Thursday, August 23, 2012

Gubahan Hantaran : Kery by Shukhairi & Express Team

Assalamualaikum

Memandangkan i dapat job untuk membuat gubahan hantaran pertunangan, jadi di sini i nak kongsikan la kerja-kerja yang i pernah buat. Haha, kecoh.! Padahal menolong cucuk-cucuk bunga jer. Ok, actually buat gubahan hantaran ni masa majlis perkahwinan kakak kepada coursemate i, Dinot di Alor Gajah, Melaka.

The mastermind/ Ketua Projek Gubahan Perkahwinan Ekspress ni kawan satu kelas i jugak iaitu Shukhairi or Kery by Shukhairi. Dan Kami Express Team yang membantu untuk deco bunga di dulang hantaran.
Antara bunga segar yang digunakan untuk hantaran ni. Ada Ros, Kekwa dan bunga biru tu sorry i lupa nama dia dan yang putih kecik-kecik tu pun i tak tahu nama dia.hehe.!
Sirih Junjung.
Buah-buahan
Wallet and belt
Set penjagaan diri Hugo Boss
Kek Hantaran
Pulut Kuning dan Rendang
Cadbury Chocolate
Tuala
Al-Quran
Batik Noor ARFA
Kasut
The 'EXPRESS TEAM'. I saja-saja jer bagi nama tu sebab apa tau kitorang siapkan segala gubahan ni dalam masa 1 jam sahaja. Ya Allah, macam lipas kudung rasa semua buat kerja. Sampai Melaka dari JB dah pukul 6.30, sampai-sampai rehat kejap. Kalau macam tempat i, time malam nikah tu kitorang tak bawa lagi hantaran, tapi dekat Melaka dorang terus bawa ke rumah pengantin time nak nikah tu.
Kitorang punyalah kelam kabut sebab ingatkan malam tu lah kitorang akan buatkan gubahan hantaran ni. Lepas tahu je memang time nikah tu nak kena ada, apa lagi tak duduk diam kitorang ketar-ketar duk kerjakan bunga-bunga ni semua. Macam tak percaya boleh siapkan dalam masa 1 jam, siap makcik-makcik dekat sana ingatkan kitorang budak-budak yang belajar juruhias ni. Haha, sebab time tu memang tak peduli orang dah. Lepas dah settle semua tu leganya rasa. Sampai tak mandi kitorang. Just duk belakang tabir je time akak kawan tu nikah. Yelah tak mandi badan peluh semua kan.Jadi, tengok dari jauh jelah.
K.A.M.I.
 Actually ada lagi geng yang join buat hantaran ni tapi dorang dah balik selepas majlis nikah.Yang baju biru tula ketua bab-bab menghias ni.=)
Sebelum pulang ke JB, sempat singgah A FAMOSA RESORT ni. Ambik kau, ayu lagi tu berbaju kurung.

Tapai Pulut Pencuci Mulut Wajib Syawal

Assalamualaikum
Kitorang panggil taper jer tapi nama standart tapai pulut la. Bagi yang kenal tapai pulut ni sure dengar nama je pon dah meleleh air liur kan. Serupa dengan i jugak, setahun 2 kali je dapat ketemu, time Raya Aidilfitri dan Raya Aidiladha. Hari-hari biasa memang payah orang nak buat. Korang suka makan tapai pulut ni tak?

Wednesday, August 22, 2012

Wedding Noor dan Mirul || 20.8.2012 di Kampung Bukit Mentok

Assalamualaikum

Gambar-gambar sekitar Majlis Perkahwinan Noor dan Mirul pada hari raya kedua yang lalu. Noor ni sepupu kepada abah i merangkap mak sepupu i lah kan. 

Jom la layan gambar-gambar ni yek. Caption buh sendiri ek. Tak larat den nak cerita satu-satu banyak sangat gambarnya. 

