Saturday, March 12, 2016

My 1st Smartphone~Samsung Galaxy S Advance

Assalamualaikum

Kenangan sangat handphone ni...terlalu sayang sebab hp ni lah kawan rapat yang aku ada masa tu...yang sentiasa menemani hari-hari ku.terlalu banyak suka dan duka yang aku ada bersamanya..segalanya tersimpan dalam ni..dia pergi di saat aku belum bersedia...di saat terlalu banyak benda yang aku bergantung padanya..tapi dah itu takdirnya tetap aku kena terima..mesej..gambar..maklumat2 penting semua disimpan dalam ni...tak pernah terfikir untuk backup kat mana2...susah susah sangat bilamana dia tiba2 rosak di saat aku bertungkus lumus menyiapkan tugasan penting...walaubagaimanapun ia dah berlalu dan semua tu adalah satu memori dan kenangan yang takkan pernah dilupakan..perginya dia juga sama waktu ulangtahun tuannya...dia yang pertama banyak mengajar...berusaha untuk mendapatkannya kembali malangnya dah tak boleh diubati lagi..rosak serosaknya...malah yang dah hilang pun takkan mungkin dapat kembali...mengalah dan kini cahayamata kedua lahir setelah hampir 2 bulan lebih pemergianmu...but i always love u n miss u...💞💞💞💞💞

Tuesday, March 8, 2016

Gubahan Hantaran Tema Krim, Pink, Turqoise dan Ungu (add-on rose ribbon)

Assalamualaikum

Event : Majlis Perkahwinan Maria dan Muzri
Gubahan Hantaran bajet 5 dulang sahaja
 Sirih Junjung
Mas Kahwin
 Kain Pasang
 Buah-buahan
 Coklat







Sunday, March 6, 2016

CIMB Bank Card Promotion di ZALORA

Assalamualaikum

Zaman cyber sekarang ni kan kalau nak kata butik shopping secara online ni memang dah ibarat bagai cendawan tumbuh selepas hujan sampaikan tengok yang itu rasa nak beli, tengok yang ni berkenan, bukak sana pulak alahai memang wajib beli lah kiranya ni. Lebih-lebih lagi orang perempuan memang pantang kan kalau tengok butik online ni tak beli pun tak apa kadang tengok sekadar kepuasan diri. Hasrat di hati memang nak beli kan tapi ada antaranya kita tak mampu jadi di sini I nak bagitahu ada promosi hebat untuk korang sehingga 25% tu.


Sebelum tu, mari baca ni dulu. Kalau korang tak kenal jugak butik yang ni I tak tahula tapi mostly orang kenal kan.Tapi yang tak kenal or tak pernah dengar apa ni meh sini i nak bagitahu.

ZALORA… ZALORA…ZALORA…


Ada pernah dengar tak, kalau-kalau pernah terbuka website, tengok orang share dalam facebook, instagram or twitter, ataupun dalam tv pun memang ada iklan ZALORA ni. Cuba korang ingat balik..hehe

Ok, pada yang tak tahu tu, butik online ZALORA ni kira tak asing lagi lah yang sememangnya sebuah butik online yang dah cukup terkenal dengan pelbagai koleksi fesyen dan ia bukan sahaja untuk wanita malah koleksi untuk lelaki pun ada. Selain itu, terdapat pelbagai pilihan pakaian, kasut, beg, tudung, dan aksesori lain yang terkini dari pelbagai jenama antrabangsa dan juga tempatan yang dijual di ZALORA ini. Menerajui penjualan barangan fesyen secara online di Malaysia, ZALORA ni merupakan satu nama yang dipercayai ramai dan telah melakar beberapa siri penjualan yang cemerlang. Bukan itu sahaja, nama ZALORA juga turut dikenali kerana telah banyak berkolaborasi dengan pereka-pereka fesyen terkenal tanah air seperti Jovian Mandagie, Rizalman, Melinda Looi dan ramai lagi! Teruja tak korang.

