Thursday, August 16, 2012

21 Ramadhan 2012 : Nasi Ayam Mama

Assalamualaikum

Hidangan juadah berbuka puasa kali ni cukup ringkas iaitu Nasi Ayam by Mama. Off course la mama i yang buat, kalau i pandai tengok jer. Hehe, tak reti kalau nak masak banyak-banyak. Kalau sikit-sikit tu bolehlah.:p

Dah nama Nasi Ayam, so tak ada lah lauk pauk lain kan. Jom layan Nasi Ayam. Jangan terliur ok, dah 27 hari menahan nafsu lapar dan dahaga , so mesti dah kalis kan.hihi
Bahan utama Nasi Ayam mestilah ada Ayam. Kalau tak, mana Nasi Ayam nak dapat nama.
 Sayur-sayuran perhiasan. Salad, Timun Batang dan Tomato. Tak ada ni mana best kan terutamanya tomato tu. Makan   saja-saja pun sedap.!Bagus untuk kesihatan.
 Kuah sup yang direneh dengan ayam
 Nasi yang dimasak menggunakan air rebusan ayam/ sup yang direneh.
 Sos atau air lada jangan dilupa yer. Buat pedas-pedas memang kaww habis.!
 Juadah berbuka puasa untuk 5 orang
 Ada dapat buah Nangka Manis ni dari pak saudara. Sedap ya ampun, i langgar pantang sebab tak tahan sangat nak makan. Nasib tak ada pape.
 Nekbat oh Nekbat. Tempat lain payah nak jumpa kan?
Air kesukaan ramai. Sunquick Tropica Ice.

Dah 27 Ramadhan hari ini kan. Tinggal lagi 2 hari saja nak menyambut Aidilfitri. So, apa persiapan korang? Dan completed 100% ker? Kalau belum, cepat-cepatlah yer. Ingat, jangan membazir, beli apa yang kita PERLU, buka apa yang kita MAHU.

Wednesday, August 15, 2012

Wordless Wednesday : Bunga dan Barangan Hiasan Romantika Home Decor

Assalamualaikum















Nak CERIAKAN RUMAH RAYA Ni?
Minat GAYA ENGLISH?
Pergilah ROMANTIKA HOME DECOR/ Pusat Barangan Hiasan Gaya Inggeris. 

Sure rambang mata tak tahu nak pilih yang mana satu. Harganya off course la paling berpatutan. I suka membeli di sini sebab mampu. Kalau SET VANTAGE tu tak mampu jadi tak berapa nak suka lah. Takut tengok poket duit tak cukup. Hehe.!

Puasa Hari ke-20 : Sayur Pedas Petola Masak Air, Ayam Goreng Crispy dan Sosej Berkeju

Assalamualaikum

Mesti dah bosan kan dengan lauk pauk kampung i ni. Tapi sabarlah sekejap, ada beberapa hari je lagi. Lepas ni kurang la lauk pauk ni menempel di blog ni.(^-^)
Sayur Petola Masak Air/Pedas. 
Ikan Panggang Kunyit Manis
Tembikai woot woot.
Kecil-kecil cili padi dan Buah Pauh Muda untuk makan dengan budu
Rojak Ayam 2 bungkus. Satu untur sahur dan 1 lagi untuk makan malam-malam. Harga RM5 sebungkus tapi berbaloi sebab ayam banyak sangat
Air Laici Penyegar Tekak

Hari ni nak buat Spaghetti Meatball. Tak sabar nak buat, lama tak makan. Korang masak apa hari ni?

Biskut Cinta Buah-Buahan Campuran / Love Fruits Cookies

Assalamualaikum

Kuih atau biskut raya ni semua buat yang senang-senang jer. Ingat nak buatlah Almond London, tapi mama i cakap beli jelah. Sebab dah malas nak main tepung tepung gandum segala ni. Tapi i cakap lagi dekat mama, tak payah beli lah sebab sebelah rumah dah buat Almond London, jadi kita pi beraya nanti makan jelah kuih dorang. Haha, jimat di situ.!

 Buah-buahan la sangat kan. Sebab kurma yang ada banyak lagi jadi taruklah dalam adunan biskut ni. Guna ceri merah dan ceri hijau dan kurma yang dipotong kecil dadu-dadu.
 Sebab letak pewarna merah, jadi i putuskan nak terap/tekap biskut ini dengan acuan menerap biskut bentuk  LOVE IS CINTA
 Gatal tangan sapu kuning telur atas permukaan biskut buah ni. Konon nak nampak effect berkilat. Tapi, tak jadi sebab alat nak sapu tu tak beli so guna belakang sudu jer.
 Jadilah tompok-tompok macam ni selepas dibakar dalam OVEN PENSONIC dengan suhu 200 darjah celcius selama 15 minit
 I suka dengan rasa manis dan masam biskut buah ni. Ini antara biskut yang i paling suka kalau nak banding dengan Biskut DAHLIA ni. Kuih raya paling i minat mestilah Almond London, Cornflakes Bermadu dan Tart Nenas(tak kira lah gulung ke or guna acuan terap, janji inti nanas tu ada).
Bawah ni Biskut Coklat Urai. Tak berniat pun nak buat sebab ingat coklat urai ni nanti nak buat kek coklat tapi memandangkan PLANTA ada lagi sikit, jadi habiskan terus dengan adunan Biskut Coklat Urai ni.