Layanzzzz






































Selamat Pengantin Baru Noor dan Mirul. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Jemputlah datang ke rumah yer bawa husband. Hehe.!

I tak letak watermark sebab kalau nak ambik sila la save images yer.=)

Tak Ada Baju Raya pun Masih Boleh Beraya :p

Assalamualaikum

Sudah 4 Syawal hari ni. Sekejap je kan masa berlalu. Jeles i tengok gambar-gambar raya sakan korang. I ni pulak dah la tak ada baju raya, lepastu gambar-gambar pun tak ada sangat especially gambar family la kan. Susah betul nak ambil sebab bila nak ambil tak cukup sorang. Yang ni pergi beraya la yang tu pergi beraya la padahal bukan ramai pun family i. Still susah nak snap. Hari Raya pertama lagilah tak sempat sebab setiap masa berduyun orang datang. Sibuk melayan tetamu jer.
 1 Syawal- Baju Kurung Moden Hitam ni i memang selalu pakai. Tapi sebab dia plain jer, so orang takkan perasan. Haha. padahal ada jer yang perasan. Okeh, i memang tak ada baju baru Aidilfitri 2012 ni. Tudung pulak sama la semua yang dah lama, cuma i jarang pakai. So, guna sajalah. Tapi still sweet kan(pengsan orang yang baca ni kan)..Hakhak, ok berat badan dah mula naik mendadak ni even i sememangnya tak pernah selim melim.:p
 2 Syawal- Baju ni hadiah time praktikal di Majlis Perbandaran Kemaman 2 tahun lepas. Tapi i tak pernah pakai sekalipun lagi. Sebenarnya i tak suka sangat pakai baju kurung, nampak macam serebeh je kalau i pakai. Tahun ni try jugaklah pakai, bila tengok balik gambar-gambar time hari raya kedua ni terasa tak sesuai sangat-sangat dengan warna ni. Oren cela tu, ish2 tak nak dah pakai lepas ni.
 3 Syawal-Jubah XXL yang i beli semasa Pesta Konvo UTM Skudai yang lepas. Pernah pakai jugak dah sebelum-sebelum ni. Apa ada hal, tak pakai baju baru pun boleh jer beraya kan.hihi. Lepas ni kena prepare awal-awal la beli baju. Payah sangat nak cari dekat Kemaman ni size i. 
4 Syawal- Hari ini lah 22 Ogos 2012. Bergambar di rumah mak saudara. Baju ni pun baju raya tahun 2010 kalau tak silap. Lamanya dan memang dah selalu pakai. Tudung tu tak payah cakaplah, antara tudung feveret i sebab awningnya panjang buat muka i tak nampak boooollllllllllllllllaaaaaaaaaaaaatttttttttttttt sangat.!

Besederhanalah i di hari raya ni. I sorang je tak ada baju raya, sebab susah sangat nak cari baju yang i berkenan dekat bandar Chukai yang kecik ni. Dahlah mahal, silap i tak beli awal-awal dekat Johor sana. Bila dah last-last ni baju yang ada semua dah tinggal pattern buruk-buruk jer, jadi baik tak payah beli. Rugi, nanti tak pakai.

Apa cerita raya korang? Meriah i tengok baju raya korang yang bewarna-warni tu..Very jealous.!

Tuesday, August 21, 2012

1 Job Lagi Menggubah Hantaran

Assalamualaikum

Teaser~
Actually barang-barang semua dah ada. Tak beli pun bahan-bahan ni semua just recycle semula yang akak kepada bakal tunang cousin i. Guna kotak so agak terhad sikit la kreativiti nak menggubah ni. Just gubah bunga dekat kotak jelah kot. Kat dalam tu tengah-tengah mencari idea ni nak gubah macamana. Simple-simple je la kot sebab pakai kotak tak nampak sangat kan. Haha.!


Esok la start peduli dekat barang hantaran ni. Penat sangat (ni pun entry yang dah schedule awal-awal)