Wednesday, January 2, 2013

Emo

Assalamualaikum

Tak ada mood sebenarnya. Lebih-lebih nak study benda fakta petang-petang macamni. Lagi-lagi hati aku tengah berkecamuk sebab aku ni kurang pandai. Huh, aku main bedal je exam tadi. Kenapala aku boleh silap formula. Hmm, nasi dah jadi bubur. Malas nak fikir. Apa jadi,jadilah. 
Aku ni jenis cepat sentap. Kenkadang aku boleh tahan dalam hati, kenkadang time tu jugak aku tak boleh tahan. Situ-situ pun aku boleh nangis. Tak padan dengan besar kan. Ini salah satu kejadian sentap sebab adik aku main gurau-gurau dengan aku time aku takde mood . Jangan tanya apa jadi, sebab semua yang terjadi bukan dalam kawalan aku. Dari ceria sesaat kendian aku jadi moody. Keadaan ini selalu terjadi, camana eh nak kawal. Aku pun tak faham diri aku. Cepat sangat berubah keadaan.

Sirih Pertunangan Bajet

Assalamualaikum

Bila dah plan lambat camnilah jadinya. Bagitau nak buat sirih junjung pun dah last minute. Bahan-bahan yang dikasi pun ini jer, so apa lagi nak cakap kan. Guna sajalah apa yang ada. Janji ada.!




Tuesday, January 1, 2013

26 Disember 2012

Assalamualaikum

Makanan yang dah selamat masuk perut aku. Hahai, miss u la kek and donut. Sedap .! Aku apa ajalah yang tak sedap kan. 

Haritu masa birthday aku, banjir.! Tapi, walaupun banjir makan-makan tetap adooo. Rumah i ni stok-stok orang nak mai makan tengah kelaparan ke apa mai jelah, sure ada makanan dan rezeki tuk korang. Banjir kan hari tu, tapi menu harijadi i tetap berjalan seperti sediakala. Mama buat nasi ayam dan laksa penang(Okeh takda gambar sebab banjir. tengah lapar pulak tu maka gambar-gambar ni tak perlu okey). Cuma bahan-bahan ulam dia lah tak lengkap sebab dah tak boleh pergi kedai, dah banjir. Nasi ayam pulak, sos dia tak sempat blend, tnb dah off elektrik. Maka, makan sajalah apa yang jadi. Sambutan menggalakkan, yelah semua lapar. Main air banjir ni lapar. Mana taknya sepagi semalam pergi angkat barang-barang dari atas sampai ke bawah rumah lepastu pergi menolong sedara-sedara pulak angkat barang-barang dorang. Tapi malangnya, petang tu i dah kena pindah ke pusat pemindahan so makanan-makanan tu kita kasi bungkus dan makan dekat sana. 

Plan awal nak sambut besaran jugak, tapi keadaan tak mengizinkan. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. Semua ni pun dah cukup buat aku. Tetap ada yang ingat ulangtahun kelahiran aku. Dah besar-besar camni, aku tak kisah sangat nak sambut ke tak ke. Kalau ada ok, tak ada pun i ok je. Dari kecik kot memang birhday aku ni tak pernah miss buat makan-makan. Kenkadang segan orang datang ni besday sape ni. Dah besar panjang tapi buat majlis kalah adik-adik i. Opss, tapi mama still nak buat makan-makan jugak nanti. Aku tak kisah sebab bukan aku tukang masaknya.  I lagi suka dapat makan dap dap ni. 

SELAMAT TAHUN BARU 2013 PADA RAKAN BLOGGER SEMUA. 

Sunday, December 30, 2012

Kenapa Aku?

