Friday, September 7, 2012

TAM Nak Pergi Sambung Belajar Dah.

Assalamualaikum
TAM nak pergi masuk universiti dah. Doakan TAM dan family kesayangan TAM selamat pergi dan selamat pulang ya. Bye-bye. TAM nak gerak dah. =)

Ronda-Ronda Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalamualaikum

Sekarang nak pergi JB balik i baru ngader-ngader nak cerita pasal holiday kitorang 2 bulan lepas. Hakhak. Okeh, sebab picture punyalah banyak i pun banyak malas mau cerita. Boleh camtu??? Ini pun just letak dululah sekeping dua, nanti mood rajin i cerita panjang lagi. Panjang ni cuti-cuti sampai 4 5 hari, i kena buat part by part tapi tahu lah i ni buat camtu punya tahun depan baru siap so nanti i akan cerita sekaligus senang.

Kira entry teaser dulu lah yer ni. Kalau pergi Melaka berpuluh kali pergi pun kawasan bangunan bersejarah memang akan singgah.
 Yeah, bawak beca untung jugak kalau di Melaka kan.
 In front of A Famosa building. Pergi berlima tapi ada 4 jer. Tahu saja lah adik lelaki i mana suka bergambar ni. 
Budak gedik ni pantang ada kamera depan mata. 

Cukuplah 3 keping dulu kan. I nak bertolak dah kejap lagi. Doakan perjalanan kami semua selamat. Apa-apa komen semua Insyaallah dah sampai JB i balas sekaligus BW. Bye-bye

Assalamualaikum

Lunch "Ayam Goreng Spicy Mc Donald" With Diana

Assalamualaikum

Bila selongkar folder gambar lama-lama, baru terperasan i tak update lagi pasal ni. Actually ingat-ingat lupa dah bila cuma i ingat time makan ni hari Jumaat. Temankan Diana buat apa ek? Betul-betul lupalah.
 I yang sememangnya suka makan-makan
 Oppss Diana muka ko makan tak ada. Lagipun ni dari cam ko, lupa ambil yang ko punya.
 Pantai Timur bertemu Bumi Kenyalang
 Bubur Ayam. I tak kan miss bubur ayam setiap kali ke McD
Bergambar kenangan. =)

Thursday, September 6, 2012

Bloglist HASRULHASSAN.COM | 200 Blog Terawal Sahaja!

Assalamualaikum

Tadi pagi lagi i dah baca entry INI, tapi sekarang baru ada masa nak buat. Ada kerja sikit tadi so entry-entry tadi yang i dah draft siap-siap dan auto publish. Tak tahu sempat ke tidak 200 blog terawal ni. Cubalah dulu yer. Dapat tak dapat tu kemudian kira.l
Blog HASRULHASSAN ini memang antara blog yang i selalu terjah dan sememangnya blog ni dah lama berada di blog list i. Blog Hasrul Hassan ni memang banyak memberi informasi tentang panduan menulis blog. Pelbagai ilmu dalam dunia blogging yang dikongsi oleh beliau. Jom korang ke SINI

Ayam Bakar Percik, Puding Roti Kastard Kurma, dan Kuih Cara Manis

Assalamualaikum

Salam 19 Syawal. I ingat nak update berderet jer juadah-juadah ni semua tapi i bosan betul bila nak tengok balik gambar-gambar ni. Kalau i bosan korang lagilah bosan kan. Tapi i tahu ada jer yang baca kan. I segan sangat kalau ada orang cakap dia baca blog i terutama kawan-kawan bukan dari kawan blogger. Kawan yang tak ada blog la. Malu kejap duaplohsaat. Hehe, segan tau.
 Ayam Bakar Percik. Hidangan juadah 26 Ramadhan.
 Ikan Panggang Kunyit Manis
 Kuih Onde-onde (Buah Melaka), Kuih Pulut Seri Muka dan Kuih Cara Manis
 Sup Tulang
 Puding Roti Kastard Kurma
Air Sunquick Oren

Yeay. Update jugak 26 Ramadhan ni. Lambatnya i kan. Oklah tu dari i simpan gambar ni buat pekasam ada jugak keluar di blog ni. Simpan sebagai kenangan. Ye tak.?

