Monday, September 3, 2012

Hantaran Sirih Junjung Pertunangan Azizi dan Ain

Assalamualaikum
Hantaran Sirih Junjung Tema Merah, Krim, Putih dan Hijau

Mula berjinak menunjukkan bakat yang tak berapa nak ada. Biasa-biasa je i buat sebab barang semua guna yang recycle. So, kalau tambah pun benda yang dah ada di rumah i. Ini bahagian atas, bahagian bawah i lupa nak snap. Nanti i tunjuk picture full ya.

Ikan Siakap Masak Masam Manis Buah Bacang, Kari Terung dan Tomyam Campur

Assalamualaikum

Bertandang ke blog ini pastinya tak lari dari pelbagai juadah makanan. Sememangnya pemiliknya memang suka makan-makan. Owh, baru-baru ni gempar di Terengganu harga makanan sangat mahal kan. Itulah realitinya. Secara jujurnya makanan di sini memang cekik darah jugak sebab tu family kami selesa masak sendiri. Tapi tak semua premis perniagaan la macamtu, ada yang ok ada yang tak. Kena pandai memilih lah sikit yer.

 Ikan Siakap Masam Manis Buah Bacang. Istimewanya buah bacang itu sendiri lah, menimbulkan rasa masam pada kuah dan kuahnya memang dimasak masam manis pun. Jiran yang bagi ikan siakap ni yang dah dipotong macamtu, kalau tidak pasti kitorang goreng seekor terus.
 Kari Terung. Best kan makan terung
Tomyam Campur. 
 Ayam Goreng Najwa. Dibelanja oleh Azizi time dia ikut pergi PARAM
 Buah mempelam. Enak menjadi aksesori di dalam budu. Ada nangka seketul. Hehe!
 Kerabu Sayur dan Ikan.

 Kuih Apam Balik sebagai pembuka selera
 Air Tebu sudah semestinya
Dan air ni. Sorry tak tahu nama. Beli di PARAM 1 bungkus. Sampai beku letak dalam peti ais. Ada pelbagai campuran buah.

Menu di atas adalah hari ke 24 Ramadhan. ISH ISH ISH. Dah masuk minggu ketiga raya baru update kan. Hihi. Tengok INI dan juga INI.

Sunday, September 2, 2012

Jom ke LEGOLAND Malaysia, Nusajaya, Johor Bahru

Assalamualaikum

Hangat di media cetak mahupun media elektronik, bualan pakcik makcik, rakan taulan berbincang nak ke Taman Tema Legoland ni. Yang pastinya bangga lah kan sebab ianya adalah LEGOLAND pertama di Asia. Siapa tak bangga kan lagi-lagi rakyat Johor. Dibina di atas tanah  Negeri Johor dalam Negara Malaysia. So, we are Malaysian and off course we are proud of it. 
 LEGOLAND MALAYSIA ENTRANCE

Semalam tengok status kawan-kawan dekat facebook yang dah pergi LEGOLAND ni. Hari pembukaan 15 September ni kan. Cemburu lah pulak rasa. Rata-rata cakap best cuma tak semua game dah dibuka. Yelah baru nak start beroperasi kan. I tak pergi lagi so tak bolehlah nak review kan. Tapi nanti pergi Johor i nak lah jugak pergi sini. Tak dapat masuk lagi pun takper just nak tengok dari luar jer. Haha. Tengah kumpul duit tak cukup-cukup lagi niha.

Tadi baca blog INI sebab tu i pun teruja sama nak pergi lepas tengok gambar -gambar dari SINI
Sebahagian dari model LEGO
Antara permainan yang ada di LEGOLAND MALAYSIA

Nak tengok lagi gambar menarik?
Sila ke blog HAZREY.COM. Lawa-lawa semua gambarnya.=)

Segarnya Dessert Chilled Pineapple With Sea Coconut

Assalamualaikum

Beberapa hari ni panas terik je kan. Nak berjalan pun rasa tak selesa cuaca terlampau panas. Ni baru je kenyang pekena milo ais, teh ais dan tea o ais limau. Fuhh, itupun rasa masih dahaga. Nasiblah duduk di beranda ni angin kuat jugak kalau tidak merembes peluh sebadan. Hehe...!
 Sambil-sambil kemaskini folder dalam lappy i ni, terjumpa la gambar dessert Chilled Pineapple With Sea Coconut 
 Atau Bahasa Melayu kita panggil air manisan nanas bersama kelapa laut 'ais'
Masih terasa segar di tekak bila tengok gambar pencuci mulut ni. Ini dessert time dinner fakulti beberapa bulan yang lepas. I rasa meja i tuh i yang banyak habiskan. Hehe, i ni memang hantu kalau dessert jenis air ni. Tolak bagi dekat i semua pun takper. Sure dapat habiskan.

