Friday, March 9, 2012

Kuda ku Lari Gagah Berani

Assalamualaikum..

Isnin baru-baru ni, i dan kawan-kawan i semua nak pergi menunggang kuda.Malangnya, kitorang lambat sikit jer..;p....Lambat banyak ok, sebab waktu yang paling cantik nak tunggang kuda ni seelok-eloknya selepas Asar...Pukul 5 pun dah banyak cantik woo...Pergi tanpa dirancang, macam ni lah..Tak tau exact time dia macammana..Sampai-sampai, uncle yang jaga ladang kuda tu cakap pukul 6.30 petang memang tutup dah...Kami sampai pukul 6, so memang tak sempat la..Time tu kuda-kuda ni nak makan....

Satu keistimewaan untuk student UTM, ialah pelbagai aktiviti yang boleh kami lakukan bersama hanya di dalam UTM..Tapi tak semua lah..orang kata aktiviti orang-orang berduit...Kalau dekat luar tak adanya nak dapat harga yang berpatutan kan..Mesti mahal punya...Terutamanya aktiviti berkuda dan berkayak..Ok,    we all plan next week aktiviti untuk berkayak satu class..Hope menjadi...dah lama sangat tak berkayak..Last time PLKN dulu (tapi i asyik ketepi jer, tak reti nak handle)...maybe muatan berat kot..hehe..

Ok lah, i tak tahu nak letak picture mana sebab semua picture kelabu asap jer..Camera i meragam hari tu, malas-malas je dia nak snap cantik-cantik.....



Memula sampai, depa dikerah untuk memberi kuda-kuda ni makan...

Moon Shadow nama diberi
 Sangat manja sekali
Ini makan dia..tak tahu nama apa, lupa nak tanya uncle tu...anyone yang tahu ni???

 Roy Austin yang pemalu
 Bergambar dengan Moon Shadow yang menjadi pujaan hati
 Wani the ketua
 First time i pegang kulit haiwan...Satu pencapaian terbaik dalam hidup...haha
 Kinah dan Aten yang excited ..
 Gambar yang separuh gelap separuh kabur
Yeay..berjaya menyelit badan yang besar tu...:p
 Even gambar ni blur, i suka sangat...The sweet moments together...walah
Ok,dah 6.30, ayuhlah kita pulang...

Penutup entry...ambik ni...
Sekadar gurauan...jangan ambik hati yer...
y'alls know kan bos ni suka bergurau...teeheee...

Jom tengok The Lorax...Dah kat panggung semalam

Kalau suka entry ni boleh like

Barbeque Seuntai Kaseh

Assalamualaikum...

Malam semalam i dan lebih kurang 60++(iyer kot) kawan-kawan sekelas telah berjaya menjayakan acara barbeku ni...Ia dinamakan BBQ Seuntai Kaseh....nama pun nak glam kan...Acara makan-makan ni dah memang menjadi acara wajib kami semua setiap semester...Tak sah muka-muka budak-budak SBW kalau tak ada pesta makan-makan...Dan ini jugak salah satu cara we all gembira bersama dan off course kami semua sememangnya rapat sebab dari tahun 1 memang  berkepit je manjang...
Iyeaahhhhhh..tangan gagah sapa tu...????
Bos, Kinah dan Ain
Semua nak berkerumun depan ni aihhh...
Me and Farihah..ada ke patut dak-dak ni cakap "bos, hang nak pi mana lawa-lawa ni bos...nak pi jusco ka...?" hehe, i rasa i pakai biasa-biasa je, siap baju tidur lagi ...!!!
Yummy yummy....ayam perapan rempah ratus yang siap dibakar....
Memperkenalkan...Otak-otak KEMPAS...
Kerang bakar juga ada....Patutlah sendat giler perut i semalam...wahahahaha
Spoil betul la couple ni...tak comel dah orang kat belakang...:)jangan marah yer ain, bos letak gambar ni...kehkehkeh
Yeay..dengan champion BBQ semalam...berapa round NAB..???
Ini dia otak-otak kempas...Tak sama macam tempat i yang menggunakan ikan yang disalut dengan rempah-rempah beserta dengan nyiur kelapa..eh, betul ke ni..??i tau makan jer..
Tomyam campur...kawan-kawan i yang masak sendiri...
This is mine...Ini baru first round...kenyang sangat-sangat la semalam duk melantak ramai-ramai
Sesi meratah kerang bakar dan otak-otak...agak-agak berapa kali kitorang duk tambah...hahaha..malu weyyy..makan banyak do'oh...
Sampai orang snap picture i buat dekk jer...Nampak sangat tengah lapar..hehe..iyerlerr...semalam i puasa tau...Time buka just minum air kosong...Pastu boleh makan ni around 9 p.m. mana perut tak menggeletak nak makan ....

