Thursday, August 9, 2012

Eczema Itu Apa? Kulit Sensitif Ke?

Assalamualaikum

Hari kedua pengambilan antibiotik, losyen malam dan krim sapu di kulit i ni. Semalam ianya semakin teruk. Sangat pedih. Boleh kata kulit i langsung tak boleh terdedah kepada persekitaran yang membuatkan i berpeluh. Bila saja i berpeluh, mulalah terasa sakit, pedih dan berdenyut. Paling dasyat mata i pun dah macam nak sakit jugak. Tak boleh nak buka. Pedih macam kulit kena siat-siat. Gatal tu toksah cakap lah kan. 

Nasib baik hari ni hari kedua, i lihat bila bangun jer pagi tadi kesan alergik tu macam makin surut.Tak lah merah macam semalam. Kalau ikutkan dah seminggu kena, tak baik-baik lagi. Makan masa doktor cakap. Sebenarnya, kalau diikutkan sejarah family, memang ada keturunan kitorang yang menghidap pelbagai penyakit kulit. Contoh paling dekat ialah my dad sendiri. Tapi penyakit dia tak berjangkit. Walaumacammanapun, kalau dah genetik gitu, kebarangkalian salah seorang akan kena walau tak banyak tapi tetap ada kan. I harap i taklah akan sampai tahap teruk macam tu. Sedikit yang kena ni pun terasa takut nak hadapinya.

Eczema?

Actually i sendiri pun tak tahu sebenarnya. Kalau kata kulit sensitif tu i tau la. Guna saintifik punya word memang out la i nih. Doktor Khusnie bagi bahasa senang dekat i nk faham, katanya Allergik but tend to eczema. Yes, ECZEMA...!

Korang tahu apa?
I nak tunjuk muka i ni, so relaxxxx...
Inilah dia. Tapi ini hari ini punya. Yang before ni lagi teruk. Nanti la i taruk i lupa hari-hari amik gambar tapi tang mana letak lah lepas da transfer. Muka pun dah naik berkerutu sebab i tak berani nak guna sebarang produk muka. Sebelum ni i cakap i pakai SAFI RANIA GOLD kan, tapi kulit sensitif i ni kena stop dulu. Kena guna ubat doktor kasi sampai tempat sakit tu dah baik. :(

Dalam pada tu, i cuba lah google nak tahu lebih banyak lagi info pasal ECZEMA ni. Ia biasa kena pada budak-budak dan juga wanita. Ubat-ubat nak rawatnya pun banyak. Cuma bagi i tunggu la dulu biar sembuh dulu i guna ubat ni. Sebab nanti if i tak ok, i kena follow up check-up lagi. Kena consult dengan doktor lagi....! I tak mahuuuuuuuuuuuuuuuu. Nak sembuh nak sembuh..

I COPY INFO ECZEMA BAWAH NI DARI BLOGGER ASHRAF JALIL. SEBAGAI RUJUKAN UNTUK DIRI I DAN JUGA PADA ANDA-ANDA YANG NAK TAHU.

Eczema adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan oleh sistem imun badan yang tidak normal (lemah) dan faktor genetik. Masalah ini kebiasaannya dihadapi oleh wanita dan kanak-kanak. Eczema boleh menyebabkan kegatalan pada kulit dan kulit mengelupas. Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk berikutan pengambilan makanan dimana pesakit mempunyai alahan (allergic) terhadap makanan tersebut. Selain itu, menyentuh bahan-bahan alahan dan perubahan suhu secara mendadak juga akan menyembabkan kegatalan pada kulit.

Biasanya jika menjalankan rawatan di klinik, pesakit akan dibekalkan dengan pil alahan, krim untuk mengurangkan gatal kulit, serta krim alahan. Cara ini bukanlah cara yang terbaik merawat Eczema untuk jangkamasa panjang, tetapi rawatan secara natural merupakan kaedah yang lebih berkesan.

Seperti yang kita ketahui, imun sistem badan adalah kunci kepada penyakit Eczema dan imun sistem berkait rapat dengan genetik, cara hidup, persekitaran dan juga pemakanan. Oleh itu, cara hidup yang sihat adalah satu kaedah yang paling berkesan. Berikut adalah antara tips untuk mereka yang mempunyai masalah Eczema:

1. Jangan mandi terlalu lama.

2. Sapu krim pelembap terutamanya selepas mandi.

3. Jangan mandi dengan air yang panas.

4. Gunakan sabun yang lembut untuk kulit sensitif. (Seba Med atau Cetaphil)

5.Elakkan tersentuh bahan2 "irritants" seperti sabun, perfume, detergent (clorox) serta bahan kimia lain yang menghakis. Bahan2 seprti besi dan getah juga dapat menyebabkan kegatalan pada kulit.

