Friday, August 17, 2012

23 Ramadhan: Tomyam Ayam, Kerabu Perut, Kerabu Mangga dan Sambal Paru

Assalamualaikum

23 Ramadhan ni sepupu-sepupu, nenek dan atuk i datang berbuka puasa di rumah i ni. Actually lauk yang buat ni Tomyam Ayam je pun, yang lain semua made in 'kedai'. Bukan malas nak masak, tapi dari pagi sampai petang semua ada urusan penting. 
 Sebab tak masak, bestlah main tunjuk-tunjuk jer kan. Cakap jer nak makan apa, semua ada. Atas ni Kerabu Mangga Muda, Ya Allah, i yang sekarang tengah menaip ni pun kecur air liur tengok gambar ni.:p. Sangat sedap, berdesup habis licin.!
 Jeruk Mamang. Ok, i tak pernah makan ni tapi dorang kata sedap.
 Sambal Paru. Lauk pelik-pelik i memang tak jamah. Ini sepupu yang beli. Orang suka makan paru bestla kan
 Kuah Rojak Asam. Ada Buah Nanas, Sengkuang, Timun Batang, Buah Sto dan apa lagi ek?
 Sayur Kulit Buah Sto Masak Lemak Putih. Ada kacang panjang, kulit sto, lada dan petai.
 Ikan Panggang Kunyit Manis lagi. Penangan berpantang i, terus semua berahi makan camni.
 Kerabu Perut o nom nom. Sekali lagi, i tak makan perut, tapi tengok pada habis licin ni sure la sodap ok.!
 Sambal Belacan dan Petai Jeruk. I pelik sikit petai jeruk i tak makan, i makan yang fresh tanpa dijeruk jer.
 Ikan Panggang dan Ayam Goreng, Nenek i terlebih rajin balik dari berurusan petang tu, sempat lagi dia goreng kejap.
 Lada jarum dan ulam-ulaman. We alls ni memang semua makan pedas, so lada tu kami penyet-penyet je makan dengan nasi. Korang pernah buat tak?
 Tomyam Ayam. Yang ini saja lauk yang sempat masak. O nom nom, my mom air tangan.
Paling kelakar, lauk banyak tapi pembuka selera kuih ni jer. Haha, ok la kan.Ini pun tak larat nak habiskan. Kuih Puding Agar-Agar Warna Warni dan Agar-Agar Lapis serta Milo
 Air Teh Bunga Kekwa dan Air Soya. Tak yah susah-susah fikir nak buat air apa, sebab yang ini je menjadi pilihan air untuk berbuka hampir setiap hari.
 Siap sedia.Kali ni makan bersila la, tak muat meja makan
 Ohh, ada ikan keli la.I lupa snap ker.Baru perasan..kekeke
 Budak-budak yang sabar menunggu. Lagi 2 orang belah kanan tu tak puasa. Dah makan before azan. Bertuah punya budak.!
Dah azan. Baca doa la kan. Jom kita serangggggggggggggg....!

22 Ramadhan: Mee Kari Ayam dan Kerang, Pindang Ikan, dan Rojak Petis

Assalamualaikum

Pagi-pagi lagi dah update gambo makanan kan.Sila maafkan i ek, sebab tak ada masa nak update sangat sekarang. Banyak kerja lagi ni. Nanti kejap lagi nak bungkus TAPAI PULUT. Tak sabar nak makan raya ni.Sedapnya.!
 Kuih Koleh Kacang dan Kuih Hijau Naung.Nama dia Pulut Tok Haji Serban kan? Ke apa, sumpah tak tahu nama, ni pun google tengok betul ke tak.Haha, tau makan saja.! Mek Saja sungguh...!
 Nekbat, sebab apa payah nak jumpa dekat negeri lain sebabnya ianya berasal dari Pantai Timur. Popular dekat Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kalau negeri lain, yang penjual tu mesti orang-orang belah Pantai Timur kan.
 Ketupat Pulut dan Satar Ikan.
 Air Susu Soya Yeos. 
 Lauk Pindang Ikan. Tapi i panggil Singgang Ikan Selar Kuning. Kecik-kecik cinonet jer ikan ni
 Rojak Petis. Kawan mama i kasi masa pergi Bazar Ramadhan
 Sekali je i nak interframe lagi ok.!
 Ikan Selar Kuning Panggang Kunyit Manis
Mee Kari Ayam, Kerang, Bebola Ayam, Kek Ikan dan Telur. Hamboih semua nak taip kan. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Hari ni ramai kan warga kota pulang ke kampung. Like my sayang too. Hati-hati ok semua yang nak pulang ke kampung tu. Ingatlah orang yang tersayang.

Thursday, August 16, 2012

Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2012

Assalamualaikum
Tarikh untuk Melihat Anak Bulan Syawal 2012 ialah pada 18 Ogos 2012 . Lusa dah, kejap je kan dah nak beraya Aidilfitri pulak kita.

Esoknya, 19 Ogos 2012 Hari Raya Aidilfitri. Eh, pandai-pandai je i kan. Tapi kalau mengikut hisab memang tarikh 1 Syawal 2012 jatuh pada 19 Ogos. Dan lagi special itu adalah tarikh hari lahir adik bongsu i. Double lah duit raya tahun ni kan Najwa..Mintak abah ok, kaklong takdak duit.Haha.!
Birthday Najwa tahun lepas masa bulan puasa=)

Lambat sikit bersiaran hari ni, rumah i internet buat hal. Nasib ada broadband yang dah sebulan lebih dilupakan ni. Bolehlah i online kejap kan.

