Sunday, December 30, 2012

Kenapa Aku?

Aku bukanlah seperti orang lain. 
Aku sendiri tak pernah faham dengan diri aku, lagikan orang lain nak memahami diri aku. 
Mungkin sebab tu aku lebih suka menyendiri dari bergaul. 
Ya, dulu aku suka berkawan. 
Dulu aku senang untuk berkawan dengan siapa pun, malahan pertama kali jumpa pun dah macam bertahun kenal. 
Kini tak lagi.
Aku lebih suka senyap, menyepi dari nak masuk campur hal orang. 
Aku tak kisah pun orang peduli or tak pasal aku. 
Aku lagi suka orang tak tahu apa pun pasal aku.
Malam ni, aku sedih. 
Sedih sangat. 
Aku menangis.
Aku seorang yang mudah menangis.
Aku tak pandai untuk menahan perasaaan. 
Aku baru dapat tahu something tadi. 
Aku tak tahu nak kata apa, cuma aku boleh nangis dan nangis je sekarang. 
Selalu ada perkara buruk yang berlaku , kadang-kadang aku pun dah tak sanggup nak hadapi. 
Aku dah penat. Sakit dan bermacam lagi. 
Orang selalu tengok aku di luar gembira. 
Ya, aku kalau boleh tak nak orang tahu penderitaan aku. 
Cukup aku saja yang rasa. 
Kesakitan yang aku harus tanggung. 
Pada yang tak puas hati, 
pada yang hasad pendengki, 
pada yang busuk hati 
mungkin sekarang kamu puas buat orang camni, tapi ketahuilah kamu pengecut. 
Pengecut kerana tak berani berdepan dan sanggup guna cara kotor untuk musnahkan hidup orang. 
Aku dah penat.
Aku dah letih.
Tolong jangan apa-apa kan aku lagi.

Banjir di Bukit Mentok, Kemaman || 25~29 Disember 2012

Assalamualaikum

Banjir dah surut dah. Sekarang musim penyakit datang pulak. Habis badan aku naik gatal-gatal, ni dah merebak ke muka pulak. Nasib ada krim gatal. Kalau tidak malasnye aku nak menapak pergi klinik.

 25 Disember 2012
 26 Disember 2012
Ramdom : 26 &27 Disember 2012

Ok, aku ada banyak sangat-sangat gambar banjir tempoh hari. Tapi tak larat nak letak semua, kang nanti sampai ke bawah nak scroll. Cukuplah yang ni je buat kenang-kenangan. Kali ni banjir hampir nak tenggelam satu bandar. Laluan utama nak ke Kuala Terengganu pun air melimpah-limpah atas jalan dan premis perniaagaan termasuk pasaraya pun tenggelam. Dasyat banjir kali ni. Seperti sejarah banjir tahun 80-an dulu. Apa pun syukur semua dah kembali kepada keadaan sediakala. Tapi dengar kata ada gelombang banjir kedua pulak akan berlaku. Moga-moga dijauhkan.

Saturday, December 29, 2012

Sekitar Banjir di Kampung Bukit Mentok, Chukai, Kemaman

Assalamualaikum


Banjir 25.12.2012~29.12.2012

Banjir terburuk setelah berpuluh-puluh tahun di kawasan Chukai, Kemaman. Ini kawasan depan rumah aku, Kampung Bukit Mentok. 3 hari elektrik ditutup disebabkan paras air yang semakin meningkat ke paras bahaya. Semalam baru on elektrik dan hari ni air dah semakin surut. Syukur Alhamdulillah. Operasi membasuh dan mengemas rumah pulak.

Wednesday, December 26, 2012

Banjir Saat 2.30 am 26.12.2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah, today genap usia 24 tahun.

Banjir di kala hari jadiku.
Keadaan sekarang, camni lah. Air banjir semakin besar. Ini depan rumah aku. Rumah aku kira kawasan tinggi sikit dari rumah-rumah jiran aku nih. Yang depan ni semua dah selamat masuk air dekar rumah dorang. Rumah tokwan bahagian belakang dah masuk air, rumah sewa tokwan pun sama dah masuk air, rumah Cik De dapur dah masuk air dan rumah Abg Din pun sama, ruang tamu dan dapur semua dah masuk. Yang sipi-sipi nak masuk rumah akulah. Banjir kali ni besar, tengok keadaan camni sebenarnya depan ni air pun dah paras pinggang. Kami semua tengah berjaga sebab air naik terlalu cepat. Cepat sangat sampai macam tak percaya banjir berlaku depan mata.

Aku berharap air banjir ni biarlah takat ni jer, tak nak naik sampai tenggelam semua. Terlalu banyak ujian darimu untuk hambamu yang khilaf padamu Ya Allah. Rahmatikanlah kami. Mungkin ini suatu petanda agar kita sentiasa mengingati akan kebesaran-Nya

*Bomba, askar, polis dah ramai membantu orang kampung berpindah ke sekolah. Semoga aku tak perlu berpindah. Harap sangat.!

Tuesday, December 25, 2012

Banjir 25.12.2012

Operasi memindah 

Air sungai naik terlalu cepat. Sekarang makin besar. Semoga tiada perkara buruk yang berlaku. Doakan kami semua.

Friday, December 21, 2012

Stress

STRESS IS A SILENT KILLER

Cekalkah hatiku Ya Tuhan. Sungguh Aku Tak Kuat.
TERAMAT SAKIT 

Thursday, December 20, 2012

Legoland Malaysia

Assalamualaikum


Ini area luar pintu masuk Legoland Malaysia. Lawa kan.

Wednesday, December 19, 2012

Kebab Melawati Kemaman

Assalamualaikum

Perasan tak lately ni semua i up entry tentang makan-makan. Actually itu jelah modal yang i ada. Modal yang tak perlu nak memerah otak. Taip dan siap sedia mengarang cerita. Senang, tak ambil masa lama sebab gambar-gambar ni semua dah lama ada dalam draf cuma i belum create caption jer. 
Kebab Melawati namanya. Beli 3, satu RM3. Total RM9 lah. Itu pun nak kena bagi tau ke.Hahah.
Kebab Ayam sebabnya daging dah habis. Biasa makan daging, ini kira pertama kali i makan kebab ayam. Isi kebabnya banyak dan sayur pun banyak mayonis pun banyak so kira sedaplah. Jadinya memang sedap. I makan satu, lagi satu adik i dan lagi satu tinggalkan untuk Najwa sebabnya dia dah tidur. Tapi esoknya i jugak yang makan kebab tu.. Heheh
Awal-awal lagi Mubin dah sambar kebab ni. Lagipun dia yang beli. Akaknya tukang makan jer. Dia tak tahu i snap gambar ni, sebab tak ada flash. Kalau tak, boleh buat bergaduh. Dia ni kan anti kamera. Tak faham aku.! 
Yang ini korang abaikan jelah ek.

Lokasi Gerai Kebab Melawati
Kalau orang bandar Chukai mesti tau Pasar Mini Sunway or Sekolah Menengah Kebangsaan Chukai kan. Masuk saja jalan tu dan jalan terus nanti sebelah kiri akan nampak 1 gerai van Kebab Melawati. Berhentilah kat situ dan order. Senang.. Owh, i baru tahu rupanya tauke ni kawan kepada sepupu i. Patutlah pernah nampak.

Saturday, December 15, 2012

Chocolate Indulgence Cake Secret Recipe

Assalamualaikum

Sedapnya dia makan cake sorang-sorang yer. Uishh, mana aci...
I pon mau juga. Tapi idoklah i nak beli 2 slice, yang kuat makannya i. So, Najwa makan sikit balance nya i la yang habiskan. Kekekeke

I penggemar kek. Bagilah apa jua kek, murah or mahal yang penting sedap yer. Kalau tak sedap ,tekak gajah i ni pun tak dapat nak telan.=)
Oklah, RM7 untuk 1 slice. Berbaloi lah harganya dengan rasanya yang enak dan lazat bangat....Makan sejuk-sejuk sedap, kalau tak sejuk choc dia cepat cair i don't like. Mari kita makan laju-laju. Korang kalau pergi SR  minat kek yang mana? Jom share sesame...

Thursday, December 13, 2012

Nak Durian Banyak-Banyak..!!!

Assalamualaikum

I pantang betul kalau dah musim durian ni. Pantang lagi sebab tak duduk dengan family. Lagi bertambah pantang dengar dekat rumah ada banyak durian siap dah buat pulut durian segala. Aku dekat sini dengar jelah kan. Kebulur ok nak makan doriannn ni. Tak sanggup aku nak tunggu balik rumah baru boleh hadap durian sorang-sorang dekat dapur. Yang tu tunggu la nanti i balik semua durian kat dapur hilang. Haha.!

 Mama cakap pergi la beli durian. Tak dinafikan sana sini semua dah musim durian. So, tak ada masalah lah nak makan durian di mana-mana saja. Pergi situ nampak gerai durian, jalan lagi depan jual durian lagi. Masuk simpang keluar simpang pun ada yang jual durian. Jadinya i tak boleh sabar dah tengok orang makan durian ni, maka di suatu petang hari apa i tak ingat pergilah diri ni membeli sebiji durian. Sebiji dahlah, cukup untuk aku sorang makan. Bukan aku tamak nak makan sorang, tapi partner aku tu tak makan durian. Hilang satu nikmat dunia. Haha.!
 Gerainya. Dekat pintu belakang UTM , Jalan Pulai kot berdepan-depan dengan deret Restoran Kassim
 Rambutan. Terliur jangan cakap lah, ini awal-awal lagi aku dah beli. Tapi time tu aku tak lah beli durian lagi.
 Hasil untuk melantak petang tu. Durian tu sebiji RM4. Rambutan tu RM2 sudah. Tak pernah seumur hidup aku beli durian sendiri. Satu pencapaian buat diri aku.=)
 Fuhh, nikmat. Actually aku tak cukup 1 biji ni. Dekat rumah aku sorang boleh makan 2 3 biji sekali jalan. 
Makanlah lagi ko si budak demuk. 

Korang semua mesti dah makan banyak durian kan. Hee, tak aciii... Tak sabar lahai nak balik rumah nak makan durian puas-puas. Nak kait rambutan dan terus makan. Ohh, bahagianye kalau dah di kampung.

Wednesday, December 12, 2012

Wordless Wednesday : Terima Kasih Mama

Assalamualaikum



 Thanks Mama for the gifts.! Awal i dapat hadiah besday. Hihi.=)

Tuesday, December 11, 2012

Cendol Pulut @ Green Jade Republic, Medan Selera Taman U Skudai

Assalamualaikum

Sepanjang-panjang perjalanan hidup aku dekat Skudai ni, inilah kali pertama aku jejak kaki makan dan minum kat kedai ni. Namanya Green Jade Republic, di Medan Selera Taman U. Kedai lain dah pernah makan cuma ini belum. Tetiap kali aku datang sini mesti dia kata, "cendol dah habis, semua dah habis dah". Padahal aku pergi bukan petang sangat pun, pukul 3 petang baru. Bukan sekali dua tapi dah berkali-kali dah. Bukan rezeki aku kot, ke aku pergi salah time. 

Kengkawan aku yang lain semua duk cakap dekat sini sedap Cendol dia. Sedap ni kat sini. Ok, aku ni makinlah bertambah jakun bila dorang cakap cenggitu. Aku ni kaki jalan tapi idoknyer pernah makan dan minum kat sini. Kedai biasa je, ala-ala warung. Ok lah nak lepak santai di petang hari.
 Pilihan utama aku, mestilah Cendol Pulut. Bagi aku Cendol Pulut ni sedap. Sedap tapi sebab aku dah biasa minum lagi sedap dari cendol dia ni, so ranking dia dah jatuh lah. Harga dia aku lupa, tak silap rm3 ke berapa. Ahh sudah dapat orang tak kisah cam aku ni payah main bayar jer.
 ABC Ah punya. Juga lupa harga dia. Lingkungan RM3 jugak rasanya. Yang ini sedap tapi macam biasa lah aku kan dah selalu makan ABC yang lagi sedap, so ini kira sudah jatuh ranking bawah la. Aku jugak yang habiskan ABC ni. Kawan dengan aku ni tak membazir, i rembat je semua. Hahah.!
 Kali ni aku pergi awal kedai dia, baru pukul 12 tengahari aku dah terjah so tak ada alasan lah Cendol dah habis.
 Sebab tengahari, makanya time untuk makan tengahari. Aku tak tahu nak makan apa, mula macam nak Mee Kari, lepas tu nak Ayam Penyet last-last Nasi Lemak Ayam jugak aku order. Boleh tahanlah Nasi Lemak dia, cuma Ayam dia tu rasa kari sikit. Aku nak rasa kunyit, dibaginya rasa kari.

Hah. Aku makin bambam makin bambam lagi. Asyik mentekedarah je keje aku. Plan diet aku semua dah lari. Hantar aku kat Afrika please.! Balik jer, confirm tinggal tulang. 

Monday, December 10, 2012

Keunikan Kaktus via My Sony Ericsson W508 3.2 MP

Assalamualaikum

Aktiviti yang telah menjadi rutin family aku. Apa lagi, tambah koleksi pokok bunga, cari pasu, cari baja, cari dawai nak ikat pasu bunga gantung dan macam-macam lagilah. Serius aku tak bosan pergi nursery ni, bawak aku tiap-tiap minggu pun takper sebab bukan i yang keluarkan ongkosnya. Haha.!

Dekat bandar aku tinggal ni nursery ini paling ok rasanya. Pokok banyak, tersusun, kawasan kemas, teduh, dan apa saja yang ko nak adalah kiranya dekat sini. Nak buat landskap cantik-cantik dekat rumah tu, sini semua ada barang-barangnya. Cuma harga i tak pasti lah murah ke tidak sebab tak pernah beli lagi. Jiran i dia biasa beli dekat Kuantan sana lagi murah. Tapi gak sama jer pergi Kuantan pun nak isi minyak lagi pastu nak makan lagi jadinya pergi dekat-dekat rumah sudah.

Amacam? Omey-omey kan
Kalau boleh semua ni i nak angkut bawak balik rumah. 
Kaktus yang dikahwinkan. Macam-macam dah sekarang
I suka. I suka. Berangan je nanti nak ada rumah sendiri lepas tu nak beli kaktus macam-macam jenis letak dekat taman mini. Mesti cantiknye alahai. Bakal suami i sila take note yer. Haha.!




Dikahwinkan jugak. Untung la keluar anak comel.











Dapat pegang pasu je ye dik. Haha. Buat masa sekarang rumah i tak perlu kaktus lagi sebab dah tak tahu nak letak celah mana. 
Jalan-jalan dulu cari pokok bunga yang nak dibeli. Melilau kat sini berjam-jam pun tak sedar. 

To be continue~