhan

Assalamualaikum

Hari ni nak update la makanan berbuka puasa hari ke-13. Bulan Ramadhan ni ramai lah orang mencari kelainan dalam memilih makanan kan. Ada yang berbuka di hotel la, restoran la, kafe la dan macam-macam tempat lagi. Cuma bagi family i kitorang selesa dengan masakan yang dimasak di rumah sahaja. Jarang sangat kitorang berbuka puasa di luar.
The Muffins. Chocolate Blueberry Muffin anda Vanilla Blueberry Muffin. Nyum nyum. Sodapp...!
Mak kawan adik i yang buat.
Kuih Puteri Mandi. Kali ni buat warna hijau plak. Plan nak buat onde-onde tapi manisan/gula melaka tak cukup.
Ayam Masak Merah. Kalau dekat kampus, ini lah lauk yang i hadap hari-hari.
Kacang Panjang Goreng Bersama Ayam, Pedal, dan Hati.
Gulai Daging lagi. 
Acar nanas. 
Tembikai dan Telur Masin
Belacan. Muka i dah naik jerawat dek makan belacan banyak sangat. Arghhh, seksa..!
Juadah Mangkuk tingkat untuk bagi orang makan
Sunquick Tropical Fresh With Ice. Air yang best untuk hilangkan dahaga. Lega..!

Makan dekat rumah pun ok kan setanding la jugak makanan dekat hotel tuh. hehe..iyer-iyer padahal nak sedapkan hati. Jeles jugak tengok blogger post gambar-gambar makanan yang sedap ketika berbuka di hotel, restoran dan sebagainya. Tak ada orang nak ajak i ker? Sure i tak membazir. hehe

Thanks for reading this entry...!

Comey Sungguh Aaron Aziz dan Lisa Surihani Nie...!

Assalamualaikum

Abang Aaron Aziz dan Akak Lisa Surihani. Siapa yang minat mereka berdua bolehlah lihat gambar-gambar ni.
Bukan gambar ini yang i nak tunjuk but gambar di bawah ini.
Huk aloh. Bile mase Abang Aaron Aziz jagi orang Ganung kiter ni. Tapi comey jer reaksi muka, kena dialog dengan memek muka tu. Kredit pada tukang edit. Tak tahu siapa yang edit. Ini i ambik dari facebook. hihi

Thanks for reading this entry...!

Terasa Tak Bila Tengok Gambar Ni?

Assalamualaikum

Nak tergelak i bila tengok gambar ni. Sebelum ni i dah pernah tengok gambar kartun ni dekat facebook tapi lepas kawan i kasi dekat inbox, terasa macam nak share sini jer..
Gambar asal dia letak FACEBOOK kat situ, i ubah letak BLOG..baru seswai dengan i kan. hehe. Nak kata terasa memang tak lah sebab i tak lah ambik gambar sampai cam tu. Selalunya kalau i ambik gambar time tu orang tak ada. Iyelah dah i lah tukang hidang makanan, jadi sambil-sambil nak hidang tu snap la dulu.hehe. Jadi, orang tak tahu pun i ada ambil gambar or tidak.

P/S : Nasib orang kat rumah semua sporting, siap bagitahu i ni makanan belum ambik gambar lagi. Macam tahu je kan habit i.kehkehkeh.

Korang ada ke macam tu? I rasa ramai jer kan.haha

Thanks for reading this entry...!