Teringin nak buat CHOCOLATE CHIP COOKIES..........!!!Lepas raya lah buat, sekarang macam malas dah.=)

Tuesday, August 14, 2012

Puasa Hari ke-19 : Bubur Lambuk dan Ikan Panggang Kunyit Manis

Assalamualaikum

Bubur Lambuk Pucuk Kemidin. Makan dengan ikan bilis rangup memang sedap
 Dapat dari sini. Ada Pengagihan Bubur Lambuk Percuma oleh ADUN Chukai, YB Dato' Haji Mohamed bin Awang Tera.
 Tapi not percumalah jugak sebab mama i pergi masak-masak bubur lambuk ni.Ingat mama i tak balik berbuka kat bandar, so hari 19 lauk pun tak ada. Haha. Adalah, tapi yang semalam punya, Ikan Patin Masak Tempoyak.
 Ada Ikan Goreng(kat tepi sekali,eh tak nampak pulak), Ikan Panggang Biasa dan special untuk i, Ikan Panggang Kunyit Manis. Resepi orang berpantang. I makan nasi dengan ikan ni je dan pucuk ulam raja. Sedap sangat dah tu walau tak ambil lauk pauk
 Tembikai Merah.
 Ibnu Abbas berkata: "Makanlah tembikai kerana didalamnya ada kebaikan.Ianya makanan, minuman perangsang kepada pertumbuhan gigi,sebagai pewangi,pembersih pundi kencing, menambahkan air tulang belakang, menghindarkan sejuk dan pembersihan kulit."
 Sambal belachennn. 
 Kuih ni i tak tahu nama dia. Tapi dari ubi la
 Kuih Tepung Pelita. Agak lembik tapi bolehlah.
 Air Susu Soya. Kali ni beli yang dalam kotak pulak
Tropicana Twister Oren. 

Langsir rumah dah siap pasang, sekarang nak pergi pasang langsir dekat rumah nenek pulak. Sakan nenek i beraya tahun ni. Tiap tahun pun sakan sebabnya atok i jer satu-satunya pak saudara yang masih ada. Jadi, nak tak nak kenalah berhias sikit rumah, nanti orang kata tak peduli orang tua plak kan. :)

Penarik Beca "CUN" di Melaka

Assalamualaikum
Kesian. Penarik Beca ni belum tarik senyuman lagi ni dah ada orang snap picture. Takperlah kan, yang penting beca tu cun gilos, pink-pink auwww gitu. Jalan-jalan di Melaka sebulan lepas. Malas betul i nak cerita. Gambar banyak sangat.!

Tajuk entry tak boleh blah kan. Orang tengok pun boleh termuntah. EHH, ada kisah? Puji diri sendiri la tak ada orang nak puji kita. Haha, perasannnnnnnntannnnnn lah kau.!

Nak pergi pasang langsir.Hoho raya raya.!

D.I.Y : Bunga-Bunga dari Crepe Paper

Assalamualaikum

Raya Mood. Actually, crepe paper ni dah lama i beli tapi tak pernah guna lagi. I agak minat la buat benda-benda macam ni dan i memang ada alat-alat nak buat benda-benda kraf ni semua. Tapi itulah, kenkadang mood rajin tu selalu pergi jauh dari i. 
 Jadi dari tersimpan dalam barang-barang kraf i, i buatlah bunga ni. Tahu tak nama apa bunga ni? Kalau tahu bagitahu i ek.
 1 crepe paper ni boleh menghasilkan 12 kuntum bunga seperi saiz di atas. 
 Ada 3 crepe paper berlainan warna. Warna pink cerah, ungu tak berapa nak gelap dan biru seakan-akan nak ungu. Tak cantik kombinasi warna ni, kalau semua warna soft dan pastel lagi cun.
 Before. Ranting lama
 After. Dah lekat-lekat bunga crepe paper ni. Tapi macam kena buat banyak lagi baru cantik kan sejambak. Ni macam gigi rongokss jer..
 Amacam? OK tak. hihi. Pasu tak ada, main letak jer dalam pasu kristal ni.

DAN

Bunga ros D.I.Y. Okeh, ini bukan dari crepe paper yer, tapi dari kain tudung zaman dulu-dulu yang tak guna dah. I ni kedekut sikit nak beli kain baru. Guna apa ada, kan jimat.Tahu ker i nak buat apa dengan bunga ros ni?

Nanti...TUNGGU yer..!

Thanks for reding this entry...!