Assalamualaikum...
Ikan Singgang...sapa yang tak tahu tu confirm-confirm bukan orang Malaysia..eh, silap..orang Pantai Timur...Ikan Singgang ini terkenal di kalangan penduduk Pantai Timur khususnya. tapi sekarang dekat mana-mana negeri pun ada jer ikan singgang ni..Singgang ni bukan ikan ajer boleh buat, ayam, ikan, daging, sotong semua boleh disinggangkan .Di samping senang dan cepat ianya sangat lazat tau...Kalau tak takkan la boleh menambah berpinggan-pinggan kan...wink~
Ada tak yang pernah tengok rupa Ikan Singgang camana...esh esh esh(geleng kepala turun naik turun naik)
geleng kepala turun naik camana la gaya dia..acu try..hehe..terpeleot leher nanti..=)
I rasa kalau orang belah Pantai Timur especially Kelantan dan Terengganu kebanyakannya tak kisah kalau tak ada ayam madu ke, ayam blackpepper ke, sambal ayam ke, sambal sotong, kari kepala ikan , cencaru belah belakang semua tuh..sebab kami sangat simple jer..kami itu i tujukan kepada famiy i dan sanak saudara i...orang lain maybe ada yang tak lalu, katanya hanyir...aah, tak dinafikan kalau makan ikan singgang ni tangan kita akan berbau hanyir..tapi boleh hilangkan kan...kalau tidak apa gunanya sabun kat kedai...tak untung la kedai tuh kalau tak beli...:p
Ikan Singgang ni kalau nak tahu makin hari makin sedap tau..Maksud i kalau tak habis try la hangatkan dan makan untuk esoknya..Lagi umphhh...
Ikan singgang ni kalau makan nasi dengan lauk jer tak sere orang Terengganu kata ...Jadi, nak bagi perut tu bertambah selera mesti kena ada ikan or ayam goreng, sayur, ulam-ulaman, buah and of course la BUDU....Tak lalu i kalau makan ikan singgang tak ada BUDU....
Salah satu faktor ikan singgang menjadi power...Enak dan hangat di bibir...
Kalau tak ada budu pun, ikan goreng or ayam goreng wajib ada...kalau tak hambar jer rasa tanpa budu..
Kangkung goreng bersama hati ayam ni kalau tak ada pun tak apa..Tak menjadi masalah.Kalau ada, lagi baik.Makin berseleralah perut...
Ulam-ulaman...Family i memang hantu ulam...Semua tu ada dekat rumah kecuali kerdas/keduak tu..Yang ini kalau makan seminggu tak boleh keluar rumah...haha
Buah mempelam dan tembikai. Dekat Terengganu kami tak makan sebagai dessert tapi kami makan bersama dengan nasi...Macam makan dengan menu-menu yang lain...
***ohhh, ada satu hal...ada lah seorang itu perli kenapa lah blog i ni banyak post pasal makanan jer...kenapa tak post pasal benda-benda yang bagi ilmu, perkongsian isu semasa dan etc...I tak jawab pon but now i nak jawab...sebab i suka makan...ok..lagi satu orang-orang Malaysia ni memang suka makan-makan...Kalau tidak tak ada lah orang google macam-macam cari pasal makanan...betul tak kawan-kawan???
dan ini jawapan common kebanyakan blogger, ini blog i yang punya, suka hati i la mau tulis apa..ok, garang tak..?hehe...I tak menulis pasal isu semasa sebab i bukan mengikuti sangat...i hanya tulis mengikut kemampuan minda dan tangan i jer..apa yang i nak share itula yang i buat..haha..yang penting jangan salah langkah dan bertindak di luar batasan...
So,happy blogging semua...jangan lah ada rasa dengki mendengki di antara kita,
katanya buat blog mahu berkongsi cerita kan...
(^_^)
So,happy blogging semua...jangan lah ada rasa dengki mendengki di antara kita,
katanya buat blog mahu berkongsi cerita kan...
(^_^)
Thaks for reading this entry..