Monday, January 9, 2012

The Cute Sara

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera..

"The Cute Sara"
Actually picture-picture ni dah lama ..dah 3 4 tahun lepas rasanya..time si sara ni chubby..dan pipi dia kembong lagi..Now, dah kurus cekeding dah budak ni..start sekolah sahaja badan dia dah susut..She's 6 years old now..dia ni anak kepada cousin aku...dari kecil manja dengan kak long dia ni..Aku suka sangat mekapkan budak-budak ni dan makeover apa-apa yang patut..

Ok, tak tau nak cerita pasal apa..asalnya nak kongsikan kecutetan si sara ni..tapi rasanya semua agree kan si sara ni memang comel..Jadi, nak cerita bab gaya tudung dia lah dalam gambar-gambar kat bawah ni..:)

Ada 2 version tudung belit yang aku gayakan dekat dia ni

1=Tudung belit-belit ala muslimah 

Gaya tutup habis..Comel je kan bila cantik molek bertudung camni..
Geram tengok mata dia tu..bulu mata itu memang asli melentik tau..
no-no fake eyelash..

2=Tudung belit-belit ala mak datin

Gaya buka sikit..Buka bahagian jambul..

Rindunya bila godek-godek balik gambar-gambar lama..Time budak-budak ni kecil lagi..
Semuanya cinonet-cinonet je..

:-)

UTM ‘pengeluar’ lulusan kejuruteraan


JOHOR BAHRU 6 Jan. – Pertambahan jumlah mahasiswa lepasan ijazah dari dalam dan luar negara mampu mengekalkan kedudukan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebagai universiti paling banyak mengeluarkan lulusan kejuruteraan dan teknologi di peringkat pengajian tersebut selain kekal popular berbanding universiti penyelidikan lain di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kedudukan UTM dalam senarai 200 universiti terbaik dunia dalam bidang kejuruteraan dan teknologi berdasarkan penarafan oleh QS World University Rankings 2011 turut menyumbang kepada pertambahan bilangan mahasiswa dari luar negara.

“Selain itu, langkah UTM memperkenalkan pengajian peringkat doktor falsafah (Ph.D) Industri berjaya menarik ramai tenaga kerja profesional dari sektor industri untuk melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UTM.
‘‘Pada masa ini seramai 57 kakitangan industri mengikuti program tersebut melalui pembiayaan Kementerian Pengajian Tinggi yang bertujuan melahirkan 500 tenaga kerja industri berkelulusan Ph.D menjelang 2015,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Zaini berkata, UTM juga adalah antara pusat pengajian tinggi dengan bilangan mahasiswa lepasan ijazah yang ramai dengan catatan sejumlah 10,888 orang iaitu 46 peratus daripada jumlah keseluruhan mahasiswa yang mengikuti pengajian pelbagai peringkat di universiti itu.

“Ia sekali gus menghampiri sasaran universiti untuk mengimbangi bilangan penuntut sarjana muda yang berjumlah 12,955 orang setakat ini,’’ ujarnya.

Setakat ini, UTM menempatkan seramai 3,439 mahasiswa Ph.D membabitkan 1,823 penuntut tempatan dan 1,616 antarabangsa sementara 7,449 lagi adalah mahasiswa sarjana yang terdiri daripada 2,106 warga tempatan dan 5,343 antarabangsa.

***even aku bukan student engineering , aku tetap bangga kerana menjadi sebahagian darinya...

Keindahan Tumbuhan Menjalar di Pantai Teluk Mak Nik (Monica Bay)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Hampir 6 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke pantai, akhirnya semalam aku ke sini..Pantai ini popular dengan nama Monica Bay atau nama sebenarnya Pantai Teluk Mak Nik...Pantai ini sememangnya menjadi tumpuan warga Kemaman khususnya untuk beriadah dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan.
Antara salah satu keindahan alam di sini adalah pokok di bawah ini..
Pokok ni adalah pokok jenis menjalar yang banyak di tepi pantai ini..
Ia mempunyai bunga yang sangat cantik dengan warna ungu terang..
Pokok ini dikenali dengan nama Pokok tapak kuda. Nama sainsnya pula adalah
 Ipomoea pescaprae dalam famili Convolvulaceae order Tubiflorae .
Sangat segar dan mendamaikan
Banyak lagi gambar yang nak dikongsi, InsyaALLAH next entry akan di update..
See again..