Sebab tu la berat badan dah naik 5kg. Aduhai lepas raya ni semua benda masuk dalam mulut. Baju dah mula ketat balik. Tak boleh jadi ni, kena berperang dengan nasi lagi lepasni.;p

Saturday, September 1, 2012

Nasi Goreng Kunyit Lada Hitam dan Ayam KFC

Assalamualaikum

Hari ni dah September 2012 sudah. Pantasnya masa sampai i rasa i baru je balik duduk kat rumah ni, tak rasa macam dah 2 bulan lebih pun. Korang ada rasa macam i tak?

Ok, korang-korang semua. Hari ni kan cuti, so apa plan korang? Plan family i hari ni ialah nak pergi makan kenyang-kenyang dekat open house sekaligus shopping. I nak beli baju sikit dan tudung sikit. Haha, cek-cek dompet tinggal beberapa ketul agi duit, cukup ker tuh nak shopping. Kita pinjam duit ahma ahpa la dulu ek. kekekeke. Pinjam yang tak pernah berbayar lagi. Insyaallah lepas ni nak kerja kuat-kuat bagi duit dekat mak ayah. Doakan i ek.=)
 Nasi Goreng Kunyit Lada Hitam. Najwa tak makan nasi so dia ratah ayam KFC jer.
Beli bungkus sebab nak makan dengan nasi goreng kat rumah. Biasa kalau makan kat luar, adik lelaki i tak ikut so we all terpaksa beralah beli siap-siap dan makan dekat rumah. Takpun kitorang makan kenyang-kenyang dulu lepastu bungkuskan untuk dia. Susah aih orang tak suka berjalan ni. 

Tapi makan dekat rumah best lagi kan. Tak payah nak control-control ayu nih. Hehe.!

***Ohh, tak sukanya template baru nih, tapi i malas dah nak godek-godek. Nanti la ada masa lagi i touch-up u lagi yer blog kesayangan~

Friday, August 31, 2012

We Love You, Malaysia.!

Assalamualaikum. 

Salam Sejahtera dan Salam Merdeka buat semua rakyat Malaysia di mana jua anda berada.
*Happy Birthday to Malaysia

*Sweet 55 tahun 2012

*31 Ogos 1957-31 Ogos 2012

*Selamat Hari Merdeka Malaysia

WE LOVE YOU MALAYSIA

Thursday, August 30, 2012

Raya di Rumahku~Open House Kecil-Kecilan

Assalamualaikum


30.8.2012-Petang tadi ada buat jamuan hari raya sikit dekat rumah i. Start pukul 5 tu dah ramai la orang datang bergilir-gilir. Walaupun hujan lebat ingatkan tak ada orang datang dah, dekat-dekat pukul 6 tu berderet orang datang. Time tu hujan dah mula reda dan orang dah balik kerja kan.

 Antara tetamu yang hadir. Bukan sesiapa pun just saudara mara dan rakan-rakan jer. Kali ni buat kecil jer dan Alhamdulillah makanan pun cukup. 

Gambar selebihnya akan menyusul. Harap sabar menunggu. Hehe..!

PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Assalamualaikum

Sebentar lagi majlis hari raya di rumah i akan dijalankan. Buat kecil-kecil jer dan jemput orang-orang yang rapat jer. Bajet lepas raya biasalah kan. Ok, ni sementara menunggu para jemputan(chewahh), dekat rumah dah ada beberapa orang ni yakni sepupu sepapat yang hari-hari memang lepak dekat rumah i ni dan tunggu kawan-kawan mama yang belum datang. Adik dan abah belum balik kerja so kawan-kawan dorang datang malam nanti. I pulak ada lah jemput kawan-kawan dalam kampung ni, kawan-kawan i mana la ramai sangat dekat Kemaman ni sejak kecil dah merantau jauh kan.Hihi...!

Panjang la pulak mukadimah kan, ni nak ajak rakan-rakan turut serta segmen PENCARIAN 222 BLOGGER BERTUAH OLEH NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Klik BANNER di atas kalau nak join k

Kalau bertuah, ada special gift tau
Mereka yang tersenarai bakal menerima:
*******************************************************
1)DUA HELAI DRESS ANGGUN PILIHAN (2 Blogger bertuah!)
 2) 2 unit x wallet/purse (2 blogger bertuah!)
3) Baucer RM10 x 5 unit  (222 blogger bertuah!)
layak untuk sebarang belian di BLOGSHOP NORZI BEAUTILICIOUS HOUSE

Hadiah #1 dan #2 adalah tertakluk kepada availability warna

Penyertaan akan berakhir  malam ni, 31hb Ogos 2012--12 tengah malam.