Aku bukanlah seperti orang lain. 
Aku sendiri tak pernah faham dengan diri aku, lagikan orang lain nak memahami diri aku. 
Mungkin sebab tu aku lebih suka menyendiri dari bergaul. 
Ya, dulu aku suka berkawan. 
Dulu aku senang untuk berkawan dengan siapa pun, malahan pertama kali jumpa pun dah macam bertahun kenal. 
Kini tak lagi.
Aku lebih suka senyap, menyepi dari nak masuk campur hal orang. 
Aku tak kisah pun orang peduli or tak pasal aku. 
Aku lagi suka orang tak tahu apa pun pasal aku.
Malam ni, aku sedih. 
Sedih sangat. 
Aku menangis.
Aku seorang yang mudah menangis.
Aku tak pandai untuk menahan perasaaan. 
Aku baru dapat tahu something tadi. 
Aku tak tahu nak kata apa, cuma aku boleh nangis dan nangis je sekarang. 
Selalu ada perkara buruk yang berlaku , kadang-kadang aku pun dah tak sanggup nak hadapi. 
Aku dah penat. Sakit dan bermacam lagi. 
Orang selalu tengok aku di luar gembira. 
Ya, aku kalau boleh tak nak orang tahu penderitaan aku. 
Cukup aku saja yang rasa. 
Kesakitan yang aku harus tanggung. 
Pada yang tak puas hati, 
pada yang hasad pendengki, 
pada yang busuk hati 
mungkin sekarang kamu puas buat orang camni, tapi ketahuilah kamu pengecut. 
Pengecut kerana tak berani berdepan dan sanggup guna cara kotor untuk musnahkan hidup orang. 
Aku dah penat.
Aku dah letih.
Tolong jangan apa-apa kan aku lagi.

Banjir di Bukit Mentok, Kemaman || 25~29 Disember 2012

Assalamualaikum

Banjir dah surut dah. Sekarang musim penyakit datang pulak. Habis badan aku naik gatal-gatal, ni dah merebak ke muka pulak. Nasib ada krim gatal. Kalau tidak malasnye aku nak menapak pergi klinik.

 25 Disember 2012
 26 Disember 2012
Ramdom : 26 &27 Disember 2012

Ok, aku ada banyak sangat-sangat gambar banjir tempoh hari. Tapi tak larat nak letak semua, kang nanti sampai ke bawah nak scroll. Cukuplah yang ni je buat kenang-kenangan. Kali ni banjir hampir nak tenggelam satu bandar. Laluan utama nak ke Kuala Terengganu pun air melimpah-limpah atas jalan dan premis perniaagaan termasuk pasaraya pun tenggelam. Dasyat banjir kali ni. Seperti sejarah banjir tahun 80-an dulu. Apa pun syukur semua dah kembali kepada keadaan sediakala. Tapi dengar kata ada gelombang banjir kedua pulak akan berlaku. Moga-moga dijauhkan.

Saturday, December 29, 2012

Sekitar Banjir di Kampung Bukit Mentok, Chukai, Kemaman

Assalamualaikum


Banjir 25.12.2012~29.12.2012

Banjir terburuk setelah berpuluh-puluh tahun di kawasan Chukai, Kemaman. Ini kawasan depan rumah aku, Kampung Bukit Mentok. 3 hari elektrik ditutup disebabkan paras air yang semakin meningkat ke paras bahaya. Semalam baru on elektrik dan hari ni air dah semakin surut. Syukur Alhamdulillah. Operasi membasuh dan mengemas rumah pulak.

Wednesday, December 26, 2012

Banjir Saat 2.30 am 26.12.2012

Assalamualaikum

Alhamdulillah, today genap usia 24 tahun.

Banjir di kala hari jadiku.
Keadaan sekarang, camni lah. Air banjir semakin besar. Ini depan rumah aku. Rumah aku kira kawasan tinggi sikit dari rumah-rumah jiran aku nih. Yang depan ni semua dah selamat masuk air dekar rumah dorang. Rumah tokwan bahagian belakang dah masuk air, rumah sewa tokwan pun sama dah masuk air, rumah Cik De dapur dah masuk air dan rumah Abg Din pun sama, ruang tamu dan dapur semua dah masuk. Yang sipi-sipi nak masuk rumah akulah. Banjir kali ni besar, tengok keadaan camni sebenarnya depan ni air pun dah paras pinggang. Kami semua tengah berjaga sebab air naik terlalu cepat. Cepat sangat sampai macam tak percaya banjir berlaku depan mata.

Aku berharap air banjir ni biarlah takat ni jer, tak nak naik sampai tenggelam semua. Terlalu banyak ujian darimu untuk hambamu yang khilaf padamu Ya Allah. Rahmatikanlah kami. Mungkin ini suatu petanda agar kita sentiasa mengingati akan kebesaran-Nya

*Bomba, askar, polis dah ramai membantu orang kampung berpindah ke sekolah. Semoga aku tak perlu berpindah. Harap sangat.!