Saturday, July 22, 2017

Puding Karamel / Puding Gula Hangus

Assalamualaikum

Lama tak share gambar masak2 kan, kalau dulu2 minat sangat lah lepas settle masak ambik gambar. Sekarang ni ada kala ketikanya snap jugak dan banyaklah ketikanya buat tak peduli je. Dah puas klik2 kamera kot. Hehe.

Puding karamel ni antara yang selalu buat. Tapi memang buat puding karamel atau orang panggil jugak puding gula hangus ni taklah susah cuma bab nak karamelkan gula je yang kena jaga betul2 tak nak kasi hangus sangat nanti rasa bertukar jadi pahit.


Resepi puding karamel erah senang je. Letak bahan2 semua kemudian blend.

Resepi karamel
******************
Mula2 kena buat karamel dulu. Gula 3/4 cawan masukkan ke dalam loyang. Api perlahan dan kacau sehingga cair dan bertukar warna perang kekuningan.

Settle karamel baru buat pudingnya. Resepi seperti di bawah ye.

Bahan2 puding untuk loyang bulat 10 inci
******************************************

10 biji telur (erah guna gred A)
Susu cair 1 tin
Susu pekat setengah tin
Esen vanila 1 penutup kecil
Air setengah gelas
Gula 5 sudu besar
Pewarna kuning sikit
Tepung kastard 1 sudu besar bancuh dengan air 3 sudu besar

Caranya
**********
-Pecahkan telur dan buang pusat telur (yang berlendir). Tujuan dia untuk kurangkan hanyir telur. Tambah esen 1 penutup esen vanila tu ke dalam telur2 tadi. 
-Masukkan telur tadi ke dalam blender diikuti bahan2 lain di bawah
-Masukkan susu cair 1 tin
-Masukkan susu pekat setengah tin
-Masukkan gula 5 sudu besar
-Air setengah gelas
-Letak sedikit pewarna kuning
-Tepung kastard (bancuh dulu dengan air baru masuk dalam blender)
-Blend sekejap kasi hancur semua dan tapis masuk dalam loyang yang berisi karamel tadi.
-Tutup loyang guna wrap plastik or kain or apa2 yang boleh menghalang wap air masuk

-Masukkan loyang dalam pengukus (sebelum tu, air dalam kukusan tu kasi menggelegak dulu ye baru letak loyang) dan kukus antara 30 ke 45 minit api sederhana. Nak tahu dah masak ke belum ambil lidi sate dan cucuk ke atas puding. Kalau tak melekat tu masak dah tu.Angkat dan letak dalam peti. Makan sejuk2 baru nikmat.

Monday, July 17, 2017

Syawal 2017

Assalamualaikum

Masih di bulan Syawal lagi ni jadinya masih berpeluang nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kenalan, sahabat, saudara mara yang berkunjung ke blog ni. Mohon maaf zahir dan batin jika ada kesilapan yang sengaja atau yang tak disengajakan.

Hari ni free sikit so bolehlah layan blog ni. Sepanjang syawal ni pon boleh tahan juga sibuknya. Sibuk berjalan raya la kan. Asyik buat rumah terbuka je kan, so kita memang suka meriahkan majlis. Bab rumah terbuka ni ada masa kita story lain yer. Sebabnya banyak sangat. Kena cut and edit dulu kita gabung jadi 1 post jer. Inshaallah ada masa terluang lepas ni.

Esok ada lagi satu open house pelancaran rumah contoh. Dan minggu ni berderet open house. Dah nak habis syawal kan semua berebut nak buat. Tapi i suka, time ni lah nak makan free, nak makan sedap2 kan, nak melawa ke apa kan. Lepas tu mengembang dengan jayanya. Yang tu kita fikir lain, janji hati senang, gembira serta bahagia.