6.Gunakan pakaian lembut (cotton).

7. Kurangkan aktiviti yang menyebabkan kulit anda berpeluh ataupun berubah suhu secara mendadak.

8. Kawal stress dan pemakanan kerana kedua-dua faktor ini berkait rapat dengan imun sistem badan anda. Tidur awal dan makan makanan yang bernutrien serta banyakkan minuman yang mengandungi vitamin C seperti fresh orange.

Semoga ia tidak merebak ke tempat lain. Risau bila doktor tanya cuba cek dekat lain-lain tempat lagi. Eczema ni ada orang kata cepat baik tapi ada yang kena seumur hidup. Like my abah, dia kena PSORIASIS. Korang tahu?Sekali lagi kalau rajin cuba google sendiri.hihi. Untill now masih ada dan sangat payah nak sembuh. Bergantung pada ubat-ubat yang kena sapu setiap hari. Walau bukan sakit dalaman, tapi ia tetap menyeksakan.

Doakan i cepat sembuh yer kengkawan. Pada sahabatku yang sangat baik hati dan mengambil berat yang call dan mesej dan tanya khabar, thanks sayang i love u so much. Walau bukan hari-hari kita ketawa bergurau, tapi cukuplah dengan kasih sayang yang diberi membuat i cukup kuat untuk kembali. Juga untuk menulis lagi(jadik korang dapat tahu tentang diri ni kan). Haa, ni dah tulis dah tau la kan, panjang lebar lagi. Padahal copypaste jer info tu.hakhak. Dan juga pada yang mendoakan dari jauh juga, terima kasih yang tidak terhingga. Kawan-kawan blogger juga yang bagi kata-kata semangat, thanks a lot. Very appreciate your words...!

Again, thanks so much...!

8 comments:

  1. kerap sapu ubat ye errah..
    jgn usik2.nanti takut melarat..
    dan kalau nak sentuh kulit
    plzzzzzz..basuh tgn bersih2 dulu yeee...

    rindu errah..!

    ReplyDelete
  2. semoga cepat sembuh..mmg susah kalau kena ecema ni tambah2 time nak raya...harap bersabar yer...:)

    ReplyDelete
  3. bakal isteri saya pon ada kena psoriasis dan eczema.dah lama dah..sejak dia demam panas.dan doktor tersalah bagi ubat.sejak dari tu dia kena tu pon masa dia sekolah menengah tak silap ada la dalam beberapa tahun lepas.lama jugak.sampai sekarang tak elok lagi..harap la ada penawar.terima kasih juga atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  4. uish! siannye.. hope cpt baik ye..

    ReplyDelete
  5. moga cepat hilang ye eczema tu errah..

    makan ubat~~

    ReplyDelete
  6. hai...menjejak disini sebab cari info tentang eczema...

    mungkin boleh cuba produk shaklee untuk rawatan semulajadi eczema...i mean dengan penghasilan sel-sel yang baru dalam badan...boleh terjah blog saya ye...terima kasih...:)

    ReplyDelete
  7. Mcm mn skrg?dh ok ke eczemanya?yati pun tgh cari pasal eczema ni...pernah tak tiba2 kita xleh mkn kekacang..sdgkan sblmni kt boleh mkn..elok je xde apa2 pun...
    Menurut apa yg yati baca di dalam artikel Dr.Zubaidi..alahan berlaku apabila kt terdedah kpd agen penyebab alahan beberapa kali.Jika kt ada genetik alahan, apabila kt memakan kekacang pd pertama kali, ia tdk mendtgkan apa2 kesan kpd kita.tetapi proses pembentukan alahan sdg berlaku...kesannya akan mengambil masa yg lama sehingga 6minggu..so apabila sudah berlaku pembentukan alahan apabila kt mengambil kekacang alahan akn berlaku tiba-tiba..
    itulah sedikit sebanyak apa yg yati fhm knp tiba2 kt berlaku alahan...:-)

    Untuk melihat bagaimana eczema dpt dikurangkan...jom melawat blog yati

    http://yatiyue.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. salam...anak sy baru disahkan ada eczema,berumur 8thn.tq 4 info2 yg terdpt kat cni.mohon kongsi.tq

    ReplyDelete

Thanks for Comment