Do it Yourself Fabric Flower..

Assalamualaikum..

Hari itu aku blogwalking. Hati aku terpikat sangat tengok blogger-blogger yang begitu kreatif membuat pebagai jenis kraf, hand bouquet, kerongsang, keychain dan macam-macam lagi dengan hanya menggunakan kain..

Disebabkan terlalu banyak kain-kain tudung yang dah lama tidak  digunakan dalam rumah aku ni (penuh satu gobok tau)..,aku pun nak la try buat..Alhamdulillah, jadi jugak walaupun kain buruk jer aku guna..Kain tudung zaman tudung turki dulu-dulu tu..

 Ini dia..tak menjadi sangat aku buat..1st try ni..Kene praktis lagi..Practice makes perfect orang kata.

 Tapi kalau ada button lagi nampak cam bunga kan..Aku tak ada button, juz guna apa yang ada dekat rumah sahaja

:) 

Macam best lak buat benda-benda macam ini..
Nak buat lagi nanti banyak-banyak...

Papai..

Sunday, January 8, 2012

Malam Penentu Masterchef Malaysia Musim 1

Assalamualaikum

Sebentar sahaja lagi, Master chef Malaysia musim 1 akan melabuhkan tirainya..Pasti ramai peminat-peminat yang sedih kan sebab sepanjang berminggu-minggu dan berbulan-bulan ni, pada setiap hari Sabtu hingga Rabu semuanya menyaksikan rancangan realiti masakan ini..

Ezani atau Wahidan siapakah JUARA??
Persoalan ini akan terjawab sebentar lagi di saluran Astro Ria pukul 9 malam...
Tak kisahlah siapa yang menang kan, yang penting rancangan ni membuatkan aku jadi minat nak memasak..
Tapi nak jugak bagitahu yang aku vote for Ezani..

 Jom ramai-ramai tengok ...

2 finalis Masterchef Malaysia



Santapan Penamat MasterChef Malaysia bakal menemukan dua peserta yang mempunyai latar belakang yang cukup berbeza. Ezani, seorang Doktor Gigi muda bakal berhadapan dengan Wahidan, seorang pekebun yang berasal dari Sabah. Kedua-dua mereka telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang berlangsungnya MasterChef Malaysia.
Cabaran terakhir kali ini memerlukan mereka menyediakan hidangan untuk 40 orang. Siapakah tetamu jemputan untuk cabaran terakhir ini? Mereka juga diberikan satu lagi kejutan apabila beberapa peserta MasterChef Malaysia yang telah tersingkir akan turut sama membantu menyediakan hidangan ini. Siapakah yang akan membantu Wahidan dan Ezani nanti?
Segala teka-teki yang bermain di minda peminat dan penonton MasterChef Malaysia bakal terjawab dalam Santapan Penamat yang akan bersiaran di Astro Ria dan Saluran HD pada Ahad, 8 Januari 2012, jam 9 malam. Pemilik hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan peluang menerbitkan buku masakan sendiri .
Ianya akan terjawab sebentar lagi.
Ok,yang atas ini aku copy from web Masterchef Malaysia
SELAMAT MENONTON

Saturday, January 7, 2012

Satu Kisah

Assalamualaikum..




【ツ】Ada satu kisah tentang seseorang :




【ツ】 Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".



【ツ】 Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ Ù…ُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".

【ツ】 Selepas itu dia berkata, "لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ".

【ツ】 Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ ÙˆَبِØ­َÙ…ْدِÙ‡ِ, سُبْØ­َانَ اللهِ الْعَظِÙŠْÙ…ِ".

【ツ】 Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT ♥


【ツ】 Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu?

【ツ】 Orang itu adalah KAMU 【ツ】



***may ALLAH bless all of us ♥

Hard to find myself again...