21 Ramadhan 2012 : Nasi Ayam Mama

Assalamualaikum

Hidangan juadah berbuka puasa kali ni cukup ringkas iaitu Nasi Ayam by Mama. Off course la mama i yang buat, kalau i pandai tengok jer. Hehe, tak reti kalau nak masak banyak-banyak. Kalau sikit-sikit tu bolehlah.:p

Dah nama Nasi Ayam, so tak ada lah lauk pauk lain kan. Jom layan Nasi Ayam. Jangan terliur ok, dah 27 hari menahan nafsu lapar dan dahaga , so mesti dah kalis kan.hihi
Bahan utama Nasi Ayam mestilah ada Ayam. Kalau tak, mana Nasi Ayam nak dapat nama.
 Sayur-sayuran perhiasan. Salad, Timun Batang dan Tomato. Tak ada ni mana best kan terutamanya tomato tu. Makan   saja-saja pun sedap.!Bagus untuk kesihatan.
 Kuah sup yang direneh dengan ayam
 Nasi yang dimasak menggunakan air rebusan ayam/ sup yang direneh.
 Sos atau air lada jangan dilupa yer. Buat pedas-pedas memang kaww habis.!
 Juadah berbuka puasa untuk 5 orang
 Ada dapat buah Nangka Manis ni dari pak saudara. Sedap ya ampun, i langgar pantang sebab tak tahan sangat nak makan. Nasib tak ada pape.
 Nekbat oh Nekbat. Tempat lain payah nak jumpa kan?
Air kesukaan ramai. Sunquick Tropica Ice.

Dah 27 Ramadhan hari ini kan. Tinggal lagi 2 hari saja nak menyambut Aidilfitri. So, apa persiapan korang? Dan completed 100% ker? Kalau belum, cepat-cepatlah yer. Ingat, jangan membazir, beli apa yang kita PERLU, buka apa yang kita MAHU.

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday : Bunga dan Barangan Hiasan Romantika Home Decor

Assalamualaikum















Nak CERIAKAN RUMAH RAYA Ni?
Minat GAYA ENGLISH?
Pergilah ROMANTIKA HOME DECOR/ Pusat Barangan Hiasan Gaya Inggeris. 

Sure rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Harganya off course la paling berpatutan. I suka membeli di sini sebab mampu. Kalau SET VANTAGE tu tak mampu jadi tak berapa nak suka lah. Takut tengok poket duit tak cukup. Hehe.!

Puasa Hari ke-20 : Sayur Pedas Petola Masak Air, Ayam Goreng Crispy dan Sosej Berkeju

Assalamualaikum

Mesti dah bosan kan dengan lauk pauk kampung i ni. Tapi sabarlah sekejap, ada beberapa hari je lagi. Lepas ni kurang la lauk pauk ni menempel di blog ni.(^-^)
Sayur Petola Masak Air/Pedas. 
Ikan Panggang Kunyit Manis
Tembikai woot woot.
Kecil-kecil cili padi dan Buah Pauh Muda untuk makan dengan budu
Rojak Ayam 2 bungkus. Satu untur sahur dan 1 lagi untuk makan malam-malam. Harga RM5 sebungkus tapi berbaloi sebab ayam banyak sangat
Air Laici Penyegar Tekak

Hari ni nak buat Spaghetti Meatball. Tak sabar nak buat, lama tak makan. Korang masak apa hari ni?

Biskut Cinta Buah-Buahan Campuran / Love Fruits Cookies

Assalamualaikum

Kuih atau biskut raya ni semua buat yang senang-senang jer. Ingat nak buatlah Almond London, tapi mama i cakap beli jelah. Sebab dah malas nak main tepung tepung gandum segala ni. Tapi i cakap lagi dekat mama, tak payah beli lah sebab sebelah rumah dah buat Almond London, jadi kita pi beraya nanti makan jelah kuih dorang. Haha, jimat di situ.!

 Buah-buahan la sangat kan. Sebab kurma yang ada banyak lagi jadi taruklah dalam adunan biskut ni. Guna ceri merah dan ceri hijau dan kurma yang dipotong kecil dadu-dadu.
 Sebab letak pewarna merah, jadi i putuskan nak terap/tekap biskut ini dengan acuan menerap biskut bentuk  LOVE IS CINTA
 Gatal tangan sapu kuning telur atas permukaan biskut buah ni. Konon nak nampak effect berkilat. Tapi, tak jadi sebab alat nak sapu tu tak beli so guna belakang sudu jer.
 Jadilah tompok-tompok macam ni selepas dibakar dalam OVEN PENSONIC dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 minit
 I suka dengan rasa manis dan masam biskut buah ni. Ini antara biskut yang i paling suka kalau nak banding dengan Biskut DAHLIA ni. Kuih raya paling i minat mestilah Almond London, Cornflakes Bermadu dan Tart Nenas(tak kira lah gulung ke or guna acuan terap, janji inti nanas tu ada).
Bawah ni Biskut Coklat Urai. Tak berniat pun nak buat sebab ingat coklat urai ni nanti nak buat kek coklat tapi memandangkan PLANTA ada lagi sikit, jadi habiskan terus dengan adunan Biskut Coklat Urai ni.

Teringin nak buat CHOCOLATE CHIP COOKIES..........!!!Lepas raya lah buat, sekarang macam malas dah.=)