Wednesday, June 6, 2018

Nenda

Assalamualaikum...

Nendaku a.k.a tokwan. The only one nenek yang erah ada. Tokwan dan tokki belah abah dh lama takde, belah mama pulak tahun lepas tokki kembali ke rahmatullah. Maka yang masih ada hanya tokwan lah sèorang.

Sekarang tokwan banyak tinggal dengan family erah, rumah anak2 lain dia taknak duduk pun. Dia kata susah nak gi toilèt semua, lepastu ramai orang pulak ngan cicit2 segala. Haa rumah èrah takde orang pun plus toilet dalam bilik jadi senang untuk dia gi mari gi mari. Tapi yang utamanya tu alasan dia je pon sebab dia dari dulu memang dah terbiasa dengan rumah erah. Maklumlah mama anak bongsu dan mama memang layan tokwan dengan baik. Bab makan minum segala dah tersedia tu yang dia suka. Rumah orang lain kata dia susah anak2 ramai padan berebut je. Haha ada2 je kan tokwan ni. Kitorang tak kisah pon sebab tokwan je yang kita ada.
Tokwan di usia 80 ++ ikut ic. Tapi dari cerita dia tu umur agak2 je maklumlah dulu dah besar panjang baru daftar semua kan. Maybe lagi tua kan. Kuat dan gagah lagi orangnya. Pagi2 balik rumah dia kemas2 buat kerja rumah lepastu datang balik rumah erah. Tiap2 hari ada je kerja di nak buat. Orang tua kan rajin sangat2.  Semoga Allah berikan umur yang panjang, kesihatan yang baik untuk nendaku nan seorang ini. Amin

Tuesday, June 5, 2018

Raya?Perlu ke Semua Baru???

 Since dekat nak raya ni kan kalau ikutkan nafsu semata habis semua nak tukar baru kan. Tu semua atas diri masing2 lah. Kalau mampu tak salah. Duit yang diusaha cari selama ni pun untuk kepuasan diri sendiri jugak. Jadi janganlah nak kecam atau nak dengki pada orang yang segala mak nenek pun tukar baru. Kereta raya, perabot raya, barang kemas raya haa macam2 lah lagi. 

Bagi erah tak salah pun semua tu. Tapi bila ada orang yang berfikiran negatif yang melihat seseorang tu dengan pandangan riak or menunjuk2 orang tu sebenarnya yang busuk hati. Moga dijauhkan dengan orang2 macam ni. Yang penting kita usaha dan kita dapat apa yang kita nak.
Gambar ni takde kene mengene pun.HAHA. Acah2 nak jadi hakak hipster pakai spek ni tapi kelako la plok tak seswaii. Sebab power makin naik, kali ke berapa tah tukar spek. Nak dapatkan spek pun bukan main payah nak dapatkan bingkai spek yang berkenan. 
Yang ni memang reject la tapi sempat la selfie nak tengok ok ke tak. Buat masa ni pakai spek jela nak pakai lense memang tak akan kot sebab erah jenis seriau bab2 mata ni. Inshaallah ada rezeki lebih nanti nak try jugak buat Lasik. Doa2 kan lah yer. 

Monday, June 4, 2018

Last Job Before Ramadhan 2018

Assalamualaikum

Asal update blog je mesti time ramadhan kan. Tup tup ramadhan 2018 dah. Dan sekarang nak masuk hari ke 20 dah esok umat Islam berpuasa. Persiapan raya korang camana? Erah dah settle separuh before puasa nanti ngelast2 just tambah2 je yang tak beli lagi.



Job gubahan hantaran erah sentiasa on je. Cuma kena book order awal2. Lambat2 tak dapat nak nolong sebab ni just part time je.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa uolls.....!!!


Thursday, February 1, 2018

Welcome February, Bye2 January

Assalamualaikum

Masyaallah lajunya masa sekarang. Baru je rasa masuk tahun 2018, tup2 dah bulan kedua dah. Banyak benda lagi nak capai dan semoga segalanya baik2 hingga akhirnya.

Sebab lama tak bergambar moh ler up sekeping. Tuh pun berpanas muka pon takda nampak oii. Dah lama tak gi Pantai Batu Burok ni comey lote lah jugok lening. Kalau kat Terengganu sekarang ni dari Kemaman hingga ke Besut rata2 ada buaian besar camni kan. Kemaman majoriti pelusuk pantai bolehlah berangan ala2 di Bali ke Lombok ke kan. Moh ler melawat Ganu 2018. Okeh, takde idea pon mengarut melalut aci dak ni. Ayat pon sat Kedah kejak Ganu kemudian KL plak. Adoi, tidolah esok kerja. 😀😀😀

Friday, January 12, 2018

Banjir 2018 Kampung Bukit Mentok

Assalamualaikum.

Bertemu kembali di lembaran 2018. Ujian dan dugaan di awal tahun. Sejak last banjir besar 2014, kampung ni tak pernah banjir lagi biarpun dulu2 memang setiap tahun banjir.

2018 banjir menjengah kembali.Alhamdulillah banjir kali ni tak sebesar dan seteruk banjir sebelum2 ni. Just nak share gambar je untuk kenangan akan datang. Banjir selama 3 hari, Khamis Jumaar dan Sabtu. Baru 3 hari start sekolah, sekolah pun dah jadi pusat pemindahan banjir.

4,5,6 JANUARI 2018


Monday, October 9, 2017

Be Positive.


"Kita gembira bukan kerana tiada masalah yang  menyelubungi tapi kerana tidak membiarkan masalah menghantui hidup yang sementara ini...." 😀.

Thursday, July 27, 2017

Bercuti dengan Najwa

Kisah travel dengan Najwa. Gambar dah banyak transfer ke laptop tinggal 2 keping je dalam hp. Makanya letak dulu la 2 keping ni nanti ada masa erah story.


Much love....😘😘😘😘😘