Bismillah

Hari ini jiran aku buat majlis kesyukuran sempena rumah barunya ...Orang kata majlis naik rumah camtu lah..Ernmm, rumah dia depan rumah aku je..oleh sebab itu, memang ramai lah yang datang..dan majoriti semuanya adalah sanak saudara aku..Tapi..aku tak pernah bersemuka dengan mereka for a long time..Its been 5 month already...Bagaimana aku nak berhadapan dengan rakan-rakan sedangkan aku tak punya kekuatan untuk berdepan dengan saudaraku sendiri..sepupu aku, mak saudara, pak saudara ...dan semuanya...

Friday, January 6, 2012

My Sweet Room in Memory

 Assalamualaikum....

 My room..UA1 4084..2010/2011

My tudung segera, tudung belit, tudung manik 

 Segala macam kertas aku tampal..
Kertas coklat cadbury: every week wajib beli..
Poskad : Beli kat kedai U..tak ingat harga berapa..beli sebab gambar cantik
Mcdonald menu : Senang nak order mcd
Keychain : Tak boleh tengok benda cute, mesti nak beli..
Surat saman : Saman-saman yang mega banyak tampal kat situ..Setiap akhir sem pasti menimbun.

 Atas meja study yang macam-macam ada (slogan astro)

 Tissues, the thing must have..Aku kuat berpeluh..

  Syampoo sunsilk yang dapat free dengan banyaknya..

 I addict with pink..Now, bilik ini dah punya tuan baru..

 My kitchen and library..Ada buku, ada makanan, ada minuman ..Haha..3 in 1.

 My collection..

 The books and magazines..I love to buy coz murah and ada ruangan  home decor..

 My inspiration..my heart..my soul

 Ok, macam-macam ada..penuh study table

 Dapat free librese..Muka tak malu ulang balik lalu tempat sama jalan dengan kawan-kawan yang lain pula semata-mata nak dapat ni banyak-banyak..Save money..

  My water hitter..yang ini jenis tak ada besi kat dalam..jadi, senang nak basuh dan tak ada keladak-keladak yang melekat.

   Sentosa Luge and Skyride picture...INSIDE

 I really love 'comelss' thing..for my collection as well

Jakel Calendar..
always remind me for their promotion..
Murah..

Last but not least,
Love..

Spend life with who makes U happy..


 This year 2012, please be good to me..
I want a better life

Now and in the future.. 

Contest Blog Paling CUN

Assalamualaikum

 Kalau nak join boleh click Contest Blog Paling Cun ini yer..

Malam ini tak tahu kenapa aku rasa nak join contest  bagai ni..Contest ini pun merupakan contest pertama yang aku join. Saja try ngetest...Padahal blog aku ni xder lah cun pun kan, comel itu mungkin lah...Hihi

Dari blog yang tak berapa nak cun ni tiba-tiba  nanti berubah jadi cun siapa tahu kan..Mana tahu kot-kot ada rezeki nanti boleh lah  dapat software yang boleh mencunkan lagi blog ni..teehee..Opps..itu kalau bertuah lah kan..Doakan saya bertuah cepatttt..!!!


Ini antara hadiah-hadiah yang ditawarkan...Agak lumayan juga ya sebab ada fulus ya fulus...


PEMENANG PERTAMA 

akan memenangi wang tunai berjumlah RM70.00 bersama Software blog template maker dan juga Html 
WEB editor

PEMENANG KEDUA

akan memenangi wang tunai berjumlah RM50.00 dan juga Software Blogger Template Maker.


PEMENANG KETIGA

akan memenangi wang tunai berjumlah RM30.00

Due date nya pula adalah  pada 15 JANUARY 2012
Jadi, masih sempat lagi kalau nak join..


Saya nak tag

Thursday, January 5, 2012

Jalan-Jalan || Bandar Baru Uda dan Kempas

Assalamualaikum

Kalau duduk rumah kazen i, kerjanya berjalan jer. Dari pagi pastu balik pagi pulak pun takper.



Renung-Renungkan



ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..

ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..


ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..