Ni ZALORA nak bagi korang teruja lagi. Sebagai menghargai sokongan pembeli-pembeli setia yang sentiasa bersama ZALORA dari mula penubuhan ZALORA di Malaysia ni, ZALORA seringkali memberikan tawaran dan promosi hebat yang menguntungkan. Oleh itu, sekarang para pembeli berpeluang menikmati tawaran hebat dengan memiliki barangan idaman korang daripada jenama-jenama terkemuka dengan harga yang lebih murah.


Salah satu promosi yang ditawarkan di ZALORA adalah CIMB Card Promotion khusus untuk pemegang CIMB Bank Cash Rebate Platinum MasterCard dan Kwik Card. Tawaran sebanyak potongan sehingga 25% ini boleh korang nikmati apabila membuat pembelian di ZALORA dengan menggunakan kad tersebut.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menikmati perkhidmatan penghantaran percuma terus ke rumah korang dan juga boleh membuat pulangan secara percuma selama 30 hari selepas tarikh pembelian. Jadi, tunggu apa lagi? Mari rasai sendiri pengalaman membeli-belah dengan mudah dan menjimatkan dengan tawaran ZALORA CIMB Card Promotion sekarang!

Friday, February 26, 2016

Gubahan Hantaran Tema Hijau, Krim dan Ungu

Assalamualaikum..

Agak lama rasanya tak menulis dekat blog ni..Hampir nak masuk 3 tahun..Nasib masih ingat ada lagi blog ni..kalau tak pasti terkubur camtu je..:-) Dah tak reti nak tulis apa dah lama sangat tak menulis dan bercerita. Entah kenapa hari ni rasa nak sangat mula menulis dalam blog . Oklah tak ada apa nak share sangat buat masa sekarang..padahal banyak sebenarnya nak cerita..Nantilah akan datang...InshaAllah.

Event : Majlis Perkahwinan Raimie dan Kamariah
Tema : Hijau, Krim, Ungu Gelap dan Ungu Lembut (add-on juntaian pearl dan rose ribbon dengan pearl)

Cincin dan cek
Beg
Coklat homemade
Kasut
Kek,
Telekung dan Sejadah
Tuala Bersulam

Ha kat bawah ni gambar kolaj hantaran dari pelbagai sudut..Hehe..almaklum amatur tak pandai nak snap picture cantik-cantik .




Gambar dekat atas ni sekadar selingan je sebab tak tahu sebenarnya nak cerita apa, nak mulakan dari mana. Gubahan hantaran ni salah satu hasil kerja tangan sendiri. Gambar-gambar dalam hampir 3 tahun ni banyak dah hilang sebabnya laptop rosak dan yang terbaru handphone rosak. Sedih jugak lah sebab selama ni memang fikir nak simpan dalam tu je semua, tapi dah rosak semua dah hilang.dahtakdir kan, terpaksa terima jelah. Jadi sebelum yang ni semua pun hilang eloklah simpan siap-siap dalam blog.. harap-harap dalam ni tak hilang lah ye..:)

Semoga dengan permulaan entry ni, jadi lebih rajin lah nak update blog next time..

Monday, March 18, 2013

Teaser ~ Wedding My BFF, Kila

Assalamualaikum
Post-post di entry aku sekarang banyak jer pasal wedding kan, engangement lah dan sewaktu dengannya. Zaman-zaman umur sebaya aku ni ramai kawan-kawan dah nak menamatkan zaman solo, tinggal aku jer belum. Hihi. Ok, story pasal my bestfriend Kila ni, dia dah sebulan nikah before majlis bersanding ni. Time dia tunang dulu aku tak dapat pergi, so time dia kahwin acaner pun aku perlu pergi. Nasib time minggu tu takde pape, kalau tak aku pun tak dapat balik kampung. Aku kenal Kila ni zaman tadika lagi tapi tak rapat. Aku mula rapat dengan dia time form 5 dan sampailah sekarang.

To be continued..