Monday, December 3, 2018

#snXsn Journey

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah hampir 2 bulan menjadi tunangan orang. Inshaallah, jika Allah permudahkan lagi 8 bulan naik pelamin lagi sekali. Hihi. Amin semoga segala yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan baik2 sahaja.

Banyak sangat rupanya list2 persiapan nak kahwin ni, boleh kata agak stress jugaklah lagi2 sekarang ni segala benda adalah duit dan duit. Patutlah orang kata dugaan bertunang ni banyak kan. Nak itu, nak ini, perlu ada tu, perlu ada ni.

Komitmen tiap2 bulan lagi, lagi nak saving lebih sikit datang ujian lain pulak. Macam hari ni lah rasa macam banyak betul dugaan. Kereta tak hidup, kena hon di orang siap nak marah2, period pain lagi, lagi kena keluar duit nak baiki stressnya lah ooiii.


Sekarang ni dah beli barang sikit2 dulu nanti sampai masanya taklah gedebuk duit sekali keluar. Siap buku lagi ni dari awal perbelanjaan nak kahwin ni kita tengok sampai majlis nanti berapa k yang habis. Minggu depan nak gi kl shopping barang hantaran tak tahulah berapa pulak kan yang habis. Agak2 berkulat tak nak sampai bulan 8 tahun depan? Haha.

Pelamin, dress, photographer, mekap, kanopi, katering, goodies, dan macam2 lagi lah listnya kalau nak list satu2 memang banyak sangatlah yang perlu ada. 

Pelamin atas ni yang simple buat sendiri yang kosnya lebih kurang rm60. Kain tirai JC dan bunga yang dililit pada pada rak mulig IKEA je yang beli. Lain2 kerusi, karpet, bunga hijau jurai tu yang dah sedia ada so jimat kan.
Untuk next pelamin, impian i nak macam ni tapi tak tahulah kan kena tunggu next year lah. 
Lawa amat ni. Tak dapat macam ni sipi2 pun jadilah kan. Minat sangat all white or cream macam ni. Suci murni je kan.😀

Cantiknya tapi mampu berangan jelah kan. Mahal bebeno kalau nak macam ni. Huhu.
Apa yang termampu ajela kan. Apapun tak salah berangan mana tahu tercapai. Hehe..chayok2

1 comment:

  1. salam alaik
    sekarang tgh in balik
    tema wedding yang simple2, putih2..

    ReplyDelete

Thanks for Comment