Thursday, January 5, 2012

Renung-Renungkan



ツ Bila mak kata dia teringat..kita jawab kita sibuk sangat..

ツ Bila ayah kata dia rindu..kita jawab nantilah hujung minggu..


ツ Bila mak minta kita pulang..kita jawab kita belum lapang..
ツ Bila ayah minta kita singgah..kita jawab kerja kita belum selesai..



ツ Bila hati kita terguris..kita kata “Mak memang tak pernah faham”
ツ Bila hati kita terhiris..kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”

TETAPI…

ツ Bila hati mak kita terguris..mak kata “Tak apa,dia masih muda”
ツ Bila hati ayah kita terhiris..ayah kata “Tak mengapa,belum sampai akalnya”

ツ Bila kita menangis tanda lapar..mak berlari hingga bagai hilang kaki…
ツ Bila kita merintih tanda derita..ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena…

ツ Bila kita sedih kerana gagal..mak setia membekalkan cekal…
ツ Bila kita pilu kerana kecewa..ayah teguh berkata dia tetap bangga…

Maka,
hargailah dan sayangilah selagi mereka masih 
ada di dunia

2 comments:

  1. Sob3x ... sedey... betol sgt. "bila kita pilu krn kecewa, ayah teguh bkata dia tetap bangga". Ayah saya camni. slalu jd supportive..

    ReplyDelete
  2. btul 2..xkira apa jua yg kita buat yg membuatkan mereka gembira atau kecewa, mereke sentiasa ada utk kita..senangilah mereka selagi mereka masih ada..

    ReplyDelete

Thanks for Comment