Wednesday, August 22, 2012

Tak Ada Baju Raya pun Masih Boleh Beraya :p

Assalamualaikum

Sudah 4 Syawal hari ni. Sekejap je kan masa berlalu. Jeles i tengok gambar-gambar raya sakan korang. I ni pulak dah la tak ada baju raya, lepastu gambar-gambar pun tak ada sangat especially gambar family la kan. Susah betul nak ambil sebab bila nak ambil tak cukup sorang. Yang ni pergi beraya la yang tu pergi beraya la padahal bukan ramai pun family i. Still susah nak snap. Hari Raya pertama lagilah tak sempat sebab setiap masa berduyun orang datang. Sibuk melayan tetamu jer.
 1 Syawal- Baju Kurung Moden Hitam ni i memang selalu pakai. Tapi sebab dia plain jer, so orang takkan perasan. Haha. padahal ada jer yang perasan. Okeh, i memang tak ada baju baru Aidilfitri 2012 ni. Tudung pulak sama la semua yang dah lama, cuma i jarang pakai. So, guna sajalah. Tapi still sweet kan(pengsan orang yang baca ni kan)..Hakhak, ok berat badan dah mula naik mendadak ni even i sememangnya tak pernah selim melim.:p
 2 Syawal- Baju ni hadiah time praktikal di Majlis Perbandaran Kemaman 2 tahun lepas. Tapi i tak pernah pakai sekalipun lagi. Sebenarnya i tak suka sangat pakai baju kurung, nampak macam serebeh je kalau i pakai. Tahun ni try jugaklah pakai, bila tengok balik gambar-gambar time hari raya kedua ni terasa tak sesuai sangat-sangat dengan warna ni. Oren cela tu, ish2 tak nak dah pakai lepas ni.
 3 Syawal-Jubah XXL yang i beli semasa Pesta Konvo UTM Skudai yang lepas. Pernah pakai jugak dah sebelum-sebelum ni. Apa ada hal, tak pakai baju baru pun boleh jer beraya kan.hihi. Lepas ni kena prepare awal-awal la beli baju. Payah sangat nak cari dekat Kemaman ni size i. 
4 Syawal- Hari ini lah 22 Ogos 2012. Bergambar di rumah mak saudara. Baju ni pun baju raya tahun 2010 kalau tak silap. Lamanya dan memang dah selalu pakai. Tudung tu tak payah cakaplah, antara tudung feveret i sebab awningnya panjang buat muka i tak nampak boooollllllllllllllllaaaaaaaaaaaaatttttttttttttt sangat.!

Besederhanalah i di hari raya ni. I sorang je tak ada baju raya, sebab susah sangat nak cari baju yang i berkenan dekat bandar Chukai yang kecik ni. Dahlah mahal, silap i tak beli awal-awal dekat Johor sana. Bila dah last-last ni baju yang ada semua dah tinggal pattern buruk-buruk jer, jadi baik tak payah beli. Rugi, nanti tak pakai.

Apa cerita raya korang? Meriah i tengok baju raya korang yang bewarna-warni tu..Very jealous.!

2 comments:

  1. comellah errah pakai jubah.. errah tggi..sesuai dgn errah.. nur xsesuai, sbb nur pendekk..huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..tak tinggi pun ...pendek je errah ni..ala nur pkai msti cntik..rsanya tinggi rendah tak jadi 1 masalah

      Delete

Thanks for Comment