Friday, March 9, 2012

Rindu Kangkung Kat Rumah

Assalamualaikum...

Sesiapa yang rajin baca entry merapu-rapu i, mesti tahu kan i ni memang minat giler-giler berkebun ni...Giler-giler i lagi giler mama i..Eh,,jangan salah sangka..maksud i obses sangat-sangat dengan gardening ni..tak kira la dari sekecil pokok bunga, sayur-sayuran juga pokok buah yang lain...Mama i mengikut sifat tokwan dan tokki i yang rajin berkebun and then turun dekat i plak...

Orang kata tak rugi berbudi pada tanah...Memang pon sebab kalau orang kampung i sikit-sikit nak cari pokok bunga nak berubat, mesti cari dekat kawasan rumah i...Nak sirih buat sirih junjung mesti cari rumah i takpun rumah tok wan i...Nak minum air tebu, cari tebu dekat rumah tokwan i, nak serai buat tomyam duk cari rumah i jugak...Aduii..kadang-kadang terfikir kenapa benda yang macam tu tak tanam sendiri, bukan susah pun, bukan tak ada tanah pun tepi rumah tu..Duduk rumah rileks-rileks pun ada rezeki datang kan...Yelah, dorang yang datang mencari ni kadang-kadang suka bayar padahal kalau boleh nak bagi jer...Mesti dorang rasa tak sedap hati kan..eh, tapi orang hulur i ambik jer...rezeki beb..!!!ingat i duk siram pokok-pokok ni tak guna air ke, tak guna baja ke...
Ini rupa kangkung yang i tanam.
I tanam tak guna biji benih dia, tapi dari akar yang beli kangkung kat pasar tu..Kangkung dekat pasaraya kan dorang jual dengan akar-akar sekali..so, jangan buang yer akar-akar tu..korang boleh cucuk-cucuk dia atas tanah..and then esok lusa dah bercambah...Memang cepat jika nak dibandingkan dengan tabur biji benih
Usia lebih kurang seminggu lebih
Tanah kampung biasalah tak cantik..macam-macam pokok kecik tumbuh..
My feveret sayur..kangkung ni i boleh makan mentah-mentah je buat macam ulam-ulaman tu
Sekarang dah beshaa dah dia..Dah boleh makan dan buat kangkung goreng dah...
Tebu yang i tanam...I suka sangat tanam tebu...kalau boleh satu rumah i nak tanam keliling-keliling pagar..
Lagi beberapa bulan melangut la tinggi ni..Tak sabar balik rumah nanti nak makan...I memang peminat tegar makan tebu ni...
Tebu yang dikelilingi pegaga-pegaga bulat..
Serai...ni kira sebahagian jer..rumah i dah macam kebun serai dah...Serai mahal u, jual dekat pasar ni memang berbaloi-baloi..

Mama i call tadi cakap dia beli banyak pasu baru...Alahaii..i rindu benor la nak main dengan bunga-bunga ni...I rindu nak tatap bunga-bunga yang mekar setaman tiap-tiap pagi dan petang...

Thursday, March 8, 2012

BBQ Seuntai Kasih

Assalamualaikum..


Aktiviti Errah and classmates malam nanti...huehuehue..
nak makan kenyang-kenyang...

Sistem Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan

Assalamualaikum...

Aduhaiii...i baru balik dari class analysis method ni...Ngantuk belajar teori, tapi tak apa next week dah start class tutorial...Takut jugak yelah nak main-main dengan software yang letop-letop tu...Mudah-mudahan i dapat catch-up apa yang dipelajari...Amin..

Tadi dalam class Dr Nafisa ada bagitahu pasal SBPA ni dah dibatalkan..So, i balik ke bilik cepat-cepat google nak tahu the story behind..

Ini yang i jumpa from mStar Online



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.
"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.
Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.
"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.
"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.
Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:
1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.


***adakah anda setuju???


maybe ada yang kata tak dan maybe ada yang mengiyakannya..
tepuk dada tanya hati..

Wednesday, March 7, 2012

Berjaya Jugak Register ISO..!!!