Begini Ya Kucing Harimau Hutan, Tapi Sayang Sudah Mati

Assalamualaikum

Kucing Hutan yang bulu kulitnya seakan-akan kulit harimau bintang ini dah mati 2 hari yang lepas. Maybe persekitaran tidak sesuai. Tak sempat i nak up gambar-gambar ganas kucing harimau ni, dia dah pergi meninggalkan kami semua. Tapi sehari sebelum dia mati, i sempatlah snap gambar dia beberapa keping. Macam ada petanda pulak kan sebab selama dibela itu kali pertama i snap gambar kucing harimau ni.
 Moyok jer makan pun tak nak. Agaknya persekitaran yang tak bebas menjadi puncanya. 
 Masa i nak snap picture, cuba tengok aksi ganas muka dia. Kucing ni garang. Janganlah sesekali hulurkan tangan takut nanti kena gigit. Makanan dia pun just daging ayam mentah macam harimau betul kan.
 Marah betul dia. Ini sehari sebelum dia mati
Tak ada teman untuk bermain. Mati kebosanan pun mungkin. Hehe.!
Adik Arissa yang sempat duduk dalam sangkar kucing ni sebelum kucing ni sampai. Jangka hayat belaan 
hanya 10 hari bermula 26 Ogos sehingga  4 September 2012.

Sedih jugak. Biasa budak-budak tiap-tiap petang datang tengok dekat rumah pak saudara. Tak apalah masih ada burung-burung dan arnab yang comel. Nanti kalau ada masa i tunjuk ok. Tak boleh janji takut i termiss.

Kangkung : Berbudi Pada Tanah Nampak Hasilnya

Assalamualaikum


Kehidupan sebagai anak kampung memang banyak mengajar kitorang untuk lebih menghargai alam sekeliling. Menanam sayur, menanam pokok buah-buahan, menanam pokok hiasan sememangnya sudah menjadi kebiasaan sejak zaman nenek moyang lagi.  
Sayur Kangkung yang ditanam di atas batas kebun tepi rumah.
 Masa tabur biji benih masa tu dekat nak puasa, bila dah mula berpuasa semua malas nak turun ke kebun. Just sesekali. Siram pun tak sebabnya selalu hujan. 
 Jadinya, daun kangkung ni tak gemuk seperti kebiasaan kitorang belai cukup-cukup bagi baja dan buang pokok-pokok kecil yang tumbuh di sekitar
Nampak tu kitorang da petik sikit untuk masak time dinner. Ada 2 row yang panjang. Lagi satu kami tanam lobak putih. Tapi lobak ni tahulah sensitif sikit kalau tak jaga betul-betul. Daun lobak tu mulalah berlubang-lubang tak cukup khasiat.

Rumah i pagar kebun ni belum siap lagi kalau tidak habislah mama dan i akan tanam pelbagai jenis pokok. OHH, buah rambutan gula batu mula berbunga. Tak sabar nak makan.

Perjumpaan Geng Bas Sekolah : Cha, Kila dan G-rah

Assalamualaikum

Semalam i ada lunch date dengan my bff. Lama sebenarnya we all tak makan bersama. Maksud i makan di luar. Dekat bandar Chukai ni i tak tahu sangat nak makan dekat mana, so paling senang KFC la. Kitorang janji makan dekat situ masa lunch Cha. I pergi agak lambat sebab ingatkan adik i Najwa balik sekolah awal tapi dia ada rehearsal persembahan untuk menyanyi dekat dewan sekolah Ahad depan. 
 Mine
 Lunch kami bertiga. Dua orang ni makan seketul jer tak habis. I je dapat habiskan dua-dua. Hehe.!
 Ros Malisa or Cha . Kawan baik dan juga anak beranak. Mula rapat after pindah sekolah masa form 5.
 Camana aku nak habiskan banyak ni, aku kena masuk ofis pukul 2 nanti. Last-last lagi seketul bungkus.
 Sakilla. Nak bertunang dah kawan i yang sorang ni 5.10 nanti.
 Perasan tak tudung kitorang sama. I pernah cerita dekat entry INI
K.A.M.I

Geng Bas Sekolah i jer pandai-pandai reka. Sebab semalam time sembang-sembang, kira flashback zaman sekolah dulu last kitorang makan KFC bersama ialah lepas we all settlekan projek BAS SEKOLAH kitorang masa ambil SENI VISUAL time SPM. I buat bas persiaran. Sayang tak ada gambar kenangan kalu tidak boleh tunjuk hasil model bas i. Kihkihkih. We all dapat A semua walaupun cikgu seni kitorang agak cerewet. Ampun Cikgu Zainab.

**Gambar tak banyak pun sebab Cha berkejar nak balik ofis. Takut sangat lambat tu. Hehe.!  Nak balik tu terjumpa dengan mak saudara dan juga Farihah. Pusing-pusing sekejap and then balik sebab nak hujan dah.