ツ Bila hati kita terguris..kita kata “Mak memang tak pernah faham”
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

TETAPI…

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata “Tak apa,dia masih muda”
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata “Tak mengapa,belum sampai akalnya”

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki…
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal…
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga…

Maka,
hargailah dan sayangilah selagi mereka masih 
ada di dunia

Tuesday, January 3, 2012

Bakso Rabu Samad

Assalamualaikum...

Pernah makan bakso tak..??
Mesti pernah kan..Bakso ni kalau dekat Malaysia, belah-belah Johor lah yang famous kan sebab ramai orang Jawa kat sini..


Antara bakso yang sedap plus murah yang pernah aku makan ialah bakso dekat gerai Rabu Samad ni...Baksonya nampak ringkas tapi sedap..Meatball nya pun tak kedekut..Selalu kalau nak makan kat sini mesti kena menunggu sebab tempat dah penuh...Nampak sahaja orang dah habis makan, rela pergi menyelit,,,, Tak kisah dah duduk depan siapa-siapa pun..

Bakso ni sedap makan panas-panas, sampai berpeluh-peluh muka sebab pedas.. Bila panas + pedas jadi lah sedap..Ehh, boleh gitu..?? Ok, kalau tak percaya boleh pergi cuba sendiri..
Lokasinya dekat Terminal Pengangkutan Awam Larkin..

If ada tempat bakso yang sedap yang you all tahu bolehlah share dengan saya yer..
Sharing is caring

p/s: pernah makan bakso dekat Singapore, tapi bakso itu jenis tak berkuah..meatball itu just digoreng and dimakan dengan sambal yang sangat pedas...yummeh, delicious..

Psoriasis

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak apa psoriasis tu???
Maybe ada yang pernah dengar tapi tak tahu or maybe yang tak pernah dengar dan tak tahu langsung apa itu psoriasis..Well, psoriasis ini sebenarnya adalah sejenis penyakit kulit di mana akan menyebabkan kulit anda berasa kasar atau bersisik. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.



Kenapa aku mahu berkongsi pasal penyakit ini??

Sebabnya penyakit ini tidak jauh pun dari diri aku kerana family aku sendiri iaitu abah aku yang mengalami penyakit ini ..Walaubagaimanapun, penyakit ini tidak berjangkit kerana aku dan juga adik beradik bebas dari penyakit ini..Cuma kadang-kadang aku tetap mengalami alahan pada kulit tetapi tidak serius..Ada fakta menyatakan ia adalah penyakit keturunan dan setahu aku saudara-saudara terdekat tidak mempunyai masalah ini..Mungkin dari generasi nenek moyang sebelumnya.

Penyakit ini memang perlu waktu yang agak lama untuk sembuh...sebab ia selalu akan ada if pemakanan tidak dijaga dengan betul..Kalau makan daging or benda-benda yang boleh menggatalkan badan, sure kulit akan jadi makin teruk..Kadang-kadang sampai berdarah...Yang aku tahu, dari aku kecil hingga sekarang penyakit abah aku masih tidak kembali normal...Time kecil-kecil dulu, selalu je abah pergi berubat dengan sorang pengamal perubatan alternatif dekat Pulau Rusa, Kuala Terengganu..Kebetulan setiap bulan juga ada appointment dengan pakar kulit dan pakar mata dekat Hospital Besar KT...Jadi, sekali round la pergi dua-dua tempat..Cara alternatif itu memang bagus sebab berkurang tapi pakcik itu dah meninggal dan tiada seorang pun anaknya yang mewarisi kepakarannya..Dan selepas itu, kes abah aku dirujuk ke pakar dermatologi di Hospital Kuantan pula disebabkan abah dah ok dengan mata dia ...

Alhamdulillah aku nampak penyakit abah aku dah banyak perubahan..Sebab apa dulu abah all the time la pakai baju yang berlengan panjang..tapi sekarang, dia pakai dah baju yang berlengan pendek..it's mean tompok-tompok kulit yang keras n bersisik itu sudah berkurang..Semoga abah sihat walafiat hendaknya.

 Abah dan saya..Semoga abah cepat sembuh..