Assalamualaikum..
Alhamdullillah dapat gak register walau beribu-ribu student duk berebut...Daftar online macam ni lah, tempat offer sikit, tapi student ramai..Nak tak nak memang selalu kena alert dan buka UTMSpace ni...tak sampai beberapa saat, dah full class...Mujur i sempat tadi, tapi sedih gak tak dapat nak register untuk kawan sekali...pantas sangat budak UTM ni..kejap je dah full...

Baru 1 subjek ada 4 lagi subjek yang kena ambik...Tak ada cuti weekend dah la minggu ni...

Good night kesayangan semua..tidur awal malam ni perut tak berapa sihat....:(

Wordless Wednesday : Nasi Lemak Ayam

Assalamualaikum...


Godaan nafsu di petang hari..:)

***opps, i out dulu...puasa la hari ni...

Majlis Perasmian Program Bandar Selamat Negeri Johor 2012 dan Lawatan Kerja Inisiatif NKRA

Assalamualaikum
6 Mac 2012 di perkarangan Majlis Perbandaran Kulai...

Entry teaser dulu lah yer, banyak picture dengan kawan-kawan belum collect lagi..

Thanks for reading :)

Tuesday, March 6, 2012

Sumber DEMIHAFIZ

Assalamualaikum..

Update from previous entry

Untuk memudahkan lagi pembaca memahami keadaan sebenar OP Hafiz, di sini Errah dengan rasa tanggungjawab ingin berkongsi risalah 'SUMBER DEMIHAFIZ'  yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kepada para pembaca..Special thanks to Mr Sheikh Ghazali  yang telah mengirimkan risalah ini melalui email kepada Errah...:)

As u can see...
Ok, mungkin kecik sangat kan..takpe, Errah cuba taip satu-satu yer...

OP MOHD ABDUL HAFIZ ABU TAHIR


OP Hafiz dilahirkan 23 tahun yang lalu pada Ogos 24hb 1988 di Hospital Kota Tinggi, Johor di dalam keluarga Abu Tahir dan Tumirah yang mempunyai 7 adik beradik. OP Hafiz ialah anak yang kelima..selain 2 lelaki dan 3 perempuan. Seorang kakak telah meninggal dunia semasa berumur 5 tahun. OP Hafiz dibesarkan di persekitaran FELDA. Bapa beliau merupakan peneroka FELDA Semencu, Kota Tinggi sejak 1977.
OP Hafiz mendapat pendidikan awal di SRK dan SMK Semencu sebelum dipilih melanjutkan pelajaran ke Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi, Kuala Lumpur pada tahun 2002. Beliau berada selama 4 tahun di MTD dan ditempatkan di kompeni F. Selepas Perbarisan Tamat Latihan di MTD pada akhir tahun 2005, beliau melanjutkan pelajaran tingginya di Universiti Teknologi Petronas pada tahun 2006 sehingga pertengahan 2011 untuk Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia. Beliau berada pada tahun ke3 dan terakhir dan dianggap mahasiswa yang cergas dan cerdas. Beliau hanya ada satu kertas amali sahaja untuk diduduki.

TAK SEMENA-MENA....TRAGEDI MELANDA

TRAGEDI
Tragedi melanda pada petang Selasa, Mei 24hb 2011. OP Hafiz dan beberapa kawan sedang bermandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Beliau terjun beberapa kali dari suatu cenuram. Pada terjunan ke3 atau ke4, beliau tidak timbul. Mujur kawan-kawan dan orang yang di pantai sedar akan keadaan yang berlaku. Bergegas mereka tarik beliau dari dalam air laut. Beliau kaku dan kesejukan, kedua belah tangannya bengkok, tak boleh bergerak, masih sedar tetapi percakapannya raban. OP Hafiz serta merta dihantar ke Hospital Kota Tinggi. Memandangkan keadaan kritikal, OP Hafiz telah dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

