Thursday, March 8, 2012

Sistem Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan

Assalamualaikum...

Aduhaiii...i baru balik dari class analysis method ni...Ngantuk belajar teori, tapi tak apa next week dah start class tutorial...Takut jugak yelah nak main-main dengan software yang letop-letop tu...Mudah-mudahan i dapat catch-up apa yang dipelajari...Amin..

Tadi dalam class Dr Nafisa ada bagitahu pasal SBPA ni dah dibatalkan..So, i balik ke bilik cepat-cepat google nak tahu the story behind..

Ini yang i jumpa from mStar Online



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.
"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.
Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.
"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.
"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.
Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:
1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.


***adakah anda setuju???


maybe ada yang kata tak dan maybe ada yang mengiyakannya..
tepuk dada tanya hati..

1 comment:

  1. ish... hari tu cam iye2 je.. pastu batal pulokkk... huhu...

    ReplyDelete

Thanks for Comment