Last but not least, thanks to all organizer yang susah payah untuk adakan event ni...Dan event semalam memang best...Sampai macam-macam yer kena baling..air sunquick la, minyak masak la, perapan ayam la, sos cili and many more...Siap ada yang mengajuk balik terus...hehe..jangan mara yer...bos gurau jer ...

Dan i jugak nyaris-nyaris kehilangan spek baru..Sampai mood i hilang hari ini dek kerana spek i yang tercicir tu..Nasib baik jumpa..Kalau idokk, melayang lagi lah uwang nyer...

***Actually gambar-gambar dalam camera i tak banyak mana pun..dah kawan ada dslr kan, so i menumpang je lah dalam camera dorang tu...Camera kiut-miut i ni malu nak interframe..hakhak..tengah tunggu picture dari kawan-kawan yang lain...nanti i story mory lagi...

Salam Jumaat hari yang barakah..Assalamualaikum...

Check this peeps.;
Anda Rasa Hotlink Bagus???
Insurans Nyawa : Abadikan Detik-detik Indah di dalam Hidup Anda
Dapatkan Kasut Cantik-cantik di sini
Lampu Garam...Apa Tu????
Celcom 77...Takkan Nak Tengok Jerr...Grab La 1...

Kalau suka entry ni boleh like.

Quote of the DAY #5

Enjoy the little things in life… for one day you’ll look back and realize they were the big things. – Robert Brault

Rindu Kangkung Kat Rumah

Assalamualaikum...

Sesiapa yang rajin baca entry merapu-rapu i, mesti tahu kan i ni memang minat giler-giler berkebun ni...Giler-giler i lagi giler mama i..Eh,,jangan salah sangka..maksud i obses sangat-sangat dengan gardening ni..tak kira la dari sekecil pokok bunga, sayur-sayuran juga pokok buah yang lain...Mama i mengikut sifat tokwan dan tokki i yang rajin berkebun and then turun dekat i plak...

Orang kata tak rugi berbudi pada tanah...Memang pon sebab kalau orang kampung i sikit-sikit nak cari pokok bunga nak berubat, mesti cari dekat kawasan rumah i...Nak sirih buat sirih junjung mesti cari rumah i takpun rumah tok wan i...Nak minum air tebu, cari tebu dekat rumah tokwan i, nak serai buat tomyam duk cari rumah i jugak...Aduii..kadang-kadang terfikir kenapa benda yang macam tu tak tanam sendiri, bukan susah pun, bukan tak ada tanah pun tepi rumah tu..Duduk rumah rileks-rileks pun ada rezeki datang kan...Yelah, dorang yang datang mencari ni kadang-kadang suka bayar padahal kalau boleh nak bagi jer...Mesti dorang rasa tak sedap hati kan..eh, tapi orang hulur i ambik jer...rezeki beb..!!!ingat i duk siram pokok-pokok ni tak guna air ke, tak guna baja ke...
Ini rupa kangkung yang i tanam.
I tanam tak guna biji benih dia, tapi dari akar yang beli kangkung kat pasar tu..Kangkung dekat pasaraya kan dorang jual dengan akar-akar sekali..so, jangan buang yer akar-akar tu..korang boleh cucuk-cucuk dia atas tanah..and then esok lusa dah bercambah...Memang cepat jika nak dibandingkan dengan tabur biji benih
Usia lebih kurang seminggu lebih
Tanah kampung biasalah tak cantik..macam-macam pokok kecik tumbuh..
My feveret sayur..kangkung ni i boleh makan mentah-mentah je buat macam ulam-ulaman tu
Sekarang dah beshaa dah dia..Dah boleh makan dan buat kangkung goreng dah...
Tebu yang i tanam...I suka sangat tanam tebu...kalau boleh satu rumah i nak tanam keliling-keliling pagar..
Lagi beberapa bulan melangut la tinggi ni..Tak sabar balik rumah nanti nak makan...I memang peminat tegar makan tebu ni...
Tebu yang dikelilingi pegaga-pegaga bulat..
Serai...ni kira sebahagian jer..rumah i dah macam kebun serai dah...Serai mahal u, jual dekat pasar ni memang berbaloi-baloi..