Wednesday, June 21, 2017

Salam Ramadhan 2017

Assalamualaikum and Hye


Hampir setahun lamanya baru tuan belog jengah balik. Tahun lepas pon time puasa jugak. Tak tahu lah kan lepas2 ni terkubur terus kot awak ni. Alahai tapi kita sayang awak, sebab bèlog ni lah erah boleh imbas kèmbali kenangan dulu2. Serius tersangat rindu. Terutamanya bolèh belek sèmula gambar2 kenangan bersama arwah tokki. Untuk pengetahuan tokki, Haji Abdullah bin Abu Bakar telah meninggalkan kami semua pada 9 Mac yang lepas. Kami semua redha dan ikhlaskan pemergianmu. Berehatlah di sana duhai tokki.


Selain itu, tersangat banyaklah ujian yang ditempuh sepanjang tahun ni. 2 minggu sebelum tokki pergi buat selamanya, satu2 nya adik lelaki patah kaki. Dan sampai sekarang masih dalam rawatan dan hingga hujung tahun ni maybe baru selesai segala pembedahan. Masih bèlum boleh berjalan dan menggunakan bantuan kerusi roda sèpenuhnya. Selain tu, banyak lagi lah tapi setakat ni jer erah boleh bercerita dalam bèlog ni. Atau dalam post2 akan datang mana tahu kan. Harap2 rajin lah nak menulis lepas2 ni kan.


Lagi beberapa hari nak raya kan. Tersangatlah busy bulan puasa ni, banyak bènda dah settle yang kecik2 je la belom. Tapi dah besar panjang ni raya sekadar raya je. Tak ada lah excited sangat semua benda nak bertukar baru. Apa yang ada pakai je.

Oklah nanti kalau rajin kalau free ngendap belog ni erah bebel lagi. Tak sampai setengah jam lagi nak berbuka ni, korang dah masak ke? Hari ni buat masak stim ikan tombok dan tomyam je. Korang mesti masak lagi sedap kan. Takpelah janji berbuka dengan family tu dah tersangat nikmat dan syukur yang amat sangat.

Selamat berbuka dan Selamat Hari Raya.





Thursday, August 4, 2016

Istikharah Cinta~Sigma

Lirik Lagu Istikharah Cinta - Sigma



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa

Sebut nama Mu terukir merdu

Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh doa
Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMu
satu nama teman setia
Naluriku berkata
Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu
Diistikharah cinta

Tuesday, August 2, 2016

Musim Buah Tiba Lagi

Assalamualaikum..

Lama dah rasanya tak bercerita pasal musim buah ni..last dulu pun rasanya pasal buah duku je...tahun tu tak menjadi sangat durian rambutan manggis segala ni..Dalam 2 3 tahun belakangan ni je alhamdulillah menjadi jugak walau tak semeriah zaman kecik-kecik dulu.


Zaman tu jangan cakaplah siap boleh jual siap boleh makan siap boleh bagi2 dekat sedara mara lagi...Tahun ni ada jugaklah tengah berbuah lagi kat atas pokok..Tengah menunggu durian runtuh ni ha...Rambutan pun tengah masak dah ni..duku pulak tak menjadi sangat tahun ni...

 Atas kepala je haa...ni actually kebun ayahlong yang kebun atuk tak dapat la nak atas kepala camni..pokok tinggi2 semua sebab memang tanam dari i kecik lagi..yang ni baru lagi pokoknya tu yg boleh capai dengan tangan je..

Kegemaran sepanjang zaman ni...letak dalam peti ais bagi sejuk dulu kendian angkut makan depan tv..hehe

Apa2 pon syukur lah ini semua kebun atuk kitorang ni semua sama2 bersyukur dan berkongsi  dengan rezeki yang ada..nak harapkan harta sendiri belum lagi lah...doa-doa kan mudah-mudahan dapat jaga rezeki ni sampai ke anak cucu pulak nanti...

Tuesday, July 19, 2016

Moga~moga


"Senyumlah. 
Tuhan bukan setakat tahu kau sedang terluka. 
Bahkan Tuhan tahu, kau akan mampu melaluinya. 
Bahkan Tuhan tahu, kau akan baik~baik saja".


Moga di balik luka,
Allah salutkan dengan sedikit bahagia.

Moga~moga...