Remember this:
Sesiapa yang diduga Allah dengan penyakit ini, bersabarlah , redha dengan segala pemberian Allah dan jangan sekali-kali berputus asa untuk mengawal masalah-masalah kegatalan, perlu rajin makan ubat, pakai krim dan juga mandi dengan kerap. Jangan sekali-kali merasa jijik apabila  berdepan dengan orang yang mempunyai penyakit sebegini kerana sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambaNya yang tidak mampu untuk menghadapinya.  Jangan takut kerana penyakit ini tidak berjangkit.

Monday, January 2, 2012

I'm in love with this lovely song

Assalamualaikum..

Wanna share the best jazz song with y'all...
I think I'm in love with this 'comelss' song..
Her voice is so unique

Artist : Mocca
Song title : I Remember




I remember... 
The way you glanced at me, yes I remember
I remember... 
When we caught a shooting star, yes I remember
I remember... 
All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember... 
All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn

Do you remember... ? 

When we were dancing in the rain in that december
And I remember... 
When my father thought you were a burglar
I remember... 
All the things that we shared, and the promise we made, just you and I
I remember... 
All the laughter we shared, all the wishes we made, upon the roof at dawn


I remember... 
The way you read your books, 
Yes I remember
The way you tied your shoes, 
Yes I remember
The cake you loved the most, 
Yes I remember
The way you drank you coffee, 
I remember
The way you glanced at me, yes I remember
When we caught a shooting star, 
Yes I remember
When we were dancing in the rain in that december
And the way you smile at me, 
Yes I remember



Cute right???? Such a lovely song with beautiful music..

Yes, i remember....

The Cuppies...Lovely

Assalamualaikum...


Comeyy takk...??? biasa orang-orang belah Terengganu ni panggil comel untuk menandakan something itu cantik dan lawa...Cupcake kat atas ini cupcake yang aku jual time kerja dekat kedai kek tahun lepas...Tapi bukan aku yang buat, aku hanyalah cashier sahaja..Sedap...tapi aku tidak berpeluang untuk belajar membuat kek ini disebabkan kedai kek ini ada 2 cawangan dekat Kemaman. Yang pertama, kedai yang bersama dengan tempat membuat kek. Maknanya, tempat menjual dan membuat di bawah satu bumbung yang sama..Manakala yang kedua pula hanya tempat penjualan sahaja yang mana aku ditempatkan di situ.


Selain itu, kekangan masa yang singkat sewaktu cuti semester setahun yang lepas itu tidak membenarkan aku untuk belajar membuat kek..Actually, my bos yang juga tokey kedai adalah chef yang agak famous juga bcoz muka dia selalu masuk majalah especially cooking magazine lah..but, i don't want  to mention his name..nanti lagi famous..bujang trang tang tang lagi tu....He always buat class untuk membuat kek khususnya but he also good in others masakan, not only specialized in cake..Like kuih muih, western food and others. 
Lagi best, the fee is very2 cheap. Korang takkan jumpa harga rm20-rm50 untuk kelas membuat kek kat mana-mana pun...

 Aku hanya cuti hari jumaat dan selalu dia buat class hari sabtu.. bila aku nak pergi belajar nya kan..??? Jadi, perasaan nak belajar membuat kek itu macam bertahun jugak aku pendam..Dan akhirnya  aku try and error do my homemade cake using recipe from internet..Aku rajin nak buat sebab it's my birthday time itu..Uwaa..aku baru je masuk 23 tahun 6 days ago, and now i'm 24..Oheii, itu sangat tidak best...
Get ready, aku juga nak tunjuk aku punya skill memasak juga..hahaha..Ok, its not a joke ya kerana aku telah berjaya...berjaya membuatnya.. Itu adalah my first try jadi tahap kesedapannya tentulah tidak menyamai kek-kek yang ada dekat bakery...Pasal ini nanti aku cerita panjang lebar ye..Sebabnya aku nak letak picture kek yang aku buat tapi cable connection hilang..jadi, latest picture semua tidak dapat ditransfer..sob sob sob..