Mama i call tadi cakap dia beli banyak pasu baru...Alahaii..i rindu benor la nak main dengan bunga-bunga ni...I rindu nak tatap bunga-bunga yang mekar setaman tiap-tiap pagi dan petang...

Thursday, March 8, 2012

BBQ Seuntai Kasih

Assalamualaikum..


Aktiviti Errah and classmates malam nanti...huehuehue..
nak makan kenyang-kenyang...

Sistem Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan

Assalamualaikum...

Aduhaiii...i baru balik dari class analysis method ni...Ngantuk belajar teori, tapi tak apa next week dah start class tutorial...Takut jugak yelah nak main-main dengan software yang letop-letop tu...Mudah-mudahan i dapat catch-up apa yang dipelajari...Amin..

Tadi dalam class Dr Nafisa ada bagitahu pasal SBPA ni dah dibatalkan..So, i balik ke bilik cepat-cepat google nak tahu the story behind..

Ini yang i jumpa from mStar Online



PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan sistem saraan kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Sementara itu Najib, turut mengumumkan penubuhan suruhanjaya yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan yang bekerja bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.
"Selaras dengan komitmen kerajaan sebagaimana yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2012 suka saya umumkan pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM," katanya pada Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Najib berkata, kerajaan juga bersetuju menaikkan kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) bagi kawasan B dinaikkan daripada RM200 sebulan kepada RM250, dan bagi kawasan C kadarnya dinaikkan daripada RM100 sebulan kepada RM150 sebulan.
"Kerajaan juga bersetuju Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
"Kepada para guru jangan gundah gulana. Kerajaan amat komited terhadap kebajikan dan prihatin terhadap kebimbangan anda. Di sini saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengekalkan keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip 'time-based' Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012," katanya.
Justeru, Mohd Najib berharap keputusan tersebut dapat meredakan ketidakpuasan hati yang wujud di kalangan penjawat awam di semua peringkat.
"Bagi isu-isu lain berkaitan perkhidmatan dan skim perkhidmatan, perkara ini akan dikaji oleh suruhanjaya yang saya umumkan.
"Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar keputusan yang dibuat ini mudah-mudahan menjadi penyelesaian terbaik bagi manfaat seluruh penjawat awam," katanya.
Antara pelarasan gaji yang diumumkan mengikut gred-gred adalah seperti berikut:
1) Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi kumpulan pengurusan dan profesional dan kumpulam pelaksana di Gred 1 hingga Gred 54.
2) Pelarasan gaji sebanyak 9 peratus untuk gred utama dan gred khas C, B dan A.
3) Pelarasan gaji sebanyak 8 peratus untuk Turus III dan Turus II.
4) Pelarasan gaji sebanyak 7 peratus untuk Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.


***adakah anda setuju???


maybe ada yang kata tak dan maybe ada yang mengiyakannya..
tepuk dada tanya hati..

Wednesday, March 7, 2012

Berjaya Jugak Register ISO..!!!

Assalamualaikum..
Alhamdullillah dapat gak register walau beribu-ribu student duk berebut...Daftar online macam ni lah, tempat offer sikit, tapi student ramai..Nak tak nak memang selalu kena alert dan buka UTMSpace ni...tak sampai beberapa saat, dah full class...Mujur i sempat tadi, tapi sedih gak tak dapat nak register untuk kawan sekali...pantas sangat budak UTM ni..kejap je dah full...

Baru 1 subjek ada 4 lagi subjek yang kena ambik...Tak ada cuti weekend dah la minggu ni...

Good night kesayangan semua..tidur awal malam ni perut tak berapa sihat....:(

Wordless Wednesday : Nasi Lemak Ayam

Assalamualaikum...


Godaan nafsu di petang hari..:)

***opps, i out dulu...puasa la hari ni...