MIMPI NGERI RAWATAN
Pada Jun 9hb 2011, OP Hafiz menjalani pembedahan di Hospital Sultan Ismail selama lebih kurang 7 jam yang mencemaskan. Keluarga Abu Tahir dan Tumirah berada dalam keadaan gundah gulana yang tidak terperi..tidak tahu apa yang akan berlaku. Mereka hanya ‘pasrah’ kepada ALLAH. Pembedahan Berjaya. “Anterior plating” dipasang dan penggraftan tulang dilakukan.
OP Hafiz telah didiagnos mengalami ‘fraktur ledak C6 dengan deficit neurologi, cedera kepala yang ringan beserta pendarahan intracranial dan ulser tekanan pada kawasan gluteus.” Merujuk laporan surgery, oleh Dr Wan Noor Azliana Mamat, Jabatan Ortopedik..”..Diagnosis seperti tersebut di atas boleh menyebabkan pesakit lumpuh dan kesudahannya tidak pasti. Kita perlu menunggu selama sekurang-kurangnya 6 bulan untuk menentukan samaada pesakit boleh peroleh fungsi normal atau hampir normal atau pesakit akan lumpuh sepanjang hayat.OP Hafiz telah berada di hospital selama 2 ½ bulan.

MASA DEPAN OP HAFIZ?
OP Hafiz kini terlantar di katil dan separa lumpuh di rumah. Keadaan medikalnya amat kritikal. Hidupnya tidak keruan. Pemikiran bahawa “lumpuh dan terlantar sakit di katil sepanjang hayat “ merupakan mimpi ngeri dan amat menakutkan OP Hafiz dan keluarga tersayang.
Universiti Teknologi Petronas amat prihatin. UTP telah membiayai segala kos pembedahan, perawatan hospital dan pembelian kelengkapan dan aksesori perubatan untuk keselesaan OP Hafiz..yang berjumlah sekitar RM25,000/=.
Beberapa sumbangan telah diterima daripada OP(OP=bekas penuntut Maktab Tentera DiRaja) sebanyak RM6,820/= , kebanyakannya daripada usaha murni OP yang lebih muda dengan melakukan beberapa kegiatan amal bertujuan meringankan beban yang ditanggung keluarga OP Hafiz.
NAMUN..OP Hafiz perlukan lebih dari ini.

Tabung “SUMBER DEMIHAFIZ”
Tabung ini diwujudkan khas untuk mengutip derma dan sumbangan untuk membiayai keperluan perubatan dan keperluan hidup OP Hafiz. OP Hafiz perlukan anda sekarang untuk membantu beliau. Rayuan dibuat untuk derma dan sumbangan kepada Tabung ini. 

Sumbangan boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank:

SUMBER DEMIHAFIZ di Bank CIMB
No Akaun : 14160001103109


Thanks for reading this entry..hope you guys can spread this and share to others too...
Assalamualaikum..

STPM 2011 Keputusan Cakap-Cakap

Assalamualaikum


Tak tahu kenapa i rasa nak share 'keywords' yang dicari oleh pengunjung blog i hari ini....hari ini dah lah i tak buka sangat blog ni, tetibe balik dari perasmian oleh TPM tadi tergerak hati nak buka Nuffnang...I sangat malas nak buka sebabnya line sangat slow..kalau buka pun buat sakit hati jer...sebab tak keluar-keluar...asyik-asyik problem loading.....

Kira first time ni ...anda bertuah..!!!!cepat tuntut keputusan STPM dengan i...=)
Cepat cakap kenapa keputusan cakap-cakap, bukan keputusan khabar angin ke, keputusan borak-borak ke...ehehe...i plak dah over mengarut ni...ok, abaikan...

Kadang-kadang apa yang korang cari boleh buat i geli hati tau..nanti la i godek-godek cari yang lepas-lepas apa yang korang duk cari..macam tak ada mengena tapi last-last sampai jugak korang ke blog ni..anyway, thanks tau korang and mr google yang membuatkan korang sampai ke sini..sorrylah i tak sempat nak buat air..lain kali nak datang, call dulu ek...(^-^)

Patutlah korang cari ek, esok kan keluar keputusan rasmi STPM...so, dah tak ada keputusan cakap-cakap yer dik, keputusan yang buat korang tak boleh bercakap  adalah kot esok....

Good luck yer semua calon-calon STPM 2011...Insyaallah usaha korang akan berbayar dengan keputusan yang cemerlang esok...AMIN...