Sunday, January 8, 2012

Malam Penentu Masterchef Malaysia Musim 1

Assalamualaikum

Sebentar sahaja lagi, Master chef Malaysia musim 1 akan melabuhkan tirainya..Pasti ramai peminat-peminat yang sedih kan sebab sepanjang berminggu-minggu dan berbulan-bulan ni, pada setiap hari Sabtu hingga Rabu semuanya menyaksikan rancangan realiti masakan ini..

Ezani atau Wahidan siapakah JUARA??
Persoalan ini akan terjawab sebentar lagi di saluran Astro Ria pukul 9 malam...
Tak kisahlah siapa yang menang kan, yang penting rancangan ni membuatkan aku jadi minat nak memasak..
Tapi nak jugak bagitahu yang aku vote for Ezani..

 Jom ramai-ramai tengok ...

2 finalis Masterchef Malaysia



Santapan Penamat MasterChef Malaysia bakal menemukan dua peserta yang mempunyai latar belakang yang cukup berbeza. Ezani, seorang Doktor Gigi muda bakal berhadapan dengan Wahidan, seorang pekebun yang berasal dari Sabah. Kedua-dua mereka telah melalui pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang berlangsungnya MasterChef Malaysia.
Cabaran terakhir kali ini memerlukan mereka menyediakan hidangan untuk 40 orang. Siapakah tetamu jemputan untuk cabaran terakhir ini? Mereka juga diberikan satu lagi kejutan apabila beberapa peserta MasterChef Malaysia yang telah tersingkir akan turut sama membantu menyediakan hidangan ini. Siapakah yang akan membantu Wahidan dan Ezani nanti?
Segala teka-teki yang bermain di minda peminat dan penonton MasterChef Malaysia bakal terjawab dalam Santapan Penamat yang akan bersiaran di Astro Ria dan Saluran HD pada Ahad, 8 Januari 2012, jam 9 malam. Pemilik hadiah wang tunai bernilai RM100,000 dan peluang menerbitkan buku masakan sendiri .
Ianya akan terjawab sebentar lagi.
Ok,yang atas ini aku copy from web Masterchef Malaysia
SELAMAT MENONTON

No comments:

Post a Comment

Thanks for Comment