Assalamualaikum
HAPPY BIRTHDAY MY BRO, MUBIN
3 DISEMBER 2012. Lepas ni turn i plak umur ke 19 tahun (haha)
Adik i. Time ni kuyus lagi dia. Tak silap time ni form 4. Lesen takde tapi beria nak motor, layankan ajelah mak pak nye kan. Adik i ni satu dia rajin kerja tapi malas belajar. Takpela dik, orang sekarang tak nak tahu ko belajar takat mana, yang orang tengok ko dah berjaya ke tak. Aku ni belajar tahap ijazah, tapi nak bagi duit ke ma abah tu tak pernah-pernah lagi. Adik aku ni dari kecik belajar berdikari, suka cari duit.
Masa besday 3 .12 haritu, ma cakap dia bagi duit suruh buat makan-makan. Siap buat nasi ayam dan BBQ. Amboi, festime i dengar bapak i yang duk bakar ayam tu. Biasa adik i ni la, tapi dia kerja ken dan balik malam so abah tersayang lah yang rajinkan diri nak bagi anak dan kawan-kawan anak dia makan. Adik i jemput kawan kerja sekali ma cakap. Satu lagi sifat dia jenis tak lokek duit. Tak penyanyang duit sebijik cam bapak aku. Cakap je kau nak apa, confirm di kasinya. Kalau orang lain susah kan nak keluar duit sendiri, apatah lagi masih muda remaja ni. Tapi aku bersyukur aku dikurniakan orang-orang yang macam ni. Semua lah, sedara mara aku semua jenis yang sporting. Yang kedekut tu ada gak, tapi malas ah nak cerita.
Dari kiri, Piju(24), G-g (27), Adik i, Mubin(18) time ni 17 lagi, Buzan (30)
Nampak tak saper paling abang-abang. Adik i ler. Kalah sume ni ha. Aku tak sangka dia boleh naik badan dia, sebab dia ni kecik je dari kecil. Aku je dari kecil yang dah spesies comel lote ni. Sekarang lagi besar pada aku. kakaka.
Dari kiri, Piju(24), G-g (27), Adik i, Mubin(18) time ni 17 lagi, Buzan (30)
Nampak tak saper paling abang-abang. Adik i ler. Kalah sume ni ha. Aku tak sangka dia boleh naik badan dia, sebab dia ni kecik je dari kecil. Aku je dari kecil yang dah spesies comel lote ni. Sekarang lagi besar pada aku. kakaka.
Gambar paling latest Mubin yang ada dalam simpanan. Huahua. Dia ni jenis tak suka bergambar. Kalau ada gambar dia dekat mana-mana pun sebab kena paksa. Itupun ok kalau depan sedara mara, cuba kalau family i yang 5 kerat ni jer, langsung bo layan kalau i nak snap. Pening aku ada jugak yang tak suka bergambar kan. Padahal akak dia, adik dia lagi sorang, mak dia, abah aku pun sekali jenis pesen suka bergambar. Ini menurun keturunan mana tak tau. Huhu.
Dia adikku. Walau betapa sakit dan kasarnya kadangkala dia melayanku (kadang-kadang ler kalau time gaduh, haha.saper tak pernah bergaduh dengan adik beradik tu tak mencabar namanya) aku (actually kaklong) tetap tak pernah menyimpan dalam hati. Tika dan saat itu saja selepas itu semuanya perasaan tu berlalu pergi. Begitulah kasih dan sayang padamu, tak pernah menyimpan sekelumit perasaan benci. (ok, aku sendiri geli aku ada kuarkan perkataan ni. ikhlas dari hati ni.pfttt)
OK, SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-18. MOGA MAKIN BERJAYA DAN TERUS BERJAYA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. KAKLONG SAYANG SEMUA ADIK-ADIK KAKLONG.
No comments:
Post a Comment
Thanks for Comment