Tuesday, January 8, 2013

Dapat Hadiah Kamera CANON Powershot A2300 HD

Assalamualaikum
 Kamera baru. 16 Megapixels
 Kamera lama. 8 Megapixels.
  CANON Powershot A2300 HD

Kesian tak korang tengok keadaan kamera lama aku. Tak adalah lama sangat, aku agak dalam 3 tahun usia kamera ni, tapi aku kan dalam apa jua keadaan pun nak guna kamera (hujan + banjir + dalam air +makan +tangan berminyak dan macam-macam lah), sebab itulah kamera aku cepat sangat nak jahanam. Kamera digital pertama aku dulu dah arwah sebabnya jatuh terlepuk dan skrin dia crash habis terbagi dua dan memang tak dapat nak selamatkan lagi. Awal 2009 aku beli jangka hayat dia tak sampai 4 bulan pun. Sedih woo dah lah time tu harga kamera mahal tak macam sekarang harga kira ok2 lah. Yang pink ni elok lagi cuma tulah dia tak leh nak ON dah so aku tiap kali nak snap mesti pergi dekat bahagian nak tengok gambar tu. Nasib baik ada caranya, kalau tak aku dah anggap kamera aku ni dah arwah. Dua minggu lepas pulak time banjir yang tempat bateri dia patah. Maka selotep tulah penyelamatnya. Kuno sungguh cara aku. Takper, janji jalan. Nikon tetap di hatiku. Eeechewahhh..

CANON.
Dulu-dulu zaman pakai camera yang guna kodak tu CANON ni memang brand produk family aku. Banyak kot camera dulu-dulu tapi semua dah jahanam. Ada yang masih tinggal kitorang buat koleksi dalam laci. Haha, comel ok. Nanti kalau aku jumpa kat mana, aku kasi tunjuk. Zaman kecik-kecik itulah kamera yang digunakan untuk snap gambar aku. Huhu.

Adik aku kasi kamera ni. Aku tak tahu apa tujuan dia beli. Nak kata dia suka bergambar, sumpahlah tidak kan. Makanya dia kata ambillah, nanti ko guna jugak. Hikhik. Aku kan suka dapat barang free ni.

Antara gambar yang disnap oleh kamera CANON  Powershot A2300 HD ni. Aku tak edit just letak watermark je. Tengok cun ke tak.

 Comel tak saya?
 Mana 1 pilihan hati?
Sepupu aku. Nasiblah ko aku buh dalam ni.

Ok, cukuplah 3 keping dulu. Nak banyak-banyak nanti aku testing time my BFF kawin. Tak sabar nak jumpa kesayangan aku semua weekend ni.

 
source google. nasib comel je, senang aku nak bawa ke mana-mana.tapi tapi hasrat nak memiliki dslr tetap tidak aku lupakan. next mission ok or ada yang nak bagi kita tak? hahaha, i biasalah selalu menunggu durian jatuh ke riba. moga ada rezeki aku, kalau boleh nak beli dengan usaha sendiri. tapi kalau ada yang nak bagi aku terima jer. weh, sedar diri sikit kau ingat ko cantik orang nak kasi. yerp, ok aku mengerti maka ku simpan impian ini semoga ia benar-benar menjadi realiti. DSLR ohhh DSLR....amin amin.

***Ramai benar yang cari pasal TAUFAN SONAMU ni rupanya. Terkejut bila buka blog apehal ramai sangat visitor hari ni. Rupanya semua cari pasal TAUFAN SONAMU. Maaflah pada yang datang ke blog ni sebabnya aku tak bagi info pun, nasib baik aku ada bagi link, kalau tak mesti dah ada yang menyumpah aku kan.

18 comments:

  1. nipis je kamera tu..
    pic lawa2 lak tu...
    seronoknya errah..adik bagi...
    baik betul adik.. :)

    ReplyDelete
  2. wah....boleh lah snap2.....hihihi

    ReplyDelete
  3. Hi errah,

    nowdays ramai yg prefer compact camera yang ade function DSLR. bukan apa senang nak bawak. yang awak pun tu dah cukup bagus dah. 16 pixels memang gambo dah sarp pun tau...

    ReplyDelete
  4. hai..salam kenal ..salam follow..dari segmen mak dara..jom follow saya..

    http://mekjangok-inilahakuseadanya.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. salam.. datang terjah dari link blog mak dara.. ^_^

    http://www.lokmanramli.my

    ReplyDelete
  6. laaa...akk dah lama x guna kamera. slalu guna kat henfon jer...
    jalan-jalan dari blog mak dara.
    http://armifdesign.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. kamera kecik senang nak bawa p mana. rezeki lah tu dapat free je adik bagi. :D

    ReplyDelete
  8. nice,akak suka kamera gini, suka buat macro zoom..
    tp dalam hati teringin ber dslr..Tuhan je yang tau.. :)

    ReplyDelete
  9. teringin gak nak dslr.. hurmm.. tapi bila buat kira2, takpe lah.. dulukan mana yg penting.. haha..

    btw, singgah dari blog mak dara..
    http://www.bard.my/

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Datang menerjah dari segmen yang sama. Done follow sini juga :)

    http://itmemawarputih.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. datang BW dari blog mak dara .. jom sggh blog yana -> http://www.nazlyizan.my/

    ReplyDelete
  12. cantik juga ye gambar yang terbasil tu..

    ReplyDelete
  13. best nye dapat kamera..
    salam kenal yer..dari blog Mak dara :)

    ReplyDelete